Hepi Bday Mama



sayang kalau tak update blog di tarikh yang berbahagia ini.... hehehehe...

walaupun kad buat sendiri dengan perasaan iyman yang buat dan wish mama dia happy birthday.. hehehe.. nanti iyman dah pandai baca dan baca blog mama, jangan lupa terus buat kad birthday untuk mama otey, walaupun tarikh iyman baca ni bukan birthday mama, hehehehee...

minggu lepas dah start kerja selepas cuti lebih kurang 100 hari, fuh... sekarang jadi orang sungai petani. ujung minggu kembali menjadi orang kampung seberang jitra. bak kata tok nyang iyman, iyman membesar dalam kereta.. kah kah kah. apa taknya, masuk kereta je tdoq, membesarkan badan !!!

so far rasanya ok, iyman membesar dengan baik. baru tangan je dok ngiring2 kadang2, pungkoq masih berat nak ditolak.. kuang kuang kuang..takpe iyman buat slow-slow yer, biar lambat asal selamat.

kehidupan dah tak seperti dulu di mana masa senggang berkawan baik dengan komputer. sekarang hanya berkawan baik ketika si debab senang lena diulit intan. masa kerja pulak berkawan baik dengan pam dan botol susu. hahaha. pam pam pam. bagi penuh peti ais. rasa puas dapat menghasilkan makanan untuk anak sendiri. alhamdulillah ya Allah atas rezeki-Mu kepada kami. semoga perjuangan ibu-ibu ini diberkati dan dipermudahkan oleh-Mu (eh apsal tiba2 jadi ayat2 sadis dan terasa ingin mencari tisu..hehe)

oklah keje masih blur, otak tak digest lagi.. datang2 ofis pelbagai meeting kena attend. nak jawap apa pon kdg2 blur lagi.. kakakak... kena buka balik nota2 lama, duduk slow2.. semoga menjadi laju seperti biasa. banyak benda dah tertinggal dalam 100 hari, banyak benda dah jadi 100 hari. semuanya kena diteruskan.

dan akhir sekali, sapa layan nora elena angkat keyboard. seth tan betulla... haih, novel dah layan abis, so dah tau ending, tapi nak tengok gak cara dipersembahkan kat tv. nampaknya lebih baik daripada garapan novel, nak nak aaron aziz and siti saleha nampak secocok sangat.. 'sayang cepatlah ada pelangi. mana? ha ni dia pelangi abang'.. hahahaha.. memang ayat novel. kepada para suami yang pernah menuturkan dialog ni cepat tulis komen, nak pos hadiah kat korang.. kekekekekeke

oklah tu jerk la... semoga angka 30 ni menyedarkan aku erti hidup yang sebenar & semoga aku menjadi insan yang lebih baik untuk agama, bangsa dan negara... hehehe ;)

till then, assalamualaikum v(^-^)v

Comments
6 Responses to “Hepi Bday Mama”
  1. happy birthday and happy alwayz..

  2. happy besday mama pojan.. semoga dikurniakan kesihatan yg baik~ amin

  3. cekkeya says:

    Happy Besdayyyyy! Iyman, itu belum campur kalau travel dari Kedah ke Johor tuh. ahahahha ;)

  4. amoi says:

    membesar bagai johan!!! happy birthday mama iyman!!

  5. ishamizu says:

    Olololoooo Iyman, bam2 nya! geram aunty tgk, susu mama best, lazat n bkhasiat kn Iyman! ;)

    Nway, happy birthday again my dear fren. keep pumping, doakn aku sama k. ;)

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL