Demi Fajar...


Seringkali aku memandang keduniaan ini lebih daripada apa yang sebenarnya patut dipandang tinggi. Bila tengok kereta orang tu besar, mula terfikir-fikir berapa gaji dia sebulan. Bila tengok kawan beli rumah hampir setengah juta, tercongak-congak setiap bulan dia kena bayar berapa.

Seringkali juga aku dengan mudahnya membuat kesimpulan terhadap kehidupan. Orang yang hidupnya senang sebab Allah sayang, sebab tu kehidupan dia sangat mudah, harta melimpah ruah. Harta dunia juga yang sering dijadikan ukuran dan perbandingan.

Aku sebenarnya dalam proses menghafaz Surah Al-Fajr (surah ke-89) yang bermaksud Demi Fajar. Sudah berbulan-bulan lamanya proses hafazan ni terganggu, KPI yang ditetapkan sepatutnya hanya 5-6 hari memandangkan surah ini mempunyai lebih kurang 16 baris. Mengikut teknik hafazan kaedah Jibril, setiap hari hanya perlu hafaz 3 baris. Ye 3 baris sahaja  dan ulang sebelum, ketika dan selepas solat. Nampak macam mudah kan. Sangat mudah sekiranya ISTIQAMAH ada dalam diri.


Hanya RM12, boleh dibeli di MPH Online

Istiqamah lah yang sangat susah nak aku buat. Bukan sahaja dalam hafazan, malah dalam kehidupan seharian. Bayangkan, kerja-kerja rutin seperti membasuh baju, menyidai dan melipat baju adalah perkara istiqamah yang perlu dilakukan setiap 2-3 hari. Namun apabila tiada istiqamah, kerja-kerja rutin yang mudah tu ditangguhkan ke hujung minggu dan faham-faham je lah, bila dah menggunung kena basuh, jemur dan lipat, badan pun jadi penat. Tak masuk lagi kerja-kerja tambahan seperti mengemas rumah dan lain-lain. Akhirnya diri sendiri yang penat dan mulalah mengadu hujung minggu tak sempat buat apa lah, kemas rumah tak berhenti. Silap-silap kerja-kerja minggu ni dicarry forward ke minggu hadapan.  hehehe. Itulah aku.

Jadi berbalik kepada surah al-Fajr, mata aku terberhenti kepada ayat 15 dan 16...

A015
Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, "Tuhanku telah memuliakanku."

A016
Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku." * 

A017
Sekali-kali tidak! Bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim,


Bila direnung dekat tafsir ni, ada penjelasan ...

* Allah menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu kemuliaan dan kemiskinan adalah suatu kehinaan seperti yang tersebut pada ayat 15 dan 16. Tetapi sebenarnya kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah.

Astaghfirullah. Terbukti, betapa mudahnya aku membuat kesimpulan terhadap kehidupan. Betapa cetekknya pemikiran aku selama ini. 


A020
dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan

Dush. Teguran yang jelas tapi sering tidak diambil ringan.

Mata aku terus memerhati bait-bait indah ciptaan Allah sehingga ke penghujung ayat. Indah sungguh penutup surah al-Fajr... 

A027
Wahai jiwa yang tenang !

A028
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridai-Nya

A029
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku

A030
Dan masuklah ke dalam syurga-Ku

Indahnya mendapat jemputan sebegini. Sesungguhnya aku tak layak untuk syurga-Mu tetapi aku tidak sanggup menanggung seksa neraka-Mu.

Ya Allah permudahkanlah !!!

Comments
4 Responses to “Demi Fajar...”
  1. suzie says:

    boleh tak jadikan ayat ni utk solat dhuha?

  2. ayu jamal says:

    memang terperinci, semoga saya juga bisa jadi orang yang lebih bersyukur...amin

Leave A Comment