laughter is the best medicine

hari rabu ada kelas conversation. kelas tu ada 6 orang jek. pastu cikgu pon cikgu yang aku tak pernah belajar lagi. rasa lega. sebab sebelum ni kelas writing, penuh 1 kelas. plak tu dengan budak-budak skolah rendah pon ada. bising yang teramat. cikgu tu plak jenis yang suka chit-chat. ada sorang budak pompuan ni, dalam darjah 3 kot aku agak. siap buat eksperimen sains dalam kelas. dia gi masukkan gam UHU tu dalam kertas bentuk kon, pastu tambah air. pastu gam tu jadi macam bubbles. pastu dia gelak-gelak dengan adik laki dia. tanpa menghiraukan orang gelakkan dia.

aku dah la lama tak buat karangan. nak buat speech writing the importance of reading newspaper pon rasa bebal jek. walhal semua point dah ada. tinggal nak buat ayat untuk joining ke, intro ke.. punya la berkarat otak nak berfikir. dengan kelas yang serabut. agaknya kalau dulu skolah-skolah, memang camni lah kan, tapi aku nak stadi wei. kakakka.. tiba-tiba jadi NERD STUDENT. kah kah kah. dulu masa skolah taknak belajar betul-betul. padan muka.

eh berbalik pada topik asal. kelas yang best. masuk-masuk je cikgu tu bagi sorang kertas kecik. dia suruh kiteorang tulis.

1. favourite movie star
2. favourite fruit
3. favourite number from 1 to 9
4. write name of vegetables according to number 3 answer
5. job you hate
6. job you like
7. dream house
8. dream country

so yang no 1 tu aku pk-pk, aiyak sapa aku minat ni. kalau dulu boleh pop-up je. ni macam kena pk plak sapa movie star aku minat. haha. last-last terfikir WONG BIN. haha. ni gara-gara tengok autumn in my heart & teringat kat kelas aritu pasal cikgu tu minat korean actor.

so no 2 aku letak watermelon. papaya pon minat gak. tapi tulis 1 je lah.

no 3 aku tulis 9.

sekali tu no 4, cikgu soh namakan 9 buah-buahan in english. cikgu siap warn jangan tukar nombor. haha. klu tau tulis no 1 jek. haha. pastu aku boleh senaraikan beberapa jek, macam cucumber, cabbage, spinash, carrot.. pastu siap tatau dah. kakaka. dah la kamus tak bawak.. haha. last-last tanya cikgu. dia bagi brocolli, raddish, union... sampai cukup 9.

no 5, job you hate. tiba-tiba terpikir doctor. haha. mentang-mentang keje hospital dan dulu-dulu ngaji tak pandai tak dapat jadi doktor, terus job you hate. haha. bukan apa, aku takleh terbayang aku bedah orang, kang aku tertinggal gunting ke haper ke.. hahahahaa.

no 6, job you like. terus tulis PILOT. haha. tu yang terlintas, walhal masa darjah 1 dulu cikgu soh tulis cita-cita, takde plak tulis pilot. heh

no 7, dream house. aku tulis beautiful & colourful. macam kindergarden haper nak colourful.

no 8, aku tulis PARIS. tiba-tiba teringin nak gi paris. selama ni dok kat parit jek. haha..

so lepas tu cikgu kutip kertas, dia tukar-tukarkan kertas kiteorang.

pastu dia soh kita tengok kertas tu dan nanti present kat depan, identiti diri kita . tapi rules dia dah berbeza.

1. bukan lagi favourite movie actor, tapi wife/husband's name.
2. bukan lagi favourite fruit, tapi family name
3. bukan lagi favourite number, children you have
4. nama sayur-sayuran tu jadi nama anak-anak kita
5. hate job tu jadi my current job
6. favourite job jadi wife/husband's job
7. dream house jadi your house now
7. dream place jadi where you live now

yang aku paling tak tahan, bila aku tengok kertas aku dapat and cuba relatekan dengan rules yang cikgu bagi tu. aku dah gelak sorang-sorang. gila betul. bila present kat depan pon aku dah mengekek sorang-sorang. orang lain tak dengar lagi apa aku nak cakap, tapi aku dah tak tahan nak gelak. macam che ma dulu, bila nak mengajuk pasal din beramboi. dia gelak lebih berbanding orang lain. hahahhaha.

ok cuba dengar.

hello everybody. just pretend i'm a man right now. my wife's name is rani mukhrejee. yeah just like the popular hindi movie star. my family name is watermelon orange. a mix one of course. haha. i have 4 children. the first one is spinash, the second is carrot, the third one is cabbage and the youngest one is bean, but not mr. bean ok.

right now i'm working as... time ni aku dah gelak sorang-sorang kat depan. aku takleh tahan dan. nak tau kat kertas aku tu tulis apa.... GIGOLO.. hahahahahahha.. hampeh punya budak dalam kelas tu. tapi betulla, dia tulis hate job. so GIGOLO la. tapi aku plak yang terkena. hahhahaa. pastu satu kelas gelak. pastu aku sambung.. my wife is working as a teacher... sampai la abis bla bla bla. pastu cikgu soh sumer orang tanya la, based on apa kita citer tadi.

so pertanyaan-pertanyaan yang keluar adalah seperti, why you choose gigolo as your job, how did you meet your wife.... does your wife know that you're working as a gigolo.. hahahahha.. kira sesi soal-jawab lawak a... aku pon kelentong la macam-macam. oh actually i told my wife that i'm a businessman.. hahahahha

begitulah ceritanya yang begitu mencuit hati. kakakakkakakaka.....

aku suka cikgu ni, aku suka kelas ni. cikgu tu siap tanya minggu depan nak games apa. bila member sorang ni cakap nak itu ini, dia siap kata oh ok ada idea. i like. aku pasti pegi kelas ni lagi minggu-minggu seterusnya.. hehehehhehehe

ok itu ajer buat kali ini, bersambung di cerita lawak seterusnya.. tatitu....

Comments
11 Responses to “laughter is the best medicine”
  1. hampir pecah perut aku membacanya...
    ernnm, mcmana cite2 ko sama dgn aku masa darjah 1 dulu ek?

  2. Nurman says:

    Haha..dah jadi blog Raja Lawak dah ni...best betul game ni

  3. kuizikel says:

    yasin.. aku tiru cita-cita ko tu.. kita kan sekelas kan dulu.. hehehehe

    nurman... kekeke tu lah kan... berkawan ngan budak-budak kecil lagi la jadi lawak kelas tu...

  4. mcm mana budak bertuah tue bleh terpk nak tulis hate job as GIGOLO erk? hahahahahha.. lawak..lawak..lawak

  5. hahahahaaaaaa lawak sehh...aku suka n3 ni, tq, tq my fren...laughter is the best medicine indeed..

    Nway, ko join class apa ni..seronoknya! terasa nk join skali. hehe..

  6. amoi says:

    haha...best plak kelas ko ni..kalau dulu masa sekolah dapat belajar macam ni kan seronok..sure dah besar ni takyah gi kelas...hehehe...

  7. tetiba wa nak jd cikgu pulak nak buat pembetulan sket. spinach la bukan spinash gege. country bukan paris tp france :p hehehe. saja jek memeriahkan perbincangan ko. tp giler ar ko jd gigolo hahahahahahaha

  8. hang masuk class BI ke kui, best tu
    kita urang pun start monday ni....
    mesti kelakar kan.....

  9. mahyudin says:

    perghhh, semakin hari semakin best kelas BI kau nih.. terus rasa nak join kelas BI gak..

  10. kak uda says:

    cuba tanya cikgu tu dia ada nak bukak kelas kat kontan tak? haha. i loike!

  11. apsal dulu kat sekolah cikgu tak buat game2 camni kan??
    sure cepat pandai..hehehe

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL