Welcome to the world :)

Lokasi mama : atas kerusi makan dapur
Lokasi anak : depan tv kat dapur

Rancangan sedang ditonton : upin dan ipin

Kelakuan ibu : menaip blog
Kelakuan anak : tidur lena

Suasana : hujan lebat selebat-lebatnya

Fuh, panas terik sampai terpaksa buat adegan bukak baju (anak bukan emak, heh) akhirnya telah berakhir (berapa banyak akhir) dengan hujan lebat. alhamdulillah.

ok mama pon kena tdoq ni.. oklah bye.. (haha poyo tak?)

Oklah, cerita bermula begini....

Jumaat 2 minggu lepas, 18/2... selepas bersalam dengan suami yang hendak ke masjid solat jumaat, tiba2 aku terasa macam terkencing dalam seluar (ish apa citer adegan luar kawal di sini?).. pastu aku cek, oh tidak.. darah. ok relaks, jangan panik... nak panggil suami macam dia dah pegi. maka dengan tenang dan relaks, keluar bilik dan bagitau pada ibu mertua... suasana tenang telah bertukar gelabah, mak soh adik pegi cari suami di masjid. kena pegi hospital segera. apa segera?

aku baca kat forum macam relaks je, orang tu siap mandi2.. aku cakap nak mandi, mak kata jangan, nanti lagi cepat. aiyo. so masuk toilet sat buat apa yang patut (takyah citer details kat sini ok)... terus duduk di bilik tunggu suami. adik balik kata tak jumpa, ada suara-suara soh panggil ambulan. haha. tidak. masa ni aku tak rasa sakit pon lagi. biasa-biasa je.

pastu adik pegi lagi skali carik, baru la jumpa. si suami tak sempat lagi solat. hehe. pastu ditanya nak gi hospital sg. petani (SP) ke alor setar je. sebab kan check up sumer buat kat SP. mak cakap pegi yang dekat je, karang tak sempat. walaupun dalam hati nak gak pegi SP, tapi memikirkan sejam dan ikut kata mak, kang tak pasal2 aku bersalin dalam kereta, naya.. heh.

so naik kereta, akak ipo ikut skali. dalam kol 2 lebih kot sampai kat tempat bersalin hospital alor setar (HSB). bila ditanya dah kuar darah, dia soh terus pegi cek. ceh potong q nampak. dalam tu ramai aku tengok ibu-ibu mengandung sedang menunggu untuk diperiksa... ohohoo.. berdebo.

doktor cek, dia cakap dalam 3 cm, tapi tak sampai 3, 2 setengah. boleh gitu? haha. masa ni nak kata sakit sangat pon tak la. sakit perut sikit2 jek. pastu cek CTG (jantung baby). saspen jek bila graf ctg tu pelik je, sampai nurse tu buat lagi skali. dia cakap nanti doktor tengok (Medical Officer) kang kena marah ke apa tah, coz tak proper. aku rasa yang cek-cek tadi tu HO (House Office - doktor pelatih)... tapi ok je lah dia cek. doktor pon cantik. eh sakit2 pon dok tengok doktor cantik ka. haha.

nurse-nurse pon baik (alamak lupa, aku nak emel puji2an kat HSB asek lupa je)... tak lama pastu dlm kol 4 kot, tah aku on dah lost count masa sebab tak pakai jam n kat dinding tu tade jam pon. doktor cek balik dah 4 cm katanya, boleh masuk dewan bersalin. nurse tu pon cakap jantung baby tak berapa elok, baik pegi masuk dewan bersalin cepat2.. kat sana diaorang boleh bagi cepat. aku siap tak percaya, tanya kat doktor tu, "dah boleh bersalin ke doktor". doktor tu pon siap senyum, "kenapa, tak nak bersalin lagi ke?".. haha. lawak tak aku?

so nurse tu salinkan baju n sorong dengan kerusi roda. dia sorong jumpa amir and suruh salam mintak maaf. amir dan sign nak masuk sekali coz ada polisi rakan suami ke apa tah. tapi tunggu dulu la. aku salam and mintak maaf tapi tak dan la nak cakap apa2 coz rasa dah sayu pulak. harap2 dari riak wajah aku yang comel ni dapat disampaikan aku mintak maaf atas segala kesalahan dan halalkan segala makan minum. nurse tu siap pesan, istighfar banyak2 ok...

pastu masukla ke dewan bersalin, di sini ada jam besar, boleh tengok kol berapa.. hehe.

dan bermulalah eksperimen doktor2 pelatih. tapi aku takdelah kisah sangat pon, kata hospital kerajaan, terimalah seadanya, lagipon bukan diaorang kacau kau pon kan..haha. cuma tu la, sorang masuk, kawan masuk, ajar itu ini, pastu nak cari salur kencing pon tak jumpa, soh kawan pulak buat. haha. it's ok, makcik tak kesah, makcik nak bersalin cepat je.. hehe.

dalam kol 5 kot, dia cek-cek 4 cm gak, aik sama jek dengan tadi. pastu soh kawan dia plak cek, sama gak 4 cm.. aiya. adegan seluk menyeluk. masa ni pon rasa sakit dah sikit-sikit. doktor offer nak tak pil tahan sakit, aku cakap tak nak. sebab aku bajet nak tunggu sakit gila baru nak. sakit sikit takkan menjeng kan.. begitulah kata hatiku yang bajet kuat. sampai doktor tu tanya lagi pastu, nak tak ubat tahan sakit? bila aku geleng-geleng dia siap tanya, kenapa tak nak? doktor tu lelaki, dia pelik agaknya muka dah kelat semacam tapi nak tunjuk kuat. aku cakap boleh tahan lagi.

so diaorang pon biar je la aku terulat-ulat atas katil tahan sakit. masuk skali skala. depa pesan klu rasa nak terberak bagitau ok. aku pon ok je lah. masa ni macam-macam la rasa, rasa nak terkencing, walhal doktor tu baru keluarkan air kencing bergelen2 (dia yang dok cakap banyaknya kencing). lagipon memang sebelum tu aku tak kencing. start pastu aku rasa dah macam nak kencing lagi, tapi doktor cakap baby tengah lalu la tu, saya dah keluarkan semua kencing. tahan tahan sambil baca la doa nabi yunus, selawat dan macam2 lagi la surah yang aku boleh ingat dah hafal. masa ni dok doa agar baby selamat je, sebab risau bila diaorang cakap jantung dah tak berapa elok, siap bagi oksigen kat aku. untuk baby katanya.

start 5 suku aku rasa macam dah sakit selang 5 minit. 5.45 aku rasa macam ada simpton-simpon nak terberak. macam dah ujung-ujung. masa ni aku tak cakap lagi ngan doktor. pastu bila rasa lagi nak terberak, aku cakap, macam ada rasa nak terberak. sebelum tu doktor cek dah, 8 cm katanya. abis aku rasa dia pusing jari dia dok kira bukaan, tapi sumer tu dah tak ku hiraukan, yang penting baby dalam perut ni selamat..
hanya mampu berdoa sahaja waktu tu...

waktu tu aku tengok sipi-sipi glove doktor tu dah berdarah, wah agak scary yer di situ.. dan tiba2, aku menjerit, nak terberak!!!!!

terus tiba2, katil aku penuh dikelilingi dengan doktor. ok teran. ha apa, dah boleh teran (buat lawak dalam hati).. terus aku teran dengan sepenuh hati, pengalaman sembelit yang sering terjadi dijadikan panduan. memang tak sia-sia selalu sembelit sampai buasir. hehe. tapi ada gak la doktor tepuk2 sebab aku ni selalu dok kepit. camne baby nak keluar kalau awak kepit. tapi ok memang supportive gila semua, bagus bagus, lagi lagi. pastu bila tak sakit dah, dia soh relaks dulu sambil memberi tips2 berguna. bila doktor tu pegang perut aku n rasa ada contraction terus dia soh teran lagi. lepas tah 3-4 kali teran kot dah keluar kepala agaknya. doktor tu siap buat lawak, ni 2 kali batuk je ni boleh keluar dah. sib baik aku tak gelak berdekah-dekah waktu tu, haha. lepas tu, aku teran beberapa kali tiba2 terasa ada sesuatu yang zas zrap zrep keluar dengan pantas. fuh dah keluar ke? alhamdulillah... syukur sangat2... tepat jam 6.12 petang, 18/2/2011, anak perempuan kami telah selamat melihat dunia... segala puji bagimu ya Allah yang telah mempermudahkan urusan kami... aku dah jadi mama, bagai tak percaya. nurse tunjukkan jantina, dia bagi aku cium baby, saat terindah...

oh depa lupa nak panggil amir wpun dah sign borang rakan suami. nurse tu dok mintak maaf coz tak perasan n masa tu pon kritikal bila jantung baby dah tak berapa kuat. aku pon kata takpe, janji dah selamat. tapi rugila plak, amir tak dapat tengok n potong tali pusat. pastu nanti dia kata senang je beranak tu, esok soh mengandung lagi. hoho.

ingatkan segalanya dah berakhir, rupanya part lagi scary dah tiba. part jahit menjahit. start 6.30 nurse tu dah mula menjahit. mak aih, terasa dia tarik benang wpun katanya dah bius. lepas tu siap bagi aku sedut gas lagi,, tapi aku rasa tak berkesan langsung. haha. penat aku menyedut macam orang ketagih. dok istighfar dan macam2 lagi la. mengaduh tak berenti. sib baik nurse ni penyabar, dia kata tahu sakit, tapi klu aku dok gerak2 n kepit.. tatau pukul berapa boleh siap coz nampak koyak banyak sangat ni, rabak katanya. lepas tu tau baby 3.7 kg, no wonder lah kata depa. hohoho.. sib baik ada sorang doktor pelatih ni pon tolong pegang kaki aku and dok ingatkan buat lembut, jangan keras, susah nak jahit.. aku pon siap ckp, tolong bgtau saya sebab sy slalu lupa, asek terbiasa buat keras..

tak lama pastu baru aku perasan, baby tu diaorang letak kat sebelah.. dalam 7.40 aku dengo bunyi cap cap, baby dah start lapar.. siap isap jari doktor kata.. siap anak mama...journey menjahit dari. 6.30 pm sampai ke 8.30 pm, memang lama. bila aku tanya nurse, berapa jarum. dia cakap tak terkira dik!!!! hahaha.

so lepas abis dia bersihkan darah kat badan, tukarkan aku baju... ya Allah, hanya kau dapat membalas jasa nurse2 dan doktor kat HSB ni. bangga aku dengan perkhidmatan hospital kerajaan macam ni. alhamdulillah rezeki aku baik kan. lain orang lain pengalaman, tapi bagi aku memang tip top sangat.

sementara tunggu nak pindahkan ke wad, mintak kat nurse nak susukan, terus dia angkat n tunjuk cara. bukan main pandai budak kecik ni menghisap, mendapat pujian ramai ok. walaupun aku rasa memang tade susu yang keluar, kolestrum pon aku tak pasti ada ke tak.. tapi gaya memang no 1.. terbaik iyman amalea!!!

dan hari pon beransur gelap, aku dan baby iyman menghabiskan masa bersama-sama di wad. scary rasanya bila tiba-tiba malam dia nangis. abis bedung yang nurse tu buat lawa-lawa dah terungkai. aku gelabah, nak betulkan bedung pon tak reti. semalaman aku takleh tdo. badan pon rasa sakit-sakit n tak selesa nak baring/duduk. tapi memang pengalaman semua ni, sampai sekarang rasa macam masih tak percaya. alhamdulillah, Allah dah berikan kami apa yang diminta selama ini. semoga kami dapat menjaga amanah ini sebaik-baiknya.

kepada semua yang mendoakan, terima kasih banyak-banyak.
kepada semua yang membantu, hanya Allah dapat membalasnya.
kepada yang masih berharap, just hang in there dan jangan sesekali putus harapan, insya-Allah rezeki korang menyusul selepas ini.

akhir kata, mari layan gambar iyman amalea :)



senyuman hari pertama


ada style tak rambut saya>


hobi saya makan dan zzzz (macam mama saya)


dah botak...

Comments
18 Responses to “Welcome to the world :)”
  1. zira says:

    fuh..panjang sekali penjelasan. ala2 generic inpatient clerking je..xpun nursing report. hehe..tu la, setiap org pengalaman lain2...mcm sy, kedua2 pengalaman totally bbeza. bertarung nyawa dlm bilik bersalin tp akhirnya end up di bilik OT, general anest yg mnyebabkan sy hanya sedar beberapa jam selepas tu. tp dua2 kali incik suami bpeluang tgk lemak dlm perut bini dia ni...haha

  2. amoi says:

    fuh pengalaman ko mmg superb. macam senang je ko beranak macam tak sakit. apa petua nya? hehe...

    iyman amalea comey comey..muka org jawa la..hehe..

  3. tahniah!!!pengalaman yg unik bg setiap ibu :)

  4. kuizikel says:

    zira, tu la, ala2 patient clerking.. haha.

    amoi, part sakit tu aku tak describe lebih2, takut ko nak kawen kang... muakkakakaka

    catlina.. thanks a lot

    im.. tqqq.. tu la lain orang lain citer kan.... yg penting selamat dah, lega

  5. cekkeya says:

    fuhhhh, cuak plak aku baca. ahhaahah neway, hello world, iyman amalea ;)

  6. ko x describe lelebih pun aku dah rasa seram dah huhu.. btw selamat melihat dunia iyman.. (^_^)v

  7. dbalkis says:

    Congrats..alhamdulillah..nampak mcm dah besar iyman..

  8. Nurman says:

    Tahniah kuizekel comey sungguh baby kamu ni

  9. ishamizu says:

    hehe comel je ko citerkn experience bsalin kot tuh..hihi.
    Nway, aku wpon dh nk masuk pengalaman ketiga ttp neves. :D

    Congrats dear! Iyman Amalea is so adorable! bam2 sguh. gerammm. :D Doakan aku plak eh..:)

  10. pojan... tahniah dah jadi mama dah... really happy for u... tetiba rasa sebak lak baca blog ko kali nih huhuuuu.... anyway, aku pun skang tgh dok berdebar tunggu anak sedara aku nih.. insya allah akhir bulan nih keluar... lepas tuh aku akan jadi mama long ahaksss.... congrats ye.. peluk cium aku utk baby ko yek... muah!!!

  11. tahniah KUI'alhamdullah Iyman dah selamat laher kedonia
    aku doakan yang terbaek
    menjadikan Iyman wanita solehah AMIN

  12. izzah says:

    ...alhamdulillah...congrats kui...:)..cutenya Iyman..

  13. congrats Kui...
    best x beranak? aku ada kuota 2 lagi hahahaha suh Apek je la beranak ahaks

  14. Anonymous says:

    bila tgk anak yg kuar comei, hilang sume sakit tu kan? Satu lagi kelebihan Allah kurniakan pada wanita, iaitu tahan sakit dan mudah melupakan kesakitan. kak bis dh merasai kedua2 pengalaman, operate terpaksa dan normal. Slmt menjadi ibu kui, moga iyman menjadi anak yg beriman dan solehah.insyaallah

    kak bis^ler ni^

  15. hahah, terbaekk la pengalaman bersalin kau.. siap jadik eksperimen lagi tuh..

    anyway tahniah banyak2.. comel iyman amalea, macam uncle din jugak..

  16. kak ain says:

    dah selamat semuanya yer..alhamdulillah...tembamnyer baby iyman..anak kak ain pon eiman jugak..Nur eiman qaysara..

  17. dbalkis says:

    Beb, congrats aku dah lama gile x bukak blog ko dan blog kebanyakkan orang pun actually since start study. Dah besor pun anak ko kot. Aku pun bsalin kat HUKM (gov wing bukan private) dan Alhamdulillah pengalaman bsalin sangat puas hati. Makcik cukur jambul tu mcm ku kenal la. Dia cam cukur Dhani jugak dulu. Makcik dr kepala batas ke?

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL