Nota Cinta Yang Tidak Pernah 'Offline'

Sejak akhir-akhir ni, motivasi diri semakin lama semakin rendah. Banyak perancangan dalam kepala. Kadang-kadang gtalk dengan kawan A, kadang-kadang FB chat dengan kawan B, kadang-kadang whatsapp dengan kawan-kawan C. Bertanya itu ini dengan harapan apa yang terbuku di hati terlerai perlahan-lahan. 

Cuma kadang-kadang, waktu kita nak cari kawan A sebab nak sambung cerita hari tu yang tak sempat sambung, cari-cari dia 'offline'. Hampa.

Pagi ni, dalam perjalanan dari kuarters ke pejabat, selak-selak la iQuran dekat telefon. Baca terjemahan. Mata terberhenti dekat ayat ni.

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Surah Al-an'am :162

Allahu akbar. Nota cinta yang tak pernah 'offline'. Cuma aku yang selalu lalai.

Teringat tulisan Prof Kamil dalam satu komen di FB, lebih kurang begini, "Setiap perkara mempunyai pandangan dari 2 sisi berbeza. Tak kiralah dari sisi mana, asalkan ia mendekatkan kita dengan Allah, itulah yang terbaik".

Dalam keserabutan pelbagai perkara yang difikirkan, aku diingatkan kembali, hidup kita ini tak lain tak bukan adalah untuk beribadat kepada Allah. 

Allah Maha Mendengar. Alhamdulillah.






Comments
One Response to “Nota Cinta Yang Tidak Pernah 'Offline'”
  1. Tq for a good post (^_^)b

Leave A Comment