
Pemandangan Danau Toba dari atas lereng bukit
jemu gak aku tengok blog aku yang tak berupdet... asek-asek muka yang perasan cantik 2 tahun dulu... haha. jet lag lama sangat, walaupun naik flight tak sampai sejam, 2 minggu cari masa nak bertenang mengemas bilik, mengemas barang-barang, mengemas blog. hahahah.....
pengalaman jadi jutawan kat sana memang best. tapi memang kena berani mati tawar. style diaorang taknak letak harga paling murah, dia nak kita letak harga, dari situ diaorang nego. kadang2 macam tak sampai hati nak tawar 70% walaupun orang dah pesan. tu yang tiba2 tawar sikit2, mula2 dia macam tanak bagi, skali tu dia bagi. cis. patut tawar lagi hebat. so kena ada skill keras hati semasa menawar.
kat medan ni nak shopping memang tak berapa heaven. aku tengok lebih kurang jek kat sini barang dia. nak kata murah sangat tu idak la. ke sebab dia tengok orang
eh apa ni citer pasal shopping je.. citer jalan2 makan angin sampai kenyang mana? haha. rata2 aku tengok kat website/blog orang lain, trip ke medan ni memang sama je tempat/perkampungan yang dilawati. so aku buat rumusan yang pendek je la, malas dah nak taip, lagipon korang pon malas nak baca aku bebel panjang2 kan.. haha..
12 Feb 2010 (Jumaat)
Kol 10.30 pagi naik FireFly dari Penang, sampai lebih kurang kol 9.30 pagi kat Polonia, Medan. Macam back to the past lak sebab time kat Medan ni - 1 jam dari Malaysia. sebab tu sampai kat sana jam 9.30 pagi. hehe.
Sampai terus jalan gi kedai batik. first impression aku memang mengecewakan sebab aku rasa macam mahal jek, haha. Pastu terus gi lunch untuk mengubat kekecewaan. Sib baik makan selera kampung, kena ngan tekak. hehe.
Yang paling boring sebab dari airport nak ke Danau Toba dalam 5-6 jam kau. Pegi ni naik van la, travel agency dah sediakan. Adoila. So dalam kol 6 petang baru sampai. So sampai kat Danau Toba Cottage dah agak gelap. Aktiviti hanya makan dan tido. hahaha...
13 Feb 2010 (Sabtu)
Pagi yang gelap, kini sudah terang. hoyeah. masa untuk naik bot ke Pulau Samosir. Kat sini banyak orang batak. sib baik bukan 5-6 jam. haha. dalam sejam je kot dah sampai.
Kat Pulau Samosir ni banyak perkampungan. Antara kampung yang dilawati adalah Kg. Tomok. Adakah tomok new boys berasal dari sini? :D

kat sini tade apa la yang menarik, sampai-sampai dapat naik kat wakaf ni, sambil dipakaikan selendang ala2 orang batak. ingatkan tempat apa, skali tu melawat KUBUR. haha. buang masa je. dah la subjek sejarah paling aku "MINAT". so layan je la sambil dengar pemandu pelancong bercerita sejarah yang tah betul tah tak. lepas abis tu, sebok soh kiteorang menderma. haha. melawat kubur je nak menderma, so buat muka bodoh je pulangkan selendang tu, walhal orang tu sebok tunjuk kat tong besar soh derma. heheheheh.
so lepas tu apa lagi, sesi mengabiskan duit. sepanjang kg. ni memang ada kedai-kedai jual barang2 kraftangan la. souvenir2, t-shirt danau toba, keychain. ngeri gak diaorang suka tarik-tarik tangan. satu pesanan pemandu pelancong, kalau lalu masa nak pegi kampung ni, bila orang tu soh beli barang, jangan cakap "NANTI", "OK" atau angguk2... sebab nanti dia akan cam kita dan kata kita dah janji nak beli. sebab slalu kan kita kat sini akan cakap takpe, nanti2... jadi sila SENYUM sebagai tanda sedekah je la yer, takyah nak over peramah..heh
so abis gi kampung ni, naik bot lagi n pegi kat 1 lagi kampung. kampung pancung & makan orang. hahaha

Demo Pancung Memancung

posing tah apa2
kat sini pon ada gak jualan2 macam tadi. kat sini Amir terjanji ngan orang tu nak beli sebab masa datang tu dia sebok tengok orang tu tengah ukir kayu. aiyak. aku pon tercakap ok ok. haha. tersasul. skali tu masa nak balik, aku tengok kat kedai tu tade orang, cepat2 naik bot. skali tu orang tu ada kat bot. hahaha. siap di cakap, tadi abang udah janji mau beli ya. hahaha... pastu Amir konon nak beli 1 je la keychain sebagai cukup syarat, tapi orang tu sombong tanak jual 1 dengan harga 5 ribu RUPEE. so last skali bot nak jalan, orang tu pon blah. haha. so tak beli gak. kakakakkaka..
balik ke jeti semula dah dekat kol 2 kot. sampai-sampai gi cari kedai makan. so far pegi dengan travel agency ni senang sikit, dia bawak kat kedai makanan islam. so makan dengan lahap skali la. hehhee.. lepas abis makan, mengabiskan masa di jalan lagi, hampir 4 jam gak. kali ni menuju ke BERASTAGI. ni ala2 Cameron Highland sebab sejuk2 sket.
part plg lawak sebab aku muntah. haha. eh lawak ke? kaka. jalan dia hiruk pikuk macam ular kena palu. pastu dengan lubang2 lagi. adoila. sib baik dan curik siap2 beg muntah kat firefly tadi. hehe.

singgah kat waterfall dalam perjalanan ke hotel di Berastagi

pemandangan Danau Toba dari lereng bukit ke Berastagi

pasang paling romantis abad ini.. haha. sila muntah sekarang!
kat perhentian yang ada waterfall ni pon ada gak kedai-kedai jual baju/souvenir macam kat pulau samosir tadi. tapi yang bestnya kat sini boleh membeli belah ngan tenang dan aman, harga pon boleh tawar dan sama je lebih kurang kat pulau samosir tadi. adegan tarik menarik tiada. hehe. dah la sejuk, hati pon nyaman jek. hehehe. klu tau tadi memang tadenye aku sebok membeli belah kat kg. tomok. beli semua kat sini. haha.
dah gelap baru sampai hotel seterusnya kat Berastagi. So terus makan malam.... hari ni berakhir begitu saja.... memang 2 hari pertama ni penat dalam van je lah.
14 Feb 2010 (Ahad)

view dari hotel @ beratagi, boleh nampak gunung berapi yang masih aktif kat belakang tu..
Masa untuk pulang ke Medan semula. kali ni dah siap2 makan ubat muntah, dikhuatiri peristiwa muntah berulang kembali. haha. dari Berastagi ke Medan dah tak jauh, dalam 2 jam je. lega. klu 5 jam gak. adoi. tobat tamo datang lagi. haha.
so bertolak dalam kol 9+, tengah hari dah sampai. hoyeah. makan di kedai yang sedap sangat sebab ada ikan bakar. haha. pastu ada air RASA-RASA. campuran durian belanda & pelbagai buah. harganya 10 Rupee saja ya buk...lebih kurang RM4 je lah.. tapi memang sedap duh. so kat medan ni, acara membeli belah je lah. duit ada juta-juta lagi ni, risau tak abis. haha. so dari 1 kedai ke 1 kedai pemandu pelancong ni bawak.
last2 tempat yang paling banyak duit dihabiskan adalah di Central Pasar, bersebelahan Pasar Raya Matahari. Central Pasar ni ala2 Pasar Siti Khadijah, 1 bangunan yang banyakkkkkkk sangat orang jual barang. tapi lagi besar la. Dalam Central Pasar ni ada banyak kain baju untuk pengantin, ala yang macam baju net-net tu. pastu telekung, baju seluar, jubah2 ala indon, tudung2... kat sini kiteorang borong telekung ramai2.. malas dah nak pk nak beli kat kedai lain. pastu klu pegi pasar kat belakang bangunan ni, lagi la banyak... sampai boleh sesat dong. sebab dia ada banyak portion, jual ikan, jual baju, jual barang2 souvenir pengantin, jual pasu-pasu....
so last skali balik hotel di Medan. ada lagi sehari ni....
15 Feb 2010 (Isnin)
Hari Isnin ni hari last. petang ni dalam kol 5 lebih nak gerak balik ke Penang. tapi hari ni pemandu pelancong tade. maka kami naik kenderaan awam, pergi balik ke Central Pasar semalam untuk mengabiskan duit. haha. Amir plak ada tempah lukisan kat Pasar Raya Matahari tu, hari ni baru leh amik. Geng lain pegi naik kereta, aku ngan Amir gi naik beca yang pemandunya naik moto, bukan basikal macam kat sini.

skali tengok macam lawa, skali tu pandang dekat2, dia lukis gigi aku besar gila. pastu sketch kaler itam. haha. benci2. amir asek bangga muka dia cam nordin ahmad konon. :P haha. idung aku pon kembang gila dia buat. benci tau, walaupun idung aku besar, tapi jangan la lebih2 sangatttttttt.. haha. tapi kira hebat gak la, sebab artis ni lukis berdasarkan gambo yang kecik gila, gambo kawen masa kat jitra yang aku kerat letak kat wallet. harga pon murah, 1 orang 100 ribu ... apa 100 ribu? rupee ok.. so dalam RM40. 2 orang jadi 200 ribu. pastu frame pon siap beli kat sana. duit rupee dah abis, offer kat artis tu duit RM. dia kata ok je. Harga frame tu 130 Rupee, tapi aku pandai-pandai je offer RM50 je lah yerk, sambil menunjukkan Yahoo Pocket Guide... patutnya dalam RM60 gak kot klu convert betul2.. tapi artis tu pasrah jek... sambil berkata dengan senyuman terukir, bukan patut RM60 ke..
so hari ni berakhir kat central pasar je, pastu balik hotel sambil menunggu pemandu pelancong antar ke airport....
kompilasi gambar-gambar....

ada singgah kat kebun limau masa nak balik dari berastagi ke medan...perhatikan ada pocong lompat curi limau..haha

ahli rombongan...

a&n - luv from medan :)

beg sapa la besaq sangat ni!!!
so antara pesanan untuk sapa-sapa yang berminat pegi ke Toba-Medan.
1. Bawak pocket guide currency converter... senang sikit nak fikir masa shopping. Klu bawak calculator, jenuh nak menekan setiap kali orang sebut harga. Pocket guide tu boleh print online je kat sini
yahoo currency converter...
2. Bawak pil muntah klu perut jenis tak tahan.
3. tuko duit rupiah siap2 kat malaysia, kat medan harga dia lagi rendah
4. abiskan duit, tapi simpan sikit untuk tax kat airport medan, dalam 75K rupee. pastu ada lagi 10K rupee gak untuk extra caj cop pasport (ini macam ala2 rasuah ke apa tah coz tade resit, pasrah je la, dlm RM4 je pon)...
5. apa yang tertulis sebelum ni dari perenggan atas .. haha (malas nak summarize)
sampai kat Penang dengan air asia plak. jam dah dalam 7 suku waktu malaysia. tadi aku cakap gerak kol 5 lebih kan, tapi tu waktu Indonesia, so tu yang bila sampai kat Malaysia dah pukul 7 lebih. aku mula2 ingat apsal balik lama sangat, pegi sat. rupanya sebab perbezaan waktu.. haha. now i know.
tapi yang paling tak best airport penang, beg aku n amir kena detect ngan kastam. awek yang muka kerek tu pantas soh kiteorang bukak beg. ni gara-gara telekung yang beli sampai 10 tu. diaorang nampak kat scanner tu kan macam susun2.. telekung tu kan dalam beg berzip. ingat kain batik je kena cukai. dah la muka kerek, pastu abis dia yang punggah beg amir sampai ke lantai. patutnya pegawai kastam takleh sentuh beg kita kan? dia kena soh kita punggah. amir la cakap, tapi waktu tu dah kalut, tak ingat apa. lepas punggah, dia nampak t-shirt 10 helai pon dia nak kena tax. walaupun cakap beli untuk sedara mara je, bukan nak bisnes, dia tak layan. baru lantik kot ni, tu yang skema semacam. geram gak time tu. dia tanya harga, aku cakap harga half dari harga sebenar la, so kena la tax dalam RM50. cis bedebah. mungkin awek tu jeles tengok telekung aku comel2... hahaha. jadi, klu korang gi shopping, sila buang kotak/beg dsb & susun macam baju biasa. kawan aku yang pegi sama ada gak beli baju, tapi dia tak kena detect. kiteorang punya bila dah kantoi telekung tu, dia nampak la segala macam sumer. haha. bikin spoil mood saja.
ok begitulah saja cerita yang konon malas nak tulis panjang lebar, tapi dah lebar panjang sangat lah ini.. hahahahaha... hari ni nak gi wedding kawan kat ofis lama. kebetulan dia kawen ngan orang alor setar. so bolehla pegi....
itu sahajalah buat masa ini, berjumpa di entry akan datang..hehe...
till then, assalamualaikum :)
ok serius2
saya berjanji akan belajar masak.. (haaahaha tipuuu)
peace... i'm married... kakakkakakaka
rasa macam semalam, tapi rupa-rupanya dah 2 tahun... pantas dan tuntas masa berlalu. betullah kan, masa tidak akan menunggu kita. 2 tahun dulu dengan harapan lepas kawen boleh masak pelbagai menu kegemaran suami, namun setelah 2 tahun, masih sama seperti dulu.. haha. malah mungkin lebih teruk lagi. kah kah kah. tunggu lagi 1 tahun setelah dapur idaman siap, dengan harapan taun depan dalam blog, tak perlu lagi letak gambar nikah yang dah ketinggalan zaman, hanya letak pencapaian sebagai seorang isteri, contohnya dari segi kepakaran memasak menu yang hebat lagi sedap.. hahaha.
maka hari ini mengambil inisiatif mencutikan diri sendiri, malas nak kerja, nak dok rumah melupakan hal kerja yang memang klu pk bisa terbawa ke mimpi. berjalan-jalan ke c-mart untuk mencari hadiah yang sesuai untuk suami tercinta. apa jelah yang ada di c-mart, baju jenama bizzo la apa lah... kakakka.. tengok jenama POLO ada, tapi hanya menjual seluar ketot.. kakkakak... pusing punya pusing, dapatlah 1 barang yang kecil, yang mungkin bole digunakan untuk tempoh setahun dua.. klu dapat 2 tahun, jimat takyah bagi hadiah taun depan.. kah kah kah... oh lupa, hari ni gaji.. horey horey. bakal kaya untuk tempoh seminggu dua kerana minggu ni akan bertolak ke medan. iya, aku mau pulang ke kampung halaman.. kangen gitu. tiba-tiba mengaku medan kg. halaman, dengan harapan dapat diskaun bila shopping kat sana.. hahahhahahah... (kena polish dictionary jawa terutama part mintak tawar).. 'kok larang no to pak .. larang = mahal... siji loro telu papat limo enem.. eh murah dalam jawa apa a?.. fail!!!
yer raya cina taun ni, sempena kawen pada raya cina 2 tahun lepas, maka kami akan berbulan madu di toba indonesia.. wah wah wah..
akhir kata, semoga bulan madu tahun ini membuahkan hasil yang diharapkan. doakan kami. (cewah)...
to my beloved husband...selamat ulang tahun perkahwinan yang ke

8 Comments