FB oh FB

salahkan FB sebab senang sangat nak update gambar, nak update status, update what's in your mind right now. hehehehe

bagi yang dah friends di FB mesti dah muak tengok gambo iyman hari-hari kat status aku. hilang seri plak orang tua kata klu asek amik gambo. sori la yer, abis tu nak buat apa lagi, nak jalan p shopping tak boleh lagi, nak bawak kereta gi tok jalai tak boleh lagi, apatah lagi nak bawak iyman pi jogging.. haha..jadi kerja separuh masa aku adalah pegang ifon, snap, update status fb atau guna instagram apps kat ifon untuk upload gambo kat FB dan flickr.. wala, sesenang ABC. ABC pon lagi susah.. eh lama tak makan ABC.. tunggu kau ahad ni hari ke 45, aku nak belasah semua jenis makanan dan minuman, terutamanya ais ais baby...

tapi ada kawan pesan, ais ais tunggu 100 hari, apa 100 hari, gila kau????????? :D sebab katanya bisa.. baik2, aku amik berpada2 jer.. janji (sambil kenyit mata) ;)

sekarang ni musim hujan kat jitra, sejuk jer... dan lagi la berleluasa aktiviti zzz. Kawan cakap mak kena ikut baby, baby tido, mak tido supaya tak penat. ini baby tdo mak fb.. pastu komplen tak cukup tido, badan penat.. hehe.



ahad lepas, iyman dah lebih 1 bulan, maka perlu pergi ke klinik ibu dan anak untuk dicucuk. wala, aku boleh pijak tanah dan berjalan-jalan. scary jugak first time pegang anak bawak keluar, asek terbayang macam-macam jek, camne klu jalan tersadung ke, ish ish, aku ni memang over sket,slalu pk lebih2, dan selalu terbayang benda2 ngeri terbuat kat anak. huhu. aku slalu berdoa agar kami yang baru nak belajar ni tak buat benda-benda yang membahayakan anak...huhu.

oh citer pasal iyman, dia elok je kat klinik, dan tido sepanjang berada di klinik.. mungkin sebab nyaman ada ekon kat situ. time nak cucuk sampai misi soh basuhkan muka dia dengan air bagi jaga, takut terkejut. haha. pastu bila time cucuk, dia menangis n marah masa aku pegang lutut dia tak bagi gerak, lepas abis cucuk terus tido balik.. ewah2...

awalnya iyman ni senang je waktu malam, hanya berjaga 2-3 jam skali bila lapar. tapi lately, bila dah cukup sebulan ni, start jam 12 - 2 mesti mata BOOLAAT je, merengek sket2. cek pampers ok, cek tahap kelaparan ok.. tapi mata tu tamo tdo, aku dah menguap beratus kali. bapaknya tak payah cakaplah, selamat. night shift 99% aku kena keje... kena mintak elaun lebih ni.. haha.

tapi tulah, rasanya baru sikit ni, tak terbayang nanti bila dia demam, hai gelabah macam first time tdo kat spital kot, tatau nak buat apa. ni pon banyak dah tengok youtube, tengok cara-cara menyusu yang betul, apa nak buat bila overflow and baby refuse. alhamdulillah rezeki iyman murah setakat ni, siap overflow lagi. nak buat stok susu takut lama lagi, ada 2 bulan lagi. ada la buat skit, takut lama sangat, tak kompidennya nak simpan lama2 kat peti ais atas tu, walaupun patutnya daripada pembacaan simpan kat peti ais 2 pintu bahagian atas tahan 3 bulan. orang-orang tua pulak dok cakap susu lama la, baby sakit perut la.. susah jugak cabaran nak memberi susu ibu ni kan. antara cakap kaunselor laktasi dan orang tua, susah juga nak menyeimbangkan kedua-duanya.

cuti sekolah baru ni, abah datang dari BP.. oh happy tak terkata. awal2 dulu masa iyman belum keluar, azyan ada cakap yang abah kata nak datang tengok cucu, tapi bagi keluar dulu. lepas tu bila dah selamat bersalin, ada sekali abah telefon, cakap tatau lagi nak datang ke tak, tiba2 jadi sedih, bila abah call cakap tengok dulu datang ke tak, aku hanya mampu cakap 'yelah', pastu sebak dan sedih.. emosi la plak.. haha. pastu selepas perbincangan bersama seorang dermawan dan bakal jutawan, az_ _ _, maka segala kos perjalanan dari bp ke jitra ditanggung sepenuhnya, maka perjalanan abah & geng berjalan lancar.. awal2 suboh hari jumaat dah sampai depan pintu, aku pon tak bangun tido lagi.. keh keh keh. cemerlang cari rumah.



atuk kapiiiii


baper kali adjust gambo ni nak bagi bik yan nampak 'slim', haha


bik awa.. luv luv


pandai bik aimi lukis untuk iyman


oho sayangnya dia...



abang am & family pon datang sebelum tu dari melaka. rindu kat husna & najwa. si husna boleh tanya kat makcik dia (adik) sebelum tu, kenapa tak namakan iyman, alisya makaroni.. hahaha. suka hati kamu la yer :P... oh pastu iyman dapat hadiah ferrari merah dari wak amran & wak ainee, besttttttttt giler. bila kita nak jalan2 ni iyman..


action je yer sayang, tak boleh jalan lagi, haha


haiiiiiii


kak najwa yang comellllllll.. iyman ni orang datang ramai2, dia tdo sajerrr



oh pastu dermawan dan bakal jutawan hadiahkan iyman car seat, yeye best sangat2... tengkiu yer semua dermawn dan jutawan. tak lupa kepada semua kawan2 yang datang melawat iyman, bagi duit raya dan pelbagai hadiah,dari baju ke beg lampin. semua baju2 iyman dah pakai, maklumlah takut tak muat u oll, hari tu masa check-up sebulan dah 5.2 kg. boleh misi tu kata sikit lagi nak obes. kat carta tumbesaran tu dah ujung2 la, tapi masih normal. dia ingat minum susu formula. hello, susu ibu okeh. kekekeke.



produk susu ibu ;)


bersama abang adam ;).. kiutnya anak cnol & gafa ni... geram tengok kulit dia yang mulus


oh banyaknya citer nak updet, tu la sebulan sekali updet sapa soh.

aku plak masih belum mendapatkan berat badan ideal, haha. makan berpinggan-pinggan. konon nak bagi tenaga, hehehe. tu pasal asek letak gambo iyman je kan, klu tak mesti tepek gambo sendiri.. hahaha. masa sebulan aritu, timbang badan kat klinik +7.kg berat sebelum preggy. dahla berat sebelum preggy terlebih 7kg gak. haha. tapi oklah tu kan, masa bulan2 terakhir nak beranak, berat aku 92 ke 93.. gila scary...

oklah, loceng dah berbunyi.. (iyman calling....)

nanti updet lagi klu rajinlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

take care everybody, c u next time...berusahalah semua q(^_^)p

Comments
8 Responses to “FB oh FB”
  1. seronoknya kui diulit baby ari2
    wajah atok kok sedu ghitew
    tumpang HIBA kejap ni...atok ayang cucu tu kui.

  2. cekkeya says:

    apaa???? 90KG????? mak aihhhhhhh tergezut aiii. ahahha

    hye iymannnn ;) mana yg gambar muka sama??? ahha

  3. hahahah kui...rilek rilek ok, aku sampai la ni x sentuh lg ais...x berani ekekeke.

    wei apemcm cutibersalin, best tak? so ila yg 2nd? aku proposal x lepas lagi hahahaha

  4. amoi says:

    apsal lain je tgk muka atuk kapi?

    jg minum ais lagi weh...minum air lam peti jek..ahahahah :P

  5. ayah ko dah mcm ayah aku pojan.. anak lelaki sorang jer.. pastu cucu pun semua pompuan (^_^).. xder geng nak ajak main bola

  6. saya bkn pencinta tempe..tp nk komen gk kt sini..hehehe..kenai x siapa gerangan ni?? hehehe
    jeles arr iyman dpt ferrari merah..impian tuh,tp x terbeli sbb rege mahai sgt..hu3

  7. Anonymous says:

    susu ibulah yg terbaeekk! kui mmg cemerlang lah sbb bleh menyusukan iyman ngan susu badan hingga gebu cam tu. kalo boleh, kalo dptlah, belilah peti sejuk kecik je (mini fridge) yg rege RM350 yg boleh letak tepi katil je (khas utk simpan susu ibu) supaya tak bercampur rasa dlm peti sejuk ngan susu ibu. lagi 1 1/2 bulan sblm keje cuba cuba lah latih dia minum guna sudu dari perahan susu ibu, jgn awak yg buat tp org yg bakal jaga dia tu buatkan lepas tu guna botol plak.

    kak bis^ler ni^

  8. Nurman says:

    So cute iyman, susu ibu sepenuh masa? Keep it up girl

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL