berkayak di darul aman park



darul aman park, jitra, kedah


bersiap sedia memakai jaket keselamatan, mesti pakai sebab tak reti berenang..haha


dari pandangan mata cacing


mereka naik bot kayuh kaki, sampai lenguh kaki kayuh, pusing tang tu gak.. hahaha


kami naik kayak... hehehehehehe... sungguh happy interfrem muka sendiri dalam kamera


aku nak naik itik ni sebenarnya, tapi ada orang tu malu plak. alahhhhhh, itik lagi laju woo


dah senja...


masih tanak balik.. hehehehhe



semalam petang, kami ber5, menyumbatkan diri naik kancil dan ke tasik darul aman. gilaaaaaaaaaaaa ramai orangggggg...

naik kayak/bot kayuh tu, RM4 untuk setengah jam. rasa macam kejap setengah jam tu, tapi bila dah berada di tasik, baru 10 minit rasa dah sejam... hahaha.

sib baik tak bawak kamera gedabak gajah, klu tak sayang kena air woo.. sila bawak kamera henfon jek. pastu klu nak lagi thril, bawak twisties ngan teh ais.. sebab di dalam perjalanan tu, seminit bagaikan sejam.. hehehehe.

abis mengayuh terus gi serbu kedai air. teh ais, teh o ais, milo ais menjadi sasaran. eksersais sekejap je, minum air yang lebih...

pastu terus gi paso malam... dan ini yang kita cari.. jeng jeng jeng


so you're a werewolf? yeah, last time i chek ;)


p/s : ned, nanti kita naik itik ek bila ko datang sini next week?... cekkeya, cikiera, cikkawa.. next year ah korang datang sini...

wedding UMIE adibah & rafie

oh hari ni rajin, dua entry dalam sehari. *tepuk tangan*

hari tu buat deal ngan ona, kalau dia turun tolong aku amik gambo makcik aku kawen, nanti aku tolong dia amik gambo makcik dia kawen. tak sangka ona betul-betul turun tolong amik gambo. so sebagai manusia yang berpegang pada janji (cewah puji diri sendiri gak), maka pada 21/11/2009 aku melaksanakan tugas sebagai wedding photographer.

makcik ona ni lebih dikenali sebagai UMIE. aku tak pernah lagi tengok pengantin yang sangat bz dan terlalu ramai tetamu. bayangkan dari pukul 12.00 tgh hari, orang yang masuk bilik pengantin nak bersalam tak henti-henti. sampai lepas pukul 1.00 pon, mak andam dah start mekapkan pon orang tetap gak masuk. sib baik mak andam jenis yang kewl dan tidak mudah melenting, memberi peluang kepada semua tetamu untuk mengucapkan tahniah & bersalam-salaman ngan pengantin. pukul 2 lebih baru siap mengandam pengantin fofular ni. sib baik memang pengantin lelaki akan datang pukul 3.. so memang sedang-sedang eloklah.

sebelum kita saksikan gambar-gambar pengantin fofular ni, aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat umie & pasangan. semoga bahagia hingga hujung nyawa. nanti soh ona buat album lawa-lawa k. tips dan tutorial dah bagi kat entry sebelum ni, psd file pon dah siap-siap copykan kat laptop dia, klu dia malas gak nak buat album, babap jek... hehe. sup tulang tu kita tunggu masa kenduri ona ok? ;)



ona yang sponsor bunga ros merah ni, cantikkkkkk


inilah umie, pengantin popular yang cantik manis.. err taik lalat tepi bibir tu betul punya kan umie? :D


inilah dia jejaka yang berjaya memenangi hati umie... uncle rafie... kredit to ona yang tukang amik gambar.. (kena beli 35mm la lepas ni ona oi..racun2)


woi orang soh amik gambo pengantin, bukan tengkolok!!!!


pose wajib aku soh buat. sebab aku dah kekeringan idea. hehe


ini antara tetamu yang tak kunjung tiba, tak larat nak amik semua gambo tetamu. memang gila ramai!


para penjaga tol... cuak pengantin...hehe


dah tau sekarang kenapa bunga manggar dah kurang!


si ona, photographer berbaju kurung. gaya 110%!!! :)


sweet kan bila anak murid bagi hadiah? :)...


pelamin raja sehari


for sale.. eh eh eh :)


antara sedara mara yang hadir


anak sape tah aku colek sat ni..hehe. comel! bakal pencuri hati wanita :))


tak menjadi sangat gambo cincin kali ni, tapi nak letak gak!!!


taktik ona untuk mendapat bunga yang dicampak.. hahaha




sekian saje buat kali ni... tak larat nak upload banyak-banyak...

dadidu..selamat hari raya sekali lagi!.. takbir! Allahu Akbar!!!

cara membuat custom album





ya bertemu lagi kita di ruangan mari
memasak membuat sepah. tapi kali ni kita buat sepah secara maya saja, iaitu di skrin komputer masing-masing. jadi mak tak marah.

dalam
entry lepas-lepas ada komen yang berbunyi begini...

farahnida said...

KUI...camner nak buat custom album ye...boleh cita sikit

jadi untuk menjawab persoalan tersebut, aku terasa ingin berkongsi pengalaman pertamaku membuat custom album. kuncinya ada 1 dalam membuat custom album ni, passion. bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. oleh kerana kemahuan yang meronta-ronta untuk membuat custom album perkahwinan makcik aku yang akan dihadiahkan sebagai hadiah perkahwinan bermakna dalam hidup (cewah), maka aku dengan gigih menggoogle segala macam fotopages, website, blog dengan menggunakan kata kunci seperti 'custom album perkahwinan', 'storybook' dan lain-lain lagi. dari dulu teringin nak pegi kelas-kelas editing, tapi tak terpergi-pergi. so pengalaman ini adalah untuk perkongsian sahaja, tidak boleh dianggap sebagai ajaran sesat sekiranya dirasakan sesat. hehe.

maka dengan itu, aku telah berjumpa dengan pelbagai website yang memaparkan hasil kerja semua orang amat berbakat. maka aku simpan sebagai rujukan. penting untuk tengok hasil-hasil kerja orang, bukan nak copy cat. aku rasa tak salah tiru kan sebab bukan kita amik kerja mereka dan kata itu kita buat. sebagai sumber inspirasi gitu. kebanyakan aku tengok hasil kerja custom album ni lebih kepada simple & clear. tak perlu letak gambar yang terlalu banyak sampai pening. tak perlu kerawang yang terlalu penuh sampai berserabut. tapi itu bergantung pada masing-masing. lagipon beauty lies in the eyes of the beholder. pada mata kita mungkin cantik, tapi pada mata orang mungkin gila hodoh.

seni itu subjektif, tiada yang betul tiada yang salah. tapi kalau tiada yang betul atau salah, camne nak ukur kesempurnaan? (quote dari citer CRIMINAL MINDS)

eh aku dah membebel jauh. sila skip part di atas sekiranya takde hobi membaca. hehe.

bahan-bahan yang diperlukan :

1. sebuah komputer/notebook/netbook yang berkuasa turbo (ok tipu part turbo). netbook asus eee intel atom processor macam aku punya pon boleh. keyboard and mouse termasuk dalam pakej la yer, tak perlu aku sebutkan terperinci. hehe
2. adobe photoshop. versi apa pon boleh. aku pakai adobe 8/cs. (gila ketinggalan)
3. software PICASA untuk kemudahan membuat collage/editing :)
3. gambar-gambar yang ingin di'album'kan



cover album - sebelum dihantar untuk cetakan


tara.. selepas siap...

cara-cara

1. buka adobe photoshop. buat fail baru. untuk custom album aku, aku buat saiz 8 inci x 12 inci. selalunya kalau kita hantar ke kedai printing custom album, kita akan buat 2 belah page skaligus. jadi, do the math, saiznyer adalah.... 8 x 24.. pandai! guna resolution 300dpi untuk memastikan kualiti cetakan hebat dan mantap. hehe.


lebar 24 inci x tinggi 8 inci

2. sekarang tiba masanya untuk susun gambar-gambar. time ni aku gunakanlah PICASA kesayangan untuk buat kolaj. sila muat turun nota picasa kesayangan ramai ni untuk mengetahui lebih lanjut. hehe. untuk makluman, page-page yang petak-petak baik di cover album (wah macam album solo) dan page-page yang lain, aku buat guna PICASA jek, pastu aku create collage tu pakai saiz widecreen atau boleh ADD CUSTOM ASPECT RATIO > letak 12x8 (inch) atau saiz album yang korang nak. pastu bukak dalam photoshop and adjust size klu tak berapa masuk. sila tekan shift semasa mengecilkan gambar supaya saiz kacantikan sebenar terjaga, melainkan nak buat orang gemuk jadi kurus sket..hehehehehhe

3. untuk yang kerawang-kerawang, aku buat guna brush kat photoshop. search je kat google, brush photoshop, ornament swirl (untuk cari yang melengkuk liuk). aku selalu amik kat http://www.brusheezy.com/ - stupid name, cool brushes.

AMARAN

elakkan meletak tulisan atau gambar terlalu ke tepi di sekeliling gambar, sebab bimbang akan terpotong masa pembikinan album sebenar oleh orang di kedai/kilang gambar.

4. bila dah siap tu, save as .jpg. bagi nama yang bersesuaian ikut page ke. pastu .psd fail tu aku simpan gak ikut page. untuk page berikutnya, aku save as fail tadi dan namakan page 2. mula-mula dulu aku taram semua dalam 1 psd fail, kira just hidekan je gambar-gambar sebelum ni, tapi jadi susah bila aku nak edit balik page 1. so end up aku buat 10 fail psd (8 x 24 tadi) untuk 10 helai custom album. 10 helai tu kira ada 20 muka la. kira lagi lah senang kan....




dari pandangan atas


helaian pertama


gamba photographer bertudung oren wajib letak dalam album.. hehe. inilah kelebihan buat album sendiri, sebab boleh letak muka sendiri dalam album. muahaha. tapi pastikan hanya jika photographer sedara mara je boleh letak, kang panas pengantin muka photographer lagi banyak dari pengantin.. hehe


ni pon pakai PICASA buat collage, klik klik je dah siap


editing hitam putih, focal black and white, semua ada di dalam PICASA


hantaran kedua-dua belah pihak


tercipta untukku.. aku suka gila lagu ni, touching gila


dah tatau nak design apa, letak je gambo segedabak..hehe.. bijak tak?

kalau nak tengok gambar asal sebelum jadi, boleh tengok kat
flickr. kalau sapa yang nak psd fail contoh ke, boleh la emel aku yer. update : ada beberapa orang dah emel aku untuk dapatkan PSD file, tapi sorry sangat2 yer, aku tidak berjaya mengemel PSD file tersebut kerana saiz amat besar walaupun setelah dizip. Ditambah dengan 'kelajuan' celcom berokband,hohoho.. boleh amik .jpg kat flickr... amik all sizes, download saiz sebenar...


ok album dah siap, tapi nak print kat mana? ok bagus persoalan itu.
*updated*
tempat aku print gambo ni macam dah tak buat service ni je. so try google asasjey. ada cawangan kat shah alam & jitra.

saya bukan jurugambar, tapi saya teringin sangat nak buat custom album, photoshop ni tak reti lah... ha soalan ini pon amat bagus sekali.

kepada yang teringin nak buat tapi tak reti atau malas nak fikir dalam erti kata sebenar, kini terdapat banyak custom album yang boleh dibuat di kedai-kedai gambar biasa. orang selalu panggil photobook. kunjungilah kedai-kedai gambar berdekatan anda dan tanyalah produk photobook.

atau bagi yang rajin sket, boleh godek-godek website kat bawah ni :


ni antara perkhidmatan buat photobook tapi korang boleh buat sendiri dengan menggunakan template yang disediakan. muat turun sahaja perisian yang disediakan dan cuba godek-godek. hantar kepada mereka dan mereka akan uruskan album anda.

kalau pegi kedai pon segan (read : malas), gi download software pon segan, sila gi cari photographer mana-mana, shoot & soh terus buat custom album sekali...hehehehe...

pilihan lain, boleh soh orang buat photobook untuk korang, just bagi gambar jek, member di alam mayaku, catlina & cg fly ada buat perkhidmatan photobook, just pegi kat kedaigambarkami yer. (ehem, layout blog diaorang aku yang buat.. promot-promot, hehe)

saya tanak orang lain, saya nak kui gak buatkan custom album saya! ini persoalan yang paling bijak...i like.

ok apa lagi, emel saya kuizikel[at]gmail.com sekarang.. jangan berlengah lagi! hehehe

eh ayat macam dah nak abis, tapi nak sambung sket lagi.

akhirnya misi album pakej perkahwinan makcik aku telah aku siapkan...



4 album semuanya. yang aku blurkan tu album khas untuk persalinan. ada baju cheongsam, jawa, gaun, sari, moden (sama macam aku kawen, muakakakkaka). pastu album kuning kecik tu, album yang aku buat
photofunia sebelum ni. gelak embah aku bila tengok muka dia dalam tv lama tu. album gold kecik tu, ada gambar sekitar majlis. pastu last skali custom album. kepada yang duduk sekitar muar/batu pahat, johor darul ta'zim, bolehlah mendapatkan pakej raja sehari andaman dan persalinan pengantin kat butik makcik aku. siap dah buat blog tu.. kursus sehari cekkeya bagi kat makcik aku ni..hehehehe... boleh layari blog di zzacollection.. kalau nak masuk pakej fotografi kena book setahun lebih awal. haha. maklumlah, photographer berada di utara. hahaha.

oklah, harap cerita-cerita di atas dapat menjawab persoalan
farahnida yer. kalau ada persoalan lain, sila kemukakan yer! at least ada tajuk nak update blog.. ngehehe... tanya kuizikel. ok tak tajuk tu? (macam ruangan sri siantan lak, haha).

ni ada lagi 1 gambar, khas untuk kawan makcik aku. katanya anak dia menangis sebab gambar parents diaorang ada kat blog aku ni, tapi gambar anak dia tade... khas untuk 3 adik manis bertudung ala ikin... jangan nangis lagi yer :)




akhir kata, selamat hari raya aidil adha. aku rindu nak makan lontong. adik cakap abah masak lodeh ngan nasi himpit nona. huhuhuhu... oh rindunya diri ini ingin pulang ke kampung halaman. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku. huhuhuhuhuhuhu.

eh ending takleh sad. kena happy. yeah raya raya raya!


fafau ke nufau?

pergh lama gila tak menaip sambil memejam mata di sini. nak gak tulis pejam mata, ala-ala berlagak tak? haha.


hari ni baru aku masuk ofis setelah dari minggu lepas outstation, pastu sambung cuti sampai isnin. ada banyak gambo nak tepek sebab aku follow ona amik gambo makcik dia kawen kat batu pahat. tapi citer tu tangguh dulu, aku excited nak citer pasal kegilaan glemer aku sat. hahaha

seperti biasa, dah jadi habit untuk sms ke hotfm pasal topik2 yang diutarakan masa aku odway gi keje. so tadi pagi tengah citer pasal apa yang dilakukan masa cuti panjang. kan skang dah cuti skolah. so aku tergerak nak sms, citer yang masa kecik-kecik abah aku anto aku n abg aku gi kelas menaip. ini bukan sebarang taip, taip pakai mesin typewriter yang besar gajah tu.... ala-ala kerani kat pejabat loyer. taiptaiptaip kedegang (bunyi nak enter ke barisan baru). aku tulis la yang skang ni aku boleh menaip sambil tgk tv. walaupun bunyi agak berlagak tapi itulah hakikatnya, klu kat ofis dulu siap nak menangis si sham tengok aku menaip.. heheeheh...

aku tengok jam dah 7.30, faizal ismail & azhar sulaiman tak baca pon sms aku, slalu cepat je. siap cakap aku adik fara fauzana ke aper. pastu lagu demi lagu, sampai dah dekat pukul 8 still takde apa-apa tanda sms aku akan dibacakan.

so bila lepas park kete, aku tengok handphone aku, 5 missed calls. fuh, tengok nombor, eh macam nombor yang azhar sulaiman dok sebut tadi. dalam hati dah perasan, hotfm nak call aku tanya pasal typwriter tu. pastu aku pon berjalan laju-laju sebab nak kejar punch kad. 7.53, ok lagi and aku terus menuju ke bilik ofis aku.

sampai kat depan pintu telefon berbunyik, tiba-tiba.

" ni suraya hotfm, apsal tak angkat tadi?"

aku : ha tadi sebok kejar punch kad.. hehe (macam punch kad tu lari nak kena kejar).. hehe

suraya : ha boleh tak share pasal kisah typewriter tu dengan faizal?

aku : err nak share camne? (blur)

suraya : ha nanti 5 minit lagi saya telefon, awak setelkan dulu keje-keje apa yang patut...


pastu berdebar-debar ni, cepat caj telefon, dah la dah merah. pastu tiba-tiba telefon berbunyik.

faizal : ha ni siapa yer..

aku : erk.. ha nurul

faizal : dari mana ni

aku : kedah kedah...

faizal : nurul ******* (ceh siap nak censored), kalau dipendekkan?

azhar : jadi nufau...

faizal : apa kisahnya..

aku : dulu masa kecik-kecik, abah saya hantar saya ngan abang gi kelas menaip. pakai typwriter yang besar macam gajah tuuuu... so skarang saya menaip boleh sambil tengok tv la... semua dah hafal..

faizal : ha baper kelajuan...

aku : alamak tak penah la ukur tapi laju lah, klu kawan-kawan tengok siap terlopong (betu woo tak tipu).. hehe

azhar : ha ni berguna untuk student-student IPT nak buat thesis ni..

faizal : ha dia tanya ni ada keje kosong ke?...

pastu tah lebih kurang la camtu bunyiknya...

pastu sib baik bwk handsfree untuk dengar radio pakai handfphone. dah msg cekkeya siap2 tadi soh on HOTFM.. muahaha.. siap soh kawan aku N on radio..

lepas info trafik terus berkumandang suara aku di radio...

aha sumbangnya suara... kah kah kah....

gila happening plak rasa hari ni, dari tak semangat nak buat keje, terus bukak emel setelkan keje-keje tertangguh..... hehehhehhehehe

i lap u lah hot fm!!!!


Fun With Photofunia

kalau rasa hidup tak fun akhir-akhir ni, boleh cuba photofunia bagi menyuntik sedikit ke'fun'an..hehe


semalam seharian aku menge'fun'kan diri... ini gara-gara deadline untuk menyerahkan album kahwin makcik aku dah hampir. biasalah last minute nye keje... custom album dah antar 2 minggu lepas. minggu ni aku gi putrajaya, so amik by hand. harap2 cantiklah seperti yang diharapkan. hehe.

ni tengah kat kecemasan hospital. aku tak cemas. cuma tunggu office car untuk gi putrajaya. ada seminar seminggu kat Hospital Serdang. so di masa-masa free ni, aku uploadla gambar-gambar yang telah di'fun'kan.

semoga semua terasa 'fun' tengok gambar-gambar ni..hehe


pergh best klu ada orang sketch gambo camni kan?


kira lagi 20 tahun akan datang, pengantin akan jadi pengantin lama.. haha
sapa bleh lukis muka cun camni pakai krayon?


menangis klu muka kita dipampang camni kat shopping complex, hari-hari lalu nak tgk muka sendiri..hahahha


ni kira vandalisme tak?


fuh.. kat tengah padang..


berbakat betul budak-budak zaman skang ni, orang soh buat matematik, dia gi lukis..hehe


heroin & hero cerita setem, hehe


klasik tak klasik tak? embah wedok ngan lanang ..
(embah = atuk, wedok = perempuan, lanang = lelaki)



ni lagi satu, menangis kalau ada orang lukis muka kita kat atas pasir camni...


yang ni tak berapa fun sebab buat pakai template scrapbook

pakcik & makcikku, pengantin lama..heehee


boring tak asek muka pengantin ni jer, kasi can la, pengantin kan..hehe









tapi yang paling FUN yang ni...

.......

........

.......................


hero & heroin citer TWILIGHT... hahahahahhaha.. boleh blah tak? WTFUN!!!


alah kutuk-kutuk, mesti nak buat gak...

dah cepat, jangan berlengah lagi .. pegi ke website PHOTOFUNIA sekarang!!!

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL

KUIZIK3L WHO?


love sitting in front of lappy & exploring around the world virtually. love typing. love photography. love to share with people...& now trying new aspect of life - online business v(^_^)

Blogger templates

Iyman Amalea

Lilypie First Birthday tickers

Blogroll

since 4th June 2008


WAYANG GAMBAR JGN TDO LAK :)

Loading...