hari ni seharian aku dok kat umah, rasa boring gila. dengan celcom 3g yang slow like snail (berapa kali tah nak membebel pasal ni).
sejak 2-3 hari ni, aku sebok meng-xplore cara nak buat custom album. 10.10 ni makcik aku kawen kat muo. adik mak aku yang bongsu skali. alhamdulillah, jodoh sampai dah. dia ni memang banyak berjasa la, dari dulu jadi tailor family aku, masa aku kawen pon memang sponsor + tolong macam-macam. so kali ini aku diberi amanah untuk jadi Official Photographer (OP).. yeye. akhirnya. aku siap dah warning, klu tak berapa cantik jangan marah. hehe. tapi pastu makcik aku yang lagi sorang masa raya siap cakap soh buatkan story book, spupu aku aritu siap ada cover kristal. ewah. bila makcik aku cakap orang tu buat black n white la, macam cover majalah pengantinlah...aku pon konon tanak kalah, cakap aku terelah buat macam tu. senang je. haha. walhal. eh aku kan pelajar multimedia. hahahaha.
so aku dengan semangat mencari-cari contoh-contoh custom album kat internet untuk dijadikan inspirasi. cari tempat nak print. jumpa tu jumpa, tapi sebab kat internet, takleh look n feel. ingat memang nak test print 1 custom album, kompilasi hasil kerja aku selama ini (cewah macam banyak je)..hahahahahahahhaha
pulak tu,lens pon aku hanya ada 35mm ngan kit lens 18-55 jek. flash sumer ada. tapi tu la, aku tengah kompius, nak guna 35mm ke, 18-55. dari segi logik memang 18-55 sebab boleh wide n zoom, tapi lens 35mm tu aperture 1.8, gambar takyah edit kaler memang dah cantik. klu kit lens tu cantik, tapi tak secantik 35mm. klu 35mm, bak kata jebat, rugi ruang. tapi hari tu masa dik nur kawen, birthday party n masa tag along aku guna 35mm je, rasa macam ok. 35mm tu kena zoom ngan kaki. tu yang sakit sket. ikut hati mau beli 18-200. hahaha. ok sabar-sabar.
pk-pk, klu ada 2 body lagi best, 1 pasang kit lens, 1 pasang 35mm. 1 soh azyan pegang, 1 aku pegang. pergh. tapi sape nak bagi loan body kan. hehe. (ada la, tapi kena bayar,heh)
yelah, takut jugak la kan, dah diberi kepercayaan, kang rosak hari bahagia orang. dari bahagia jadi dukacita. tapi takpe, memang kena cuak sket, baru dapat hasilkan gambar yang cantik, macam dulu takut gila nak exam bahasa arab, malam tu siap nangis-nangis. akak senior kat bilik siap bagi semangat. alhamdulillah dapat A. hehe. eh lari topik.
tadi kina osmet lamaku datang beraya. lepas dia balik, aku godek-godek gambar. rasa terus nak test print kat kedai photo asasjey area rumah ni. si amir laki kina kata ok. aku print beberapa keping je gambar raya and buat 1 gambar 8R untuk si CUNA. nickname CUNA ni diberi oleh aimi fitri (cari kat entry sebelum ni yang buat gaya monster-inc). susah sangat nak sebut HUS-NA. laju-laju disebut jadi CUNA. comel gak kan. hehe. bila tanya kat husna, bleh tak panggil dia CUNA. dia mati-mati tamo, dia cakap bagi la kat baby, saya HUSNA. hehehe. dah la nak bagi nama adik dia yang bakal lahir tu ANI RAHIKA. lepas tu kiteorang komplen cakap susah nak sebut, dia kata ok tukar ARI RAHIKA. haha. lagi la susah. tau makcik-makcik dia ni sumer pelat R. mau gak letak ARI RAHIKA. saje tau CUNA ni.
ha berbalik citer print gambar, aku pon gi lepak kedai tu, staff kedai tu baik, layan aku tanya-tanya pasal custom album. dia cakap kedai dia ada jual custom album kosong tu, pastu bleh print 8x12 laminate, tapi kena lekat sendiri. tang lekat sendiri tu aku tak berapa yakin, sebab tangan aku ni susah sket nak lekat secara tegak (read:lurus)... ada sampel orang buat, tapi agak comot sebab dia tampal pakai double side tape. tepi-tepi dia ada hitam-hitam sket lah. klu buat secara teliti ok la. aku ada beli double side tape yang kering tu, rasa ok. tapi tu lah, hmmm. tapi aku memang suka yang laminate tu berbanding custom album yang licin tu. sebab laminate tu rasa tekstur dia kasar sket.
harga plak klu jadi member (kena bayar RM5 seumur hidup), 8x12 tu RM8. total RM176 untuk 22 pages. hmm ok gak kan. tengoklah nanti camne.
sambil borak-borak tu, print gambar aku pon dah siap. oh hasilnya cantik. so senang la, takyah nak pegi bintang maju, warta bangi dah. hehe. kat situ pon siap boleh buat border yang macam slalu aku buat kat warta bangi. cuma tak dapat la harga 35sen macam kat bintang maju + jumpa adik yang rambut macam tajul kat kedai tu. kena panggil adik, sebab dia panggil aku kakak. haha
ha pastu gambo cuna pon cun. aku terus beli frame gambar skali kat kedai tu, bubuh gambo si cuna ni....


ha amcam cuna, cun tak? klu tak sayang kat auntie ana ni tatau la. hehe.
wah panjang lak aku bebel. lama dah tinggal kamera, bila pegang dah ketagih balik.
oklah tu je lah, baju tak gosok lagi nak keje esok. huhu.
till then, assalamualaikum... dadiduuuuuuuuuuuu v(^_^)
benci betul ngan celcom, dah la down satu malaya, baru nak sedih telefon tade line, ingat telefon rosak, hutang beli telefon pon tak bayar lagi, takkan dah rosak.. baru nak carik apek jual telefon kat PERTAMA (sila sebut baku)... hehe.
raya-raya pon nak membebel aku ni. mana taknyer, aku semangat nak upload gambo raya, celcom broadband ni macam siput. slalu tak macam ni, line fon down, celcom 3g lembab. mana tak makcik mengamuk. hehe.
akhirnya berjaya gak upload gambo dengan penuh kesabaran dan berkali-kali tekan butang upload, pilih gambar, try again di flickr. gambar sikit jelah, maklumlah dah hangat-hangat bunga tahi ayam. klu taun lepas masa 1st time dapat kamera, beribu-ribu gambar, ni dalam 100 jek.. tahniah-tahniah (belajar jimatkan shutter count,haha)
so terimalah edisi gambar raya yang meriah tahun ini.

poskad raya dari tuan rumah dulu...

model tetap tiap tahun....awa, azyan n aida

di depan rumah atuk. aimi buat gaya monster-inc :)

husna & geng... geng dalam perut bakal menjelma beberapa minggu lagi...tungguuuuu

sayang betul kat adik tu, siap bagi nama adik "ANI RAHIKA"... panggil ANI.. saje bagi nama adik tak glemer...tehehe

5 beradik yang boria.. model tetap jugak tiap tahun, lokasi yang sama, atas tangga...

husna & geng buai

model utama setiap tahun... husna the sister wannabe... terlebih vivid tak edit ni?

ha ini dia.. cornflake madu.. julung-julung kali buat kuih raya sendiri, sila kagum...

popia mini simpul sendiri, jenuh wei nak gulung ni... gila rangup, sedap.. eh terpuji diri sndiri.. 4 beradik buat dari pagi sampai nak berbuka baru siap, 2 bungkus kulit popia, dapat sebalang... haru haru...
nak membebel panjang malas la plak, esok dah keje, huhu, setiap pagi sebelum ni rasa lega sebab bukak mata, dalam otak pk takyah gi keje... hehehe.
kena carik balik mood keje... oh di manakah agaknyer.....
till then, assalamualaikum v(^_^)
Aku tengok kat list blog sumer orang dah updet ucapan selamat hari raya, so di kesempatan line GPRS/Edge di Sarang Buaya yang sangat slow like snail, aku pon tanak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin kepada semua umat islam yang mengenali diri ni..chewah
Sudirman ( Sudirman )Balik Kampung
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Bantuan khas RM500 untuk kumpulan sokongan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember. - Bernama


15 Comments