Sindiket RM100 terbongkar!

rasa bersemangat pegi kelas malam tadi lepas baca komen-komen membina daripada semua di entry sebelum ni (terima kasih, korang memang TERBAIK)... memang ada terdetik dalam hati nak cancel pegi kelas sebab rasa mengantuk plak di hujung minggu. haha. lagipon nak membongkar sindiket RM100 kan. Mesti semua tak sabar (cecece) nak tau ending terutamanya si mad yang tak mahu hidupnya diselubungi misteri nenek kebayan. haha.


selepas melantak nasi goreng ayam kunyit di kedai ET bersama amir. aku chow terus pegi kelas. gerak dalam kol 8. dekat 8.30 baru sampai. sib baik kali ni parking agak senang nak ditemui, tak macam sebelum ni, pusing 5 kali baru jumpa, tu pon kat belakang-belakang.

bila aku sampai kaunter untuk sign attendance, orang yang janji nak bagi aku resit tu pon panggil aku. dia pon hulur satu resit. aku dah agak. aku dah agak. dia bagi resit cikai, tapi kat penerima ada la cop official.

aku : boleh tak bagi resit yang official macam resit sebelum ni.
dia : tak de tak de.
aku : eh tapi saya perlu resit ni sebab...
dia : nak claim eh?
aku : aah (baru nak kelentong nak claim)
dia : hmm your next class bila?
aku : berpura-pura tengok ke jadual.. tak sure lagi. maybe esok atau monday ke.
dia : oklah nanti next class i bagi
aku : OK

pastu aku terus pegi masuk ke kelas. cari handphone dalam beg. eh tertinggal lak dalam kereta. aku pon bergegas turun ke bawah untuk amik handphone.

setibanya aku ke kelas semula, orang tu dah ada kat depan pintu kelas aku.

dia : ni resit, kerani dah buat. sambil menghulurkan resit official seperti yang aku nak. lepas tu kita REFUND rm50 sebab u pakai CREDIT CARD kan?
aku : (ahahahahahha.. yes yes yes yes... what a lame excuse, tapi aku buat-buat percaya lah, malas nak besar-besarkan citer)
OK tengkiu...

yeeeeeeeha.. tersenyum simpul aku dalam kelas. terus capai handphone, sms amir dengan member ofis lama aku si N, yang tadi aku citer kat gtalk pasal benda alah ni. ingat nak SMS semua orang yang bagi komen, tapi tak jadi la plak sebab nanti takde topik nak citer kat blog. haha.

pastu kelas berjalan seperti biasa. kali ni kelas conversation. ada 8 orang semuanya. aku yang paling "MUDA". kakaka.. sumer agak malu-malu. diam-diam ajer. aku pon sama. tapi bila cikgu paksa cakap lepas bagi topik. aku pon bantai je la. memang sah hancur aku cakap. kadang-kadang nak cari words nak citer pon lost. tapi takpe, cikgu tolong. haha.

lepas tu ada buat group discussion pasal topik. aku geng ngan 3 orang budak-budak ni, 2 chineese dah lepas SPM, 1 budak pompuan comel form 2. cikgu plak bagi topik, 'what will you do if someone ill treated you?'.. aku plak dah ala-ala mesra ngan budak-budak chineese ni, tiba-tiba aku bukak topik tanya pasal registration fees diaorang. diaorang pon liase ngan orang tadi tu. aku pon cakap la pasal sindiket rm100 tu. dia orang kata, diaorang bayar RM50 jek untuk registration. so sah la rm50 tu dia nak masuk poket. aku siap tunjuk bukti. diaorang pon cakap, orang tu suka nak brainwash orang, pastu paksa-paksa amik semua kelas. macam kes aku dia tak cakap boleh option kelas, kena amik semua. si T ni, dia cakap dia nak 2 kelas je. mula-mula orang tu cakap tak boleh gak. pastu si T cakap, ada member dia boleh. last-last boleh a. so kelas dia 2 jek, dalam 900+. lawak-lawak. tapi part paling syok, aku bergosip ngan diaorang ni time cikgu soh discuss topik (teringat masa kelas dulu kena marah ngan cikgu ramlah sebab berborak, walhal aku borak ngan zaza, dia marah aku je, zaza dia tak marah!!!), lepas tu gosip in english you all..... hebat tak hebat. ala-ala gossip girl pon ada. walaupun ngan english berterabur, ni dah jadi satu latihan gak bagi aku. hehehehe....

lepas abis kelas, diaorang cakap esok ada kelas conversation lagi kol 7. aku ingat malas nak amik yang ni coz kol 7. tempat ni memang ada sediakan bilik solat. tapi rasa macam leceh a plak. si T kata kelas esok ada cikgu e yang kelakar. so tiba-tiba aku tukar fikiran, boleh la join. lagi pon ada member dah. hehehe.

so hari ini, kelas conversation start kol 7-8.30 malam. pastu terus sambung dengan kelas grammar, 8.30-10.30.. hohoho... go go caiyok!!!!

moral of the story : fight for your right & jangan suka tipu orang :)

Comments
5 Responses to “Sindiket RM100 terbongkar!”
  1. amoi says:

    fuh inilah yg kita mahu...fight for your right!!

    syabas syabas

  2. cekkeya says:

    wahahaha bgus2!
    gossip girl, x0x0
    i laikkkkkkkkk ;p

  3. MyzwaR says:

    hahahahampes!!!! saje jer nk bg i glamer ala2 AJL mlm esok... hahaha.. jom blanja HPA dgn RM50... tett :p

  4. mahyudin says:

    wah, tahniah kerana berjaya gagalkan sindiket penipuan si penipu tuh..

    fuhh, lega semuanya dah selesai.. cheh, macam apa jer.. heheh..

  5. eh kelas english eh..bagusnya, aku pon rasa harusla msk kelas english ni..hehe

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL