Telah begitu lama, Ku mendahuluimu, Berdiri berfikir bertindak sebagai satu Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami demi mencapai cita - cita negara berdasarkan atas prinsip - prinsip berikut. Kepercayaan kepada Tuhan Mengapa tidak kita berlari bersama Berdiri berfikir bertindak sebagai satu, Lahirlah kita SATU MALAYSIA OK iklan dah habis. hehe. kalau nak dengar lagu nyanyian JAC & Arch Little Danielle <-- kenapa aku tak kenal dia ni? :D, boleh pegi kat hotfm.com.my otey... eh apsal tulisan kecik ni.... Lagu ni aku suka tang lirik Bukan menolak resam, Bukan menolak asal usulmu, rasa macam touching gitu. ke aku sorang je yang emosi di hari merdeka ni? hehe. pastu bila time nak undi tu, aku dan jadi rambang mata.. sebab aku sebenarnya suka lagu ni lagi.. macam sesuai nyanyi lagu ni ramai-ramai la... Pernahkah kita terbayang bila kita diserang oleh musuh Negara, Kita rakyat Malaysia lirik dia keseluruhan aku suka & rentak dia ala-ala generasi baru. agak2 ada can tak aku menang blackberry utk lagu 1 Malaysia hotfm a? haha. klu 2 september ni ada posting blackberry betul a tu... klu idak, diam2 dah jangan tanya a :)) aku ni,nak kata bersemangat patriotik tu tah la. sebab kita generasi baru ni, bukan kita yang susah2 tuntut kemerdekaan tu, maka kesannya susah kan nak rasa. setakat jerit-jerit lagu 1 malaysia tak kira la versi mana pon, macam tade efeklah kan..(tapi mungkin suara akan serak-serak lepas tu, nak kena minum air puasa la plak..haha)... cuma aku rasa, yg penting aku tak buat benda-benda yang menghuru-harakan malaysia dah kira cukuplah kan. ke tak cukup gak? hehehehehe... tu jelah, malas nak bebel panjang. banyak coding php/html lately berkumandang dalam otak aku ni.... susah betul nak fokus bila ada byk benda berkumandang. terasa macam kepala pelakon siri NUMB3RS plak, macam esok nak exam fizik, otak tu macam ada jek yang berlegar-legar. ish baik aku stop sebelum aku taip yang sepatah haram pon orang lain tak paham.. akhir kata, Apa Rukun Negaramu? Rukun Islam? Rukun Iman? :D daaaaaLAGU: Inilah Malaysia ![]()
ARTIS: Jaclyn Victor & Arch Little Danielle ![]()

KOMPOSER: Taja MUH ![]()

PENULIS LIRIK: Tun Teja
Mata melihat
Telah begitu lama,
Lidah - lidah berkata
Telah begitu lama,
Telinga mendengar
benarkah aku?
Kau mendahuluiku,
benarkah kamu?
Mengapa tidak kita berlari bersama?
Bukan menolak resam
Bukan menolak asal usulmu
Semua untuk satu dan jelas satu untuk semua
Kesetiaan kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang - Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Bukan menolak resam,
Bukan menolak asal usulmu,
Semua untuk satu dan jelas satu untuk semuaLIRIK: ![]()
Mana pergi Rukun Negara? Mungkin kita terlupa (kita terlupa),
Masihkah kita mampu membuktikan kesetiaan?
Satu Malaysia
Apa Rukun Negaramu?LAGU: Lagu Rakyat Satu Malaysia ![]()
ARTIS: Rida ![]()

KOMPOSER: Norm Aidid ![]()

PENULIS LIRIK: Norm Aidid
Baca-baca blog saifulislam, ada mention pasal 1 citer kat astro OASIS sepanjang ramadhan ni...
memandangkan aku hari dah horey horey takyah start enjin kereta pagi2 buta untuk gi keje, maka keje aku ialah mendownload citer bersiri ni kat youtube - Hazel Chanel... hehehe...ini keje ko yer, kata nak beribadat dengan tenang bila cuti.. poracit...
Cinta Sempurna - bersiaran pada jam 3 petang Isnin hingga Jumaat, siarannya diulang tayang pada pukul 10 malam, 4:30 pagi dan terkini nampaknya juga pada jam 5:20 pagi di Astro Oasis 106 - www.saifulsilam.com
citer asal ni daripada yang aku baca adalah kisah Ustaz Hazrizal @ saifulislam.com sendiri, skrip pulak ditulis oleh Ustaz Zabidi Muhamed. citer ni berkisar tentang Religious Skepticism.. aku pon takleh ulas lebih lanjut sebab memang tak mahir, tapi boleh baca kat blog saifulislam.com sendiri. tapi aku memang puji la ustaz-ustaz ni mengambil inisiatif untuk amik part dalam drama-drama. selama ni kita disajikan dengan penuh drama indon yang kadang-kala bila aku tengok pon rasa macam ada something wrong daripada apa yang aku belaja.. dan kita juga banyak disajikan dengan drama/filem yang dialog & adegan yang kadang-kala aku lihat sudah ke arah terpesong. memang ada yang cara penyampaian cerita memang unik & lain dari yang lain, walaupun adegan tersebut benar & realiti, malah yang realiti lagi dahsyat, aku tak rasa perlu ditonjolkan dalam drama/filem melayu seolah-olah perkara ini adalah satu yang tiada salahnya. tapi siapalah aku, setakat sekolah agama sampai darjah khas tu pon dapat pangkat 2. sijil pon tak amik-amik akibat malu sajer, pangkat 2 nak amik sijil. hehe.
jadi aku harap cerita cinta sempurna ni mampu membawa kelainan & byk lagi cerita-cerita yang membawa mesej yang baik akan timbul selepas ni. aku pon takleh nak komen pasal citer cinta sempurna ni sebab baru layan episod 1.
kepada yang mungkin tertanya-tanya, chewah.. camne aku download dari youtube @ tv3 @ 8tv, sila gunakan software Internet Download Manager, boleh amik dari unwanted86.blogspot.com... walaupun pakai celcom broadband, still boleh download dengan agak baik.
aku bercadang nak letak entry lagu yuna ni jer, tapi termembebel plak pagi-pagi buta ni.. haha.
aku ni cakap eh tak aku taip jek. taip macam bagus jek, tapi menyokong cetak rompak. haha. tapi aku petik kata-kata ustaz hazrizal dalam blog dia...
Biar pun ada rasa gusar di hati krew penerbitan Cinta Sempurna apabila drama ini dimasukkan ke Youtube (pelanggaran hakcipta), tetapi saya mencadangkan agar perkembangan ini dilihat dari sisi positif dengan meyakini bahawa keberadaan Cinta Sempurna di Youtube tidak akan menjejaskan penyiarannya di Astro Oasis, sebaliknya membantu Cinta Sempurna menembusi ruang yang tidak boleh dicapai oleh Astro Oasis dan bentuk-bentuk penyiaran yang konvensional.
walaupun memang aku tau matlamat tak menghalalkan cara, macam robinhood mencuri untuk bagi kat fakir miskin tapi aku harap pihak-pihak yang dicuri oleh robinhood faham apa yang dilakukan oleh robinhood. hehe.
macam lagu yuna ni, boleh download kat sini... kualiti dia of course tak sehebat kualiti klu beli CD original yuna. tapi klu orang yang tak pernah dengar lagu yuna, dengar lagu yang didownload ni, pastu terus suka, pastu terus beli CD Ori. ha tak ke menyumbang ke arah penjualan & populariti yuna? betul tak yuna? eh bukan jual yuna, jual CD yuna. heheh... dulu2 pon aku kenal yuna ni kat youtube, suka tengok dia main gitar + nyanyi. tup-tup sekarang dah femes.
dah la takyah la aku membebel pagi2 ni, bukan ada orang nak baca pon, syok sendiri. hehe. eh tapi lupa nak cakap, lagu ni best..
layan...
Cinta Sempurna - Yuna
Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...
Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...
oleh kerana tade benda menarek tertarek terjadi dalam hidup aku selepas drama swasta aku tol dan puasa yang diadaptasikan 99% dari kisah benar kat entry sebelum ni.. aku sajikan dengan drama swasta versi utara ni (mentang2 dok utara, hehe).. tatau la ni dah lama ke aper, tapi baru tadi ada orang forward...
terimalah.. hang tuah utara yang kena amik kertas julai sebab result teruk..hoho
layan..
selamat berbuka & berterawih!
tik tok tik tok.. jam berdetik menunjukkan pukul 5.00 petang.. yeeehaaaa dah boleh balik. hari kedua berpuasa dah kene keja. patut hospital kena isytihar cuti seminggu ala2 skolah. baru la bole tido sepanjang hari dapat beribadah kat rumah dengan penuh ketenangan. hehe
eh kena singgah ATM machine sat. duit tinggal RM1 je dalam wallet. hari ni balik lalu tol lah. klu lalu jalan lama, pukul 7 baru sampai. lalu tol jimat setengah jam tapi rugi RM7.40. takpe masa berbuka itu emas. apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan RM7.40 kan. hoho.
tret tret. your transaction was rejected. cis. sampai hati ko reject kad aku. ingat kad aku ni tade duit ke. takpe, ada lori ada bas.
aku meneruskan perjalanan ke kereta. aku start enjin dan memecut laju. trafik light hijau sepanjang perjalanan, melancarkan perjalanan pulangku. nak singgah ATM kat mana plak ni ek. ah takpelah, masuk tol dulu, kat RNR Gurun ada ATM CIMB. boleh reload Touch N Go skali.
500 meter ke RNR Gurun....
signal ke kiri digerakkan, pemandu berhemah la katakan.
kereta park betul-betul depan tangga. turun tangga penuh ayu. gadis jawa terakhir la katakan. ptuih, kata pembaca dalam hati.

ATM Machine Not In Service
APA! Not In Service. Oh tidak. mimpi ngeri. Ok bertenang-bertenang. Kat depan tu ada Caltex. cuba tengok kot-kot ada ATM Machine. dalam hati dah berdebar-debar. ada yang berbuka puasa kat tol ni dengan hanya
Mati. caltex pon tade ATM. duit ada RM1.30 jek selepas tengok betul-betul dalam wallet. nak keluar next exit Pendang pon sure lebih dari RM1.30. geledah-geledah beg. mana tau ada rezeki di situ. slalu ada gak terselit-selit. abis geledah, hasil ada 1 sen je dalam coin purse. hahahha.. gelakkan diri sendiri.
ok telefon. telefon. ok call call.. angkat pls angkat pls..pls pls pls.. kamu jangan nakal.. lagu aliff berkumandang di radio. bikin panas ini lagu. ok mesej dulu. teruskan perjalanan...alamak bateri henfon ni bukan betul. sekejap je boleh kong. charger charger. baru teringat minggu lepas dah terputuskan wayar mobile charger. grrrr...

14 missed calls....
1 message received...
"TOLONG TOLONG, ATM ROSAK. DUIT TADE. DAH KAT RNR GURUN"
ok call akak ipar, call adik ipar.. semua call bagi mencari si suami yang slalu tak bawak henfon... tengah bercakap ngan akak ipar, tiba-tiba ada call masuk. fuh si suami akhirnya call semula. ok lega. lega.
ni dah kat pendang ni... tunggu depan hutan kampung ek. RM10 tau. selamatkan saya. tolong tolong. 2 ayat terakhir cakap dalam hati jek. haha. (sila menangis di dalam hati agar egomu tidak tercalar <- tiru ayat ned)
dipendekkan cerita. SuperAmir datang
Moral Of The Day : klu tade duit jangan mengada masuk tol, atm mesin tak berbau...hehehe

macam tak percaya.. cepat betul masa berlalu...huhu..
salam ramadhan semua... 5 tahun yang lalu, klu ramadhan je mesti berdecit-decit (ada ke perkataan ni) bunyi henfon menunjukkan SMS masuk.. tapi sekarang, boleh kira dengan sebelah tangan jek ucapan pakai SMS ni..hehehe.. lama tak dapat fwd2 msg yang comel2 dengan bentuk teddy bear la apa la... terbalikkan henfon soh baca la... dan pelbagai lagi kretif2 SMS...
ok ko tak glemer. dah. gi terawih sana!
p/s : semoga kita sama-sama merasai keberkatan ramadhan.. amin.....
Sebelum ni rokawa dok cakap googledocs googledocs, tapi aku rasa macam tade perasan jek, lain la klu dia cakap cek akaun bank ko skang, aku dah masukkan 3K kat akaun ko, cek skang gak, gi beli iphone 3gs... hehehe...
Kalau anda barang hilang dalam kehidupan sehari-hari, berapa lama masa yang anda akan sebok mencari barang tu? Contohnya macam hilang tudung pen ke, hilang stoking (ini ejaan yang betul dan boleh ditiru untuk peperiksaan, rujuk DBP)sebelah ke.. korang akan ignore & continue dengan hidup ke? atau menghabiskan sehari suntuk sampai amik cuti untuk cari barang hilang sampai abis?
ada masa barang-barang yang dicari ni kita jumpa balik. alhamdulillah. lega. tapi ada masa, tatau ke mana walau dah abis satu rumah kita geledah. so have you ever wondered where the lost things go?
taraa.....A PLACE CALLED HERE... itulah jawapannya... hehe..

sampai satu masa, dia pon jadi salah seorang yang hilang dan di sinilah dia dapat merungkai banyak persoalan yang membelenggu hidup dia selama ni...a place called here, where all missing things go... akan tetapi, walau bagaimana indahnya satu tempat tu, tapi there's no place like home right?... setelah banyak persoalan terjawab, now all she wants, more than anything is to find her way home...
dapatkah sandy mencari jalan pulang? sama-sama tunggu penjualan buku ini di SHOP4book setelah aku habis baca... hehehee
p/s : tade pinjam2 otey ;)
p/s 2 : klu ada buku 2nd hand yang nak jual bagitau aku a, lama dah SHOP4book tu tak berupdet..
Aku tengah layan siaran tertunda Blogger Boy kat http://www.8tv.com.my ...
Actually Blogger Boy ni setiap Khamis 9.30 malam kat TV8. Tapi oleh kerana aku ni memang aku malas nak tengok tv kat luar kelmarin and aku tau boleh tengok online, so aku tak gaduh la nak gi luar. lagipon aku sorang jek layan Blogger Boy kat rumah ni, berbanding Nur Kasih, seisi keluarga... hehe
Pelakon utama di si Qi yang Pengacara Destinasi Bajet...watak dalam tu sebagai BUDU BUDI, memang muka innocent tak bersalah jek dia berlakon... dalam citer ni dia seorang Bloggerboy... kira dia ada tulis blog... boleh cek it out kat http://bloggerboy.com.my . Bukan je ada blog, tapi pandai lukis komik.. wohooo... SEMPURNA!
so dalam diam si Nina, seorang lady photographer, baca blog dia n berminat ngan komik dia, ajak Budi berkoleberasi (jangan tiru ejaan ni) dengan dia untuk pameran fotografi... si Budi lak memang dari dulu ada hati rasanye lah ngan Nina. tapi dia tak confess ngan Nina. aku pon tak sure sebab ada dia tak berani bagitau. sebab aku pon baru layan citer ni, tak katam lagi siaran tertunda awal2 dulu. (wei-wei, khatamkan quran sana!)....
Si Budi and Nina ni memang jumpa real life sebagai kawan, tapi si Budi ni tak lah bagitau la dia blogger boy, saja bikin kompleks je citer ni... hehe. rasanya sebab dalam blog, si Budi ada confess kot pasal Nina, tu yang dia segan. Ona & Aini sila jelaskan.. korang yang sebok promot citer ni. pantang ada hero kacak :P
Si Budi siap balas e-mel Nina, boleh nak berkolebarasi (sekali lagi jangan tiru ejaan ni dan guna dalam karangan PMR @ SPM), tapi tamo jumpa, just bagitau dalam e-mel. sebab "I'M VERY SHY :)".. haha.. kawai ne!
oklah tamo bikin spoil, korang watch sendirilah.
jangan lupa KHAMIS 9.30 pm 8TV (ona ingatkan aku!)... klu lupa boleh tengok kat http://www.8tv.com.my..
tapi jangan lupa gak baca quran sampai katam. lagi banyak faedahnye.. hehe
till then, assalamualaikum... v(^_^)
buat masa sekarang ni kelakuan Gila Blog aku semakin kronik.
sebagai pengguna tegar Microsoft Office (bil gates sila bangga sekarang ;)) selama ni, aku mesti nak comparekan fungsi-fungsi kat yang sedia ada kat MS Word, ada tak kat Writer. memang mula-mula gila payah aku nak cari, contohnya, aku nak buat Word Art.. cari kat help tak jumpa. aiyak takkan tade, ni dah kecewa ni.. lepas tu gugel punya gugel, rupanya ada aaa. tapi nama dia FontWork... hehe. tu yang bila aku belajar benda baru tu, terus aku buat post kat blog tu, sambil aku update dalam nota/tutorial yang bakal aku terbitkan tak lama lagi. chewah. semuanya percuma jangan bimbang. it's free, really, really free. no hidden cost. berbaloi-baloi. eh tiru! :)
Terlanjur cinta aku update website hospital aku (hospital aku, wakaka) berkenaan Laman Web Influenza A H1N1 ni, aku pon nak promot gak kat kuizikel.com ni.. :).. caring is sharing kan? eh terbalik lak, haha...klik ikon kat bawah ini dan anda akan dibawa terussssssssssss ke Laman Web H1N1 dengan menaiki roket cap kapal api..... serius.. tapi tipu part naik roket tu :)

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 8 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 53
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 53
Kes Kematian: 3
Jumlah Kes di Malaysia: 1,578 dengan jumlah kematian 18 orang.
Ada banyak panduan disediakan untuk Orang Awam, Institusi Pengajian dan pelbagai sektor bagi mencegah penularan Influenza ni... web ni sangat informatif, 2 thumbs up! -kuizikel (chewah!... perasan ada orang quote kata-kata.. walhal taip sendiri.. haha)
Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
|
Satu nasihat terakhir, basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun
Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
- Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
- Gosok kedua-dua tapak tangan
- Gosok setiap jari dan celah jari
- Gosok kuku di tapak tangan
- Gosok belakang tangan dan celah jari
- Cuci tangan dengan air bersih
- Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
- Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
- Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
- Letak bahan pencuci ke tapak tangan
- Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
- Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
- Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
- Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Bila-bila masa tangan anda kotor
Akhir kata, semoga kita semua dijauhkan dari penyakit ni & macam-macam lagi penyakit.
till then, assalamualaikum v(^_^)
apa sorry-sorry... sorry naik lori :)
tensen betul aku.. semalam tengah semangat buat blog client aku (client tu) skali tu bila nak view kuar skrin google sorry cam kat bawah ni...
oh tidak... saje soh aku tdo..
so pagi-pagi ni tak jadi nak tdo balik.. terus on laptop. cis cis cis dan cis lagi. still tak boleh. tengok2 kat YM tade sape yang sesuai untuk soh test. skali tu si ummeh ghazi ni online. maka dengan sepantas kilat aku BUZZ dia. soh test kat tempat dia bleh bukak blogspot tak. dia kata OK je. cis cis cis cis cis dan cis lagi. (sila baca macam bunyi keretapi)
masalahnya bila bukak apa-apa .blogspot jek K.O. web lain OK. google ckp laptop aku ada spyware la apa la. apa lagi, sumer spybot/spyware software aku donlod. siap tertipu ada spybot yang boleh detect je, tapi nak remove kena bayar. cis!!!!
cari kat google, ada kat forum cakap soh clean cache sumer. tapi buat-buat tak jadi pon.. tipu!!!
so sambil-sambil tengah download spyware removal.. aku test-test dah boleh lak masuk blogspot. horey!!!..bikin spoil betul la.. hehehe
dulu pon perkara yang sama penah terjadi pada amoi... tah tapi pastu ok jek. pelik-pelik.
takpelah, anggap sebagai 1 peringatan kepada aku. mari scan komputer sekarang. mencegah lebih baik daripada mengubati... hehehe
p/s : an apple a day, makes the doctor away v(^_^)
7. PREVIEW dulu, kalau OK baru SAVE.
p/s : aku tengah test function scheduled post guna draft.blogger.com . aku jadualkan pukul 10 pagi esok baru post ni keluar walaupun sekarang ni baru pukul 1.10 pagi. apa 1.10 pagi? haha. tadi petang dah tdo lama, so malam takleh tdo daaa.. penang penang. bila leh aku leh makan char kuew teow penang yang sedap ni, huhu.
ini bukan ofis yang terbuka sampai boleh dimasuki pencuri sewenang-wenangnya ok :)
aku tengah kursus OpenOffice kat Penang ni. slamat gak la sampai walaupun sesat. sib baik ada adik di stesen minyak yang memberi guide jalan dengan bagus sekali. "akak U turn, belok kiri, pastu nampak hospital belah kanan, baru amik kanan.. pastu amik kiri 2 kali, kat situ ada hotel berjaya. akak ikut jalan Pulau Tikus dulu baru leh sampai Jalan Burmah". fuh. memang completelah penerangan dia, sib baik aku tak lost count kiri ke kanan. haha.
klu nak tau open ofis ni adalah lebih kurang microsoft office tapi yang best sebab FREE. PERCUMA. so takyah susah-susah fikir nak bayar lesen atau mencari perisian di pasar malam. hehe.
OpenOffice ni ada banyak komponen, antaranya
1. Writer (word processor) = MS Word
2. Calc (spreadsheet) = MS Excel
3. Impress (persembahan) = MS PowerPoint
4. Base (Pangkalan Data) = MS Access
pastu ada lagi la Math, Draw..
tapi feature yang paling best adalah leh convert ke PDF tanpa perlu ada perisian tambahan. kalau tak selalunya kita kena beli kat paso malam kedai perisian macam Adobe Acrobat kan untuk convert ke pdf. ada gak yang bleh gak download kat internet macam cutepdf la, comelpdf la, tapi kebanyakannya ada macam iklan-iklan sket. so gunalah open office ni untuk senang convert ke PDF. hehe.
so kat mana nak dapat open office ni? meh beli dari aku (eh tiba2 buat bisnes haram lak,haha). boleh download secara percuma kat OpenOffice.org...
aku ingat nak buat nota/modul mari belajar OpenOffice ni la. macam dulu-dulu aku buat nota masa jadi cikgu komputer. senang sikit nak buat kelas nanti kat ofis. pasni balik ofis aku plak akan jadi Duta OpenOffice cikgu OpenOffice. kerajaan pon memang sedang ke arah sumber terbuka ni. lepas ni sumer pembelian PC/Laptop tak akan dibekalkan dengan Microsoft Office, sumer akan dapat OpenOffice ni. Kepada Che Ma / Che Nangka<- lama tak guna nick ni kan..haha, sila cadangkan kepada Microsoft untuk turunkan harga lesen-lesen perisian ni ek.... hihi. bundle ngan OS Windows ke. atau kalau free lagu bagus. hahaha (pasti bill gates cakap TIADA JALAN (no way!!!)) . hahaha. gelak a, penat aku buat lawak ni :)
tapi personally aku suka la kan, walaupun memang ada fungsi-fungsi yang ada kat OpenOffice ni takleh lawan lagi (buat masa ni) ngan Microsoft Office, tapi kira ada persaingan sihat. so Microsoft pon akan pertingkatkan lagi kehebatan perisian dan turunkan harga (harap2). kepada para-para penyokong open source di luar sana, berusahalah!!!!
UPDATE : ada software untuk image manipulation ala2 Adobe Photoshop yang dari Open Source. nama software tu GIMP. macam best jek. tatau lah sejauh mana ke ala-ala an Photoshop tu. macam menarik untuk dicuba kan? aku tengah download, nanti rajin bleh review.. klu sesape berminat, leh download kat sini yer.
p/s : hotel berjaya georgetown ni tak bestlah, makanan tak sedap, lif lambat, bilik buruk, tv OSAK, tub mandi dah lama, toilet bowl dah buruk... cuma aiskrim hagendas ke apa tah nama aiskrim tu je yang sedap..huhu

6 Comments