Wohohoo

wohohooh lama tak update blog kesayangan diri sendiri ni...hohoho

seminggu 2 ni memang sgt bz, kelas pon takde cerita menarik setakat ni.. tak berjaya menjejakkan kaki ke kelas cikgu yang best tu. bila tanya schedule, diaorang lambat tetapkan cikgu, bila datang kelas last week, tiba-tiba cikgu lain muncul. boring. hahaha.

ni baru lepas mengajar doktor2 baru guna sistem. berbuih mulut. eh berbuih macam orang kena sawan plak kan, tak tak tak. kering tekak je.. kkakakakka. tah apa aku kelentong doktor2 ni.. hhehehehe.. tapi oklah, kira mencabar diri sendiri, 10 kali aku join kelas, konfiden nak mengajar pon tade lagi. selalu memang vendor yang dok ajar. so kali ni, ada 3 orang jek, bolehlah aku try test ajar. so far diaorang tak tido dalam kelas. so aku assume bolehla boleh..... heh

ayah mertua aku plak dah dekat 2 minggu masuk hospital. kat alor setar. ni sebab terjatuh dari tangga masa tengah nak betulkan zink dapur. kiteorang masa tu kat dapur, baru nak menyuap nasi sekali tu dengan macam bunyik grefdakaghadgedebung... pastu dengar suara ayah panggil laki aku. mak aku pon releks jek soh tengok, ingat tergelincir biasa jek. skali tu rupanya dia terjatuh dari tangga tinggi tu, tak sempat nak berpaut kat mana-mana. kaki ada terkehel sikit, pastu darah beku. terus panggil orang urut bagi betulkan sikit, lepas tu tengok bengkak tu tak surut, terus malam tu gak bawak gi hospital. doktor xray. lepas tu dr jitra hantar naik ambulan ke alor setar. yang bengkak tu darah beku, doktor operate bagi buang. pastu terus warded sampai sekarang.

so far macam dah semakin baik. kaki tu kat bahagian tumit macam ada yang patah tapi setakat ni disimen je dulu. diaorang dok gilir-gilir tunggu la.

tiba-tiba rasa sedih, harap-harap abah kat kampung berada dalam keadaan sihat. ni yang tiba-tiba rasa nak balik kg. huhuhuhuuh

Comments
6 Responses to “Wohohoo”
  1. ello kawan
    patut lama tak nampak BUZZY ko
    alahai....
    bila nak turun bangi nih

  2. lama x balik ek..
    saya tahu awak rindu kampg halaman..
    balik, balik, balik, balik.. (mcm iklan lapar kat sinar tu...) hehehhe

    cuti raya cina sempat kot hang balik muar...

  3. cekkeya says:

    patutlaaa...takpe, nt raya cina ko balik, abah dah dok beli dapur sedut asap untuk ko balik masak. ekekekekkeke


    *pe ada verification word nih, penat tau i nak taip2..ahah

  4. mahyudin says:

    huhu, sama la, mak aku pun jatuh last week sampai bengkak kaki dia takleh jalan. nasib baik X-ray takde pape. sian kat mak aku.

    semoga ibu bapa semua orang diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipanjangkan usia, amin..

  5. izzah says:

    ..sian,tkpe raya cina ni leh balik kg,lepaskan rindu..huhuhu...

    ..kui, seminar fotografi tu bila?yg kat UIA tu..tk jumpa la page kat blog tinta tu...

  6. roSebud says:

    balik kg jgn lupa mkn sate dpn petronas semerah.yummyy!!!

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL