kelmarin aku dapat satu call, aku pon angkat & dapat tau aku menang 10 ribu bank rakyat rupanya yang call. biasalah nak offer kad kredit. pastu aku teringat yang aku punya alamat surat menyurat bank rakyat tak tukar sejak dari dok pinggiran putra dulu. pastu aku tanya orang tu, boleh tak nak tukar alamat terus. dia cakap tu kena call customer service. ceh. lepas tu dia bagi aku no fon customer service, aku pon terus rajin call tanya pasal nak tukar alamat ni boleh tak. dia cakap lebih kurang begini :
dia : tak boleh cik, cik kena pegi branch terdekat kami, isikan borang A, B, C, D dan E. ok part ABCDE aku lebih-lebih.. (ala-ala iklan kat tv tu)
aku : oo gitu yer. ok. (dengan nada baik sekali)
pastu aku gtalk kat kawan aku yang bernama N tu. aku bebel-belel la, cakap susah gila nak tukar alamat, bukan nak mintak duit pon.. hehe. si N pon cakap banyak bank memang camni. tapi aku rasa CIMB boleh je aku tukar melalui CIMBCLICKS. yelah aku kan very d bz, mana de masa nak gi keluar-keluar masa rehat ni.. (sila percaya). nak gi parking pon dah 5 minit, nak keluar lagi ke bandar dah 10 minit. beratur lagi. tak IT langsung a kan.
so aku pon try test la cuba plak, login kat irakyat, bank rakyat punya e-banking. aku pon cari ruangan maklum balas dan nyatakan hasrat murni aku untuk menukar alamat sebab aku tak sempat nak pegi branch waktu bekerja.
alkisahnya, semalam pagi tiba-tiba henfonku berdering lagi. aku pon angkat. rupa-rupanya dari bank rakyat. aik takkan nak offer kredit kad lagi.
dia : saya S dari Bank Rakyat. cik ada buat permohonan untuk tukar alamat kan?
aku : yer saya
dia : boleh saya sahkan dulu identiti cik. nama ibu? tarikh lahir? dah kawen ke belum? bla bla bla..
aku : bla bla bla...
dia : baik cik, saya akan buat pertukaran alamat di kg bla bla bla.
aku : ok terima kasih.
terus aku kagum sat. tahniah bank yang efisyen. terus aku citer kat kawan aku N semalam pasal kehebatan ini. aku pon terus ckp kat kawan aku yang sama tak tukar alamat sejak berkurun lama sebab kebz-an kami2 ni.. klu pegi alamanda ke, city square ke, ada masa plak, pegi bank tade masa. haha.
teringat kat buku last lecture, dalam tu randy pausch pon ada tulisa pasal jangan segan tanya. kadang-kadang tu bila kita asek fikir tak boleh je, pastu malas tanya memang tak dapat apa yang kita nak. macam mintak diskaun beli barang. kalau aku jadi penjual, klu orang tanya tanya, aku tadelah nak saja-saja bagi diskaun, boleh la untung lebihkan, so kalau ada orang tanya, mungkin singgit 2 tu boleh bagi. betul tak?
tu lah kesimpulannya, jangan segan bertanya.
tapi ada satu part yang still segan nak tanya, bila nak mintak hutang. kenapa ek? mungkin kena emel je, tak berapa segan. haha
minggu ni aku abiskan masa mencari idea dengan mencilok idea-idea di internet untuk album makcik aku ni...kalau ada design lebih kurang tu, maksudnya aku yang tiru..hehe. tiru design takpe la kot? bukan curik gambo kan.. hehehehehehe
setakat ni baru menjadi 2 page... haha. 2 hari 2 page, hebat! :))

1st page

2nd page
untuk edit-edit gambar ni, aku guna Adobe Photoshop ngan Picasa. Senang sket untuk buat collage pakai picasa, klu susun 1-1 pakai photoshop, mau terkeluar biji mata aku ni.. pas buat collage pakai picasa, aku susun-susun + tambah wording + senget-sengetkan ke pakai photoshop..
sapa ada pengalaman buat custom album, meh la kongsi ngan aku yang tak terel ni..huhu. kepada yang pakar, sila komen yer. utk versi lebih besar, leh lihat di FLICKR aku... skang nak buat page letak hantaran sudah stuck.. muakakakak.. kena lebih banyak merayap di dunia siber untuk mencilok idea-idea bernas..
mula-mula aku ingat nak print + lekat kat custom album sedia ada. tapi pk-pk macam lagi leceh dan lagi mahal. last-last aku buat saiz 8 x 24 inch ngan 300 dpi. pastu nak test hantar kat albumprima..
doakan kejayaan aku.. cewah!
saje bukak entry baru walaupun sebenarnya sambung entry lepas, saja nak bagi konon banyak posting..hehe

jom jalan-jalan

sepanjang perjalanan ini.....

ni sebenarnya bukan rumah sapa-sapa.. rumah kraf kat kelantan. lokasi berdekatan dengan pasar siti khadijah... mula-mula pegi hari Jumaat, tutup.. so amik-amik gambo je la...

kuda kayu... ni pon kat area rumah kraf, sian kuda ni, tade life..hehe

perasan tak ekor kuda ni gerak-gerak?

saya bukan stakat ragut beg, saya peragut hati wanita (sebut ala-ala Khairil Sinar FM).. haha.. tolong gelak!!!

jangan terkejut, aku bukan dah slim macam ni.. ni anak buah, ahli rombongan kereta kancil, jadi dia terpaksa ikut ke mana kami pergi..haha

saje amik gambo signbod...

pemandangan di dalam pasar siti khadijah... dari jual sayur sampai jual daging, sume makcik-makcik. sian sampai terlelap pon ada... penat sangat meniaga.. berusahalah makcik!
xxx PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) xxx

ewau burung ewau burung...

semakin sayup di udara

sape nak beli wau?

ada watchmen kat atas tu...

cantik kan pemandangan di sini

dapat berendam lagi best... hanya bermain di gigi-gigi air sahaja kerana tidak pandai

inilah ibu mertuaku, kesayangan ramai <- ini baru betul kesayangan ramai..hehe

anak sedara aku si ikah ni pon tak ketinggalan membeli wau.. nampak tak kaki amir ter'henti'.. ala2 robot pon ada..hehe.. freeze the movement!
lepas kepenatan bermain air garam di PCB, petang pulak pegi Wakaf Che Yeh.. banyak gila barang... lagi best la kat sini sebab dia macam pasar malam, pilihan banyak, nak tawar pon lagi senang...
lepas abis bershopping, esok pagi gi rumah kraf tu balik sebab semalamnya pegi tutup.. tapi tade apa yang menarik kat situ.. dlm pukul 12 tgh hari terus balik... sampai rumah dalam pukul 6 lbh gitu... esok kena keje dah.. sungguh ekspress kan? tapi berbaloi-baloi :)

pelangi petang...
rasa lama gila mengabaikan blog kesayangan ramai ini. chewah. over!
minggu ni agak kesibukan, dah bawak kamera konon nak curik masa kat ofis upload gambo-gambo percutian express ke kelantan minggu lepas, namun hampa!
tapi akhirnya, berjaya juga aku meluangkan sedikit masa mengemaskini blog, hehe. macam dah ilang idea nak taip apa, gila ketandusan idea..
begini ceritanya...
aku dari ofis hari khamis tu, tak balik rumah, terus kuar exit gurun, tunggu 2 kereta lain dari jitra. naik kancil tu pegi kelantan, kancilku lari gagah berani!
pelangi petang kat atas tu masa lepas makan kat area tol gurun. masa tu baru nak memulakan perjalanan. berenti kedai makan sat sementara menunggu group rombongan lengkap. mula-mula memang hujan dah rintik-rintik. keluar-keluar kedai makan tengok ada pelangi yang sangat cantik.. subhanallah. maha suci Allah.
dalam pukul 7 lebih gerak, dekat pukul 12 mlm sampai akhirnya ke jeli, kelantan. tido umah mak mertua akak amir. amir drive macam F1, bersimpang siur jalan tu, dah la 1 lane. malam gelap. sib baik dia tak ngantuk, aku je tewas di akhir-akhir, jadi co-pilot yang tak berapa co.. haha. kira ikut gurun-sik-baling-gerik-jeli. aku rasa betul kot route tu.. hehe.
pastu keesokan harinya, pagi-pagi dalam kol 8 lebih semua dah siap-siap bercantik-cantikan.... destinasi jalan-jalan pertama adalah...

lokasi : sila baca signbod
dari jeli kira dekat je la ngan rantau panjang ni... kira tak sampai sejam kot. haha aku dah ilang ingatan, tu la updet blog 'awal' sangat.
kat sini banyak la periuk cap buaya la apa la, tapi oleh kerana specialty aku tak dalam bidang sajian dan dapur, maka semua tu aku tak pandang. haha. aku hanya pusing-pusing, last-last hasilnya :
1. beg galas made in thailand : RM15
2. telekung kecik dalam bag made in indonesia : RM18 (tawar ke RM15 dia tak bagi..)
3. tudung bawal 2 helai (apa, 2 helai je? ) : RM 24 1 helai. 2 helai? sila darabkan ;)
dekat pukul 12 lebih gak la sumer orang memborong sana-sini.
lepas abis tu, lokasi seterusnya, bergerak ke Kota Bahru...

rumah sapakah ini?
adoi... ngantukla pulok... sambung nanti deh!
Inilah dia perkahwinan yang ditunggu-tunggu oleh keluarga kami. Makcik bongsu sebelah arwah mak kiteorang.... Antara makcik-makcik yang paling berjasa dalam keluarga aku. Dari dulu kalau nak jahit baju skolah adik-adik aku, baju raya kiteorang, dia lah yang akan dicari. Kadang-kadang sampai naik segan sebab dia tamo terima upah. Tapi sejak 2-3 tahun ni, dah banyak baju siap, aku ngan adik beradik dah malas nak menyusahkan, beli je baju siap. hehe.
Makcik aku ni jugak antara orang kuat dalam perusahaan pakej perkahwinan kat area kampung batu 18, ayer hitam, muar,johor. sepupu aku tukang andam, dia and 2 orang lagi makcik aku tukang jahit keperluan pengantin macam baju, sarung-sarung kerusi & meja untuk makan berdamai. sebut je nak baju cheongsam, jawa indonesia, gaun.. sumer ada. aku & abang aku antara yang bertuah sebab masa kawen fully sponsored persiapan kawen, dari pelamin sampai hiasan kat bilik dan meja makan...
Alhamdulillah, jodoh akhirnya dijumpai, walaupun ramai anak-anak buah dah langkah bendul. kini sampai masa aku membalas jasa, walaupun tak dapat kaver semua jasa, kira sikit-sikit lama jadi bukit kan? hehe.
Nanti aku update sikit-sikit gambo ni, aku nak kuar sat gi rompak cari duit kat bank... lega still cuti lagi, lenguh mengambik gambo tak ilang... thanks a lot to ONA yang sudi jadi junior photographer follow aku amik gambo. kaki ko sakit tak? :D (nanti kita buat team lady photographer berbaju kurung yer, ahaks)

cincin nikah

acara sain-menyain borang...

ha inilah dia pengantin baru pang ko pang ko pang :)

ONA punya idea la ni amik gambo acu keris, tapi aku pun blur camne nak amik.. bantai sajelah...

wajah-wajah pantang nampak kamera...hehe

sepupu-sepupu cilik yang didera melompat... heh

lepas lompat, paksa posing ayu lak.. haha, dari kiri, aina, humairah & irdina

ini takyah soh posing, model sejak lahir lagi... hehe

susah gila nak 'paksa' senyum pakcik baru aku ni...

oh azizah...

entahla posing apa aku soh buat pon aku dah blur.. hehe

bersalaman dengan ibu mertua... oh oh oh

bergambo dengan makcik tersayang

buat penuh memori kad aku je budak 2 orang ni.. haha

wonderful cincin shot by ONA

antara orang kuat majlis.. wak yie
sat gi sambung balik la yer..... tungguuuuuuuuuuuu!!!
so takpelah, sambung tepek gambo lagi la...

TEAM LADY PHOTOGRAPHER BERBAJU KURUNG & KEBARUNG.. bakal menggegar dunia fotografi.. muahahahahaha... inilah akibat terlebih minum soya, pengantin malas posing, photographer yang OVER!

alahai.. ayunyer.. anak sape la ni...hehehe

aik.. sape pengantin ni?

gembiranyer..hihi

best woo dapat munchy's satu kota besar sebagai doorgift.. ngup ngap ngup ngap tak abis2 aku...hehe

abang ni, pakai samping pon tak betul.. (dialog direka sendiri).. haha.
yang lawaknye, pakcik aku ni tak suka posing, segan la kot, dia siap buat alasan sakit perut... ingat samping ketat sangat ke... bila soh gi toilet dulu, dia macam tak nak plak.. makcik aku tanya nak gi toilet dulu ke amik gambo dulu? dia boleh jawab mana-mana je lah.. nampak sangat la kelentong... hahahahahhaha

pengantin posing bersama anak-anak buah.. tengoklah pengantin laki tu, mata mesti ke lain... orang lain dah posing baekkkkkkkkkkkk punyer... sedih2... kepada bakal2 pengantin, sila pandang kamera yer untuk acara bergambar berkumpulan, kecuali diarahkan untuk memandang ke tempat lain.. hehe

3 sepupu bergambo bersama kotak hadiah dari HUSNA. husna tak dapat datang, kena jaga mama dia yang dah nak due.. semoga selamat bersalin yer mama husna... tak sabo nak amik gambo ani rahika... hehe

tatau kenapa suka amik gambo camni.. konon macam lawa, perasan!

bakal pengantin 2010 dan 2011..hehe

posing tiru orang. nak gak buat celah tengkolok a apa la... dah tade idea..

ha inilah dia 3 makcik yang pakatan bisnes sana-sini...

inilah dia nenek aku yang cantik & fotogenik. dia siap cakap, tak cantik gambar jaga kau... haha. sekarang aku tau darah fotogenik aku datang dari mana.. hahaha
xxx potong jambul xxx
lepas selesai akad nikah & sign-sign borang, sepupu aku yang baru lahir dipotongkan jambulnya. makcik & pakcik aku kalau tak silap (malas nak kira balik) ada 13 orang semua. tu yang sepupu aku ramai gila yang kecik-kecik. arwah mak aku yang no.6.. so memang ramai lagi la sepupu aku yang bakal lahir & menghabiskan duit raya aku untuk tahun-tahun depan. haha. oh aku baru dapat tahu 1 berita baik...
ALEEYA HUSNA telah mendapat adik perempuan pada jam 4.27 petang tadi (aku agak je tang waktu tu, malas nak tengok SMS balik)... yeeha, aku dah ada anak sedara202 orang. tak sabo nak jumpa ani rahika (nama sementara sebelum dapat nama betul).. hehe.

nama baby aku dah lupa.. hehe (ke aku tatau nama sapa?).. haha

ok kita gelarkan dia baby Y, hehe... pandai dia tengok kamera kan?

tok kadi yang berbaju serba hitam

baby Y dipotongkan jambul berkali-kali

alhamdulillah, pakcik Z (nama gelaran bagi pakcik yang tak dikenali) sedang membacakan doa. semoga baby Y menjadi anak yang soleh ke solehah a? teruk betul, jantina baby Y tak diketahui.. apa punya sepupu daaaaaa

abis citer baby Y potong jambul, kita tengok di sebalik tabir. pembikinan nasi minyak secara kukus. teknologi jawa. eh. suka-suki. 1st time tengok camni. pakcik aku pon sebok soh amik gambo, nak soh pakatan kampung dia beli gak gadget ni... hasil temu ramah, 45 minit diperlukan untuk membolehkan semua beras di dulang-dulang ni masak. macam gerek jek kan? oleh kerana penutup dia berbentuk roket, kita namakan NASI MINYAK ROKET!... hehehe
tu je lah kot... tak larat nak tepek gambo. hehe. tak abis lagi pilih gambo untuk diprint.. gambo tukar-tukar baju malam sebelum nikah lagi tak larat tengok...kena banyak lagi belajar, terutama dari segi aksi-aksi berposing & lighting yang aku bantai tah aper-aper je lah... hehe.... berusahalah kuizikel!!!
p/s : gila tak larat jadi OP ni

10 Comments