Posted on Friday, January 8, 2010 · 10 Comments
Lama aku tak berblog. Malas nak cakap aku sibuk kat hospital ofis, nanti ada yang tak percaya lak. Tapi semenjak 2 menjak ni, tiba-tiba ada banyyyyyyyyyak sangat benda nak disetelkan. Siap boleh masa ada terklik satu artikel kat berita harian, aku boleh gagahkan tutup sebab terlintas dalam hati, ni kat rumah pon boleh baca. hahaha. ok sila kagum. kalau tak selalunya bila time-time boring, dari satu artikel ke satu artikel aku belek. hahaha.
Oleh kerana google rank blog aku dah turun ke dari 3/10 ke 2/10, yang mana ini menunjukkan blog aku dah mengalami zaman keruntuhan seruntuh zaman... (kena cek balik buku sejarah tingkatan 3)... :))
Baiklah, kita berbalik kepada topik utama perbincangan kita hari ini, Percaya & Berjaya. Aku selalu membaca blog /saifulislam.com/. selalu baca je dan takdelah nak tekan butang komen sebab rasa tak dapat nak mengomen apa-apa. selalu klu baca blog-blog rakan seperjuangan, kdg2 tak abis baca pon terus tekan butang komen, ada je benda nak di'kutuk'.. kena beretika klu baca blog-blog penuh ilmu ni. jadi aku ada terbaca satu entry pasal maal hijrah baru ni, ustaz hasrizal cakap dia akan jadi tetamu MHI jam 7.30 pagi. masa aku baca tu aku tengok jam kat lappy ni pukul 7.40 kot. lantas aku terus menuju ke dapur dan on tv3, tapi macam dah tak ada. hahaha.
jadi nak dijadikan cerita, aku bukak blog ustaz 2-3 hari lepas, tengok kat sidebar blog dia ada youtube dia kat tv3 hari tu. fuh. teruja makcik. dengar punya dengar memang best. pasal PERCAYA & BERJAYA ni lah. ayat-ayat dia simple, tapi mudah difahami. ringkas tapi memang penuh makna. camtu jugaklah kalau entry-entry dia kat blog. selalu topik yang ditulis memang menarik, dari dialog-dialog kisah benar, dia kupas dan buat kesimpulan yang begitu berkesan pada hemat aku. (ceh pada hemat tu). ok sila link blog saifulislam.com sekarang!
tak habis lagi ni pasal percaya & berjaya yang ustaz hasrizal ulas di MHI...
"dalam kehidupan kita ni, ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu BERUBAH. sehingga ada orang yang lebih selesa untuk terus hidup susah berbanding mengambil tindakan untuk buat perubahan. " (aku tuliskan untuk orang yang kena blok youtube, hehe)
"PERCAYA SETELAH melihat sesuatu itu tidak ada apa-apa nilai yang signifikan. tetapi yang hebat ialah PERCAYA SEBELUM melihat sesuatu dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita PERCAYA. dan itu yang diajar oleh nabi S.A.W. baginda tidak berbohong, apabila rasulullah S.A.W sebut (kota Constantinople(Istanbul), pasti akan berada di tangan kita satu hari nanti), ia pasti akan berlaku. sahabat meyakininya dan mereka bekerja untuk melihat apa yang mereka PERCAYA. semangat tu yang kita nak bawak dalam kehidupan kita."
"kejayaan terbesar kita kalau kita berjaya mengenal di manakah keistimewaan dan potensi kita."
banyak lagi... aku tak larat nak buat subtitle semua.. hehe... sila cari tempat yang boleh tengok youtube.
maka dengan ini, aku kaitkan dengan resolusi maal hijrah / 2010 aku ni. kalau sapa-sapa lah yang ingat resolusi 2009 aku, yang aku pon dah ingat-ingat lupa. yang mana rasanya banyak yang tak tercapai. malas aku nak listkan macam dibuat oleh dinMS. jadi untuk mengkaver ketidakcapaian, maka aku ada taktik lain untuk tahun baru ni iaitu aku perlu menyimpan semua azam tahun baru dalam hati dan hanya mengwar-warkan 1 azam jer yang aku yakin boleh tercapai. hehehehhee.
boleh dikatakan 99.9% entry dalam blog aku ni ditulis dalam bahasa ibunda selama blog ni beroperasi. kadang-kadang aku jeles dengan blog orang lain yang boleh menulis dalam bahasa inggeris dengan begitu baik dan begitu enak untuk dibaca. seenak ice-cream trophy yang dibeli di stesyen minyak caltex di R&R Gurun. betul aku kagum. aku boleh memahami bahasa inggeris dengan baik namun untuk menulis atau bercakap secara real time dengan orang-orang lain, aku memang amat lemah. salah satu kunci yang menambah kelemahan ini adalah MALU kalau SALAH tulis/cakap. nampak sangat tak tere tapi nak gak cakap/tulis. ini memang satu benda yang kena dibuang tapi aku rasa benda ni kalau dah melekat bak kotoran degil di baju, gunakan clorox sekalipon takkan leh ilang. tapi kalau baju bolehla nak buang kan, tapi kalau diri sendiri yang begitu berharga ni, takkan nak buang begitu sahaja.. hehehe.
maka dengan ini, aku bukan sahaja bercakap besar untuk berazam meningkatkan prestasi dalam penulisan dan pertuturan bahasa inggeris, malah aku telah sertakan dengan tindakan. aku telah menyainkan diri (sign up) dengan kelas bahasa inggeris di salah satu pusat bahasa di alor setar.
ceritanya begini, bulan 12 lepas aku siap isi borang uitm kedah untuk kelas bahasa inggeris, siap tampal gambar lagi tu... tapi bila aku call, dia cakap mungkin tak cukup orang, so kelas mungkin tak boleh diadakan lagi. nanti dia akan call. sungguh tak meyakinkan kan bunyinya?. aku teringat yang kawan ofis aku ada sebut pasal pusat bahasa kat alor setar ni, maka aku pon search kat internet, jumpa no fon dan terus call. segalanya berlaku begitu pantas, cikgu kat situ suruh aku datang malam tu jugak untuk buat placement test. ujian yang akan menentukan tahap kepandaian aku dan seterusnya menentukan kelas yang sesuai buat aku. sms amir, cakap mintak tolong hantar dengan menggula-gulakan ada restoran nasi kandar di sebelah pusat bahasa tu. maka dia boleh makan tandori + nan.. hehehe. (saja soh hantar, macam tak pandai bawak kereta)
test tu ada 3 bahagian. 1 pasal grammar. ada 100 soalan. sumer berkisar pasal basic-basic sahaja namun bila dah masuk bab past continous, present dalam 1 ayat yang panjang dan bersambung-sambung, aku memang lemah. aku bantai ikut sedap jek lah. dengan masa yang memang suntuk, saja tak bagi fikir panjang. lepas abis test grammar, dia bagi lagi 100 soalan listening. dia bagi 100 ayat, pastu ada sound dia pasang kat laptop. so kita kena tanda, apa yang kita dengar. macam beza antara bunyi food/foot dsb. lepas abis tu, kena jumpa cikgu, untuk speaking test. kira borak-borak dengan cikgu tu, untuk dia bagi penilaian. dah la lepas aku abis buat grammar test, dia cakap dia salah bagi paper. patut tu untuk placement test level 2. so aku kena buat lagi 100 soalan grammar. hahaha. bongok tol kan. ok sabar sebahagian dari iman.
so lepas abis semua test, aku dikategorikan sebagai sederhana. fuh lega. sib baik dia tak cakap kena basic. grammar test aku dapat 66/100. apa!!!! aku rasa macam nak soh dia cek balik jek,haha. rasa semua betul dah tu.. kakakakka. lepas tu listening dapat 84/100. kira tak berapa pekak. ok la tu kan. hahahahha.
sebelum tu dia soh aku bayar 100 untuk buat kad katanya. aku pon bayar je lah kan. aku target kelas ni dalam 3-400 jek untuk 3-4 bulan, berdasarkan kepada kawan aku punya cerita. lepas abis test semua, dia cakap, kena bayar 2188. pakai kredit kad. haaaaaaaa apa? ok aku agak terkejut. tapi bila dia cakap, kelas ni valid selama 26 bulan. 2 tahun 2 bulan. aku boleh datang bila-bila masa, tapi kena la ikut jadual tu. kelas tu pulak ada 4 kategori. speaking, writing, grammar & phonetic (yang tulisan pelik-pelik kat kamus tu, bagi ajar camne nak pronouce perkataan). so blla aku bahagi-bahagikan tempoh tu dengan 26 bulan, maka sebulan baru RM85. maka aku dengan berani mati, serahkan kad kredit aku untuk diswap.... hoohohohooh...
lepas tu kerani situ bagi penerangan camne nak booking kelas. kena bagitau 2 jam sebelum nak datang. pastu bagi buku & resit bayaran.
lepas tu aku pon balik ke rumah. lepas tu aku baru terfikir, bayaran rm100 yang aku bayar mula-mula tu takde resit. pastu aku terus syak yang cikgu mula-mula tu amik sebagai duit poket. sebab cikgu yang soh aku buat placement test tu, dia rupanya macam promoter la gitu. nada dan riak wajah dia ketika mintak 100 tu pon macam ada tak kena. macam nak cepat jek. hmm tapi takpe, esok malamnya aku ada kelas. aku nak mintak resit.
fuh panjang citer ni, ada orang baca ke? haha.
semalam kol 8.30 mula dah kelas phonetic. maka aku pon pergi ke kelas seorang diri. sungguh cekal pulak rasa. ceh tiba-tiba. bila sampai kat kelas, ramai gila rasa orang. aku nak cakap mintak resit, tapi kerani tu tengah sibuk, maka aku tangguhkan hasrat aku. nantilah abis kelas. pastu masuk kelas, ada la dalam 12 orang. kebanyakan semua muda-muda. budak skolah dan lepasan spm aku rasa. rasa tua gila. tapi bila dah mula kelas, rasa macam back to school. budak-budak skolah ni kan poyo. muka selamba, buat ayat bengong-bengong. 'do you have enough vitamins?'.. hehehe.. kelas phonetic ni seronok gak, sebab kena belajar sebut. simbol pelik-pelik tu kena hafal apa bunyik dia. baru ingat nak ngelak bila time cikgu soh sebut macam dulu-dulu biasa buat kat skolah, dengan menundukkan muka dan berselindung di balik kepala kawan. namun taktik tu dah takleh digunapakai. cikgu soh semua orang sebut. hahahaha.
cerita pasal rm100 misteri tu masih menyelubungi aku. aku cuba tanya kat kawan sebelah kerusi. dia budak lepasan sijil poli. dia cakap dia bayar 2188 macam aku gak. pastu aku tanya, ada tak bayo rm100? dia cakap tade la plak. sah sah sah. aku kena tipu. siap la kau!
so abis kelas, aku nampak cikgu tu, tapi aku buat-buat tak nampak. dia suka nak tengok-tengok, pastu sebok hulur tangan nak salam. semalam je dah 3 kali aku rasa dia hulur tangan. nak sambut dah tau dosa, tapi macam tade kekuatan untuk cakap no. sungguh lemah iman,huhu. so aku terus tanya kat kerani kaunter. aku siap spekong ni, yesterday i paid hundred for student card. i forgot to ask for receipt. pastu kerani tu macam blur-blur. dia tanya aku bayar berapa. aku cakap la yg 2188 aku dapat resit. silap aku tak berlakon tanya sebenarnya kena bayar tak buat kad. pastu aku terus cakap nama cikgu tu. pastu dia cakap, oh kena tanya cikgu tu. dia terus panggil cikgu tu la. sebab klu ikut logik, kerani ni yang bagi aku resit rasmi semalam. sepatutnya dia gak yang buat resit kan? kan ? kan? tapi tak.
pastu cikgu tu pon tanya aku. aku cakap la aku nak resit. dia cakap oh esok la dia bagi bila next class. pastu aku tak puas hati. aku cakap la ada member dalam kelas cakap dia tak bayar pon 100. dia cakap, ada ada. kena bayar memang. pastu sebok cakap nak kena register nama aku dalam komputer bla bla bla. aku perasan muka dia ada la sedikit perubahan. tapi siapalah aku, bukan mesin pengesan penipuan. haha. so takpelah aku cakap. tunggu malam esok bila aku datang next class.
so tunggu... aku nak tengok resit apa dia bagi. klu resit beli sendiri kat kedai. aku akan soal betul-betul. sebab aku tengok resit rasmi yang aku dapat semalam memang ada nama pusat bahasa tu. siap ada emel, website bla bla bla. siap la kau kalau kau tipu aku, kau tatau aku biasa buat aduan melalui emel. hahaha. pastu jangan memandang rendah blog aku.. blog aku ada ramai pembaca ok, aku tulis je nama pusat bahasa ni, sapa-sapa google je boleh jumpa tau!!! hehehehehehe...
so itulah resolusi tahun baru aku. (err bukan part buat aduan melalui emel yer...)
semoga semuanya baik-baik sahaja untuk korang semua yang sudi membaca sehingga ke tulisan terakhir, atau yang hanya skip tengok penghujung. hehehehe.. aku tak kisah. korang jenguk blog aku ni pon dah kira bertuah.
oklah chow... rasa lama aku tak meluah perasaan macam ni dalam blog. hehe. welcome back kuizikel. kakakakaka..
till then, assalamualaikum v(^_^)
oooo, patut la busy skrg, jadik student balik rupa2nya..
tapi bagus la, teruskan la usaha murni dan niat baik tuh.. moga2 ada hasilnya nanti..
jgn lupa update pasal perkembangan resit RM100 tu tau.. nak gak tau cikgu tu menipu ke apa..
p/s: ada sebut n link kan nama aku dlm entry nih.. sukaaaa!!! hehehe..
..baguslah ko nyer resolusi tahun ni..chaiyok2..tak sabar nak baca entri dalam english pasneh....
..betullah tu..dh kena tipulah tu...huhuhu...
BEST FOR YOUR..
i hope u have enough vitamin.. heheh
meh sini amik gambo muka cikgu yang cuba carik pasal ngan ko tuh.... letak muka wanted kat blog nih haaaaa
wah, kagummmm aku!
gud lux ye!
kim slm kt student yg comeii2...ekeke
Wahh kena mintak balik RM 100 ni..kira aku antara pembaca tegar blog ko kan? anyway bagus jugak meluahkan perasaan ko kat sini
lenkali citer la sampai ada ending... nenek kebaya btol la.. hahaha...
fuh bersmgt waja betul
aku dulu ada gak niat nak gi kelas english. tapi hangat2 taik ayam je. haha.
bagus usaha murni ko ni. go go caiyok!
sila update status RM100 tu ye
haah bagus resolution ko ni. pasni kita leh cakap london hahahah
hehe aku baca smpi abis..welcome back, update la sll..kn best klu kte dkt..leh msk kelas bi ni sama2..leh ganyang cikgu yg nk tpu tu sama2..haha...
good luck pojan, aku jeles,..rse nk sign up kelas bi gak skrg..hehe..