IKEA tunggu akuJalan TAR wait for me
Bagan Lalang nantikan kedatanganku
Redbox SOGO sediakan mikrofonmu
yeeha.. plan your shopping, shopping your plan.. eh falsampah sungguh.. 4 aktiviti utama yang dirancangkan telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya sekali dari Jumaat hingga Ahad baru ni.
IKEA - input karipap 4 ketul, output bateri ikea 10 bijik. heaven betul a karipap ni, chef ned lenkali masuk dalam menu projek DIY pondok-pondok akan datang k..
Jalan Tar - kain pasang baju raya 2. berjaya meyakinkan amir untuk beli baju raya kaler IJAU.. woohohoho.. memang sah gila ijau, hehehe.. yelah baju kawen dulu sewa jek, so tak dapat pakai selalu. hehehe. amir terus tempah kat kedai BAK Jalan Tar. nanti before raya sebelum balik johor baru amik (yes balik johor lagi untuk raya tahun ke-2.. ngeh ngeh ngeh)
petang sabtu amir balik dah naik AA. mula2 aku memang dah beli tiket balik skali, tapi tiba-tiba minggu ni kena gi kursus kat KL. so aku stay sini jek, anto dia ngan mak kat LCCT jek.. hoyeah, bleh sambung jimba-jimba, hongga-hongga ;)
so malam sabtu dengan pantasnya mengumpulkan geng power puff girls (aini+ila+ona), campo aku dah 4. eh bukan power puff gilrs 3 je ke?.. hehe
Bagan Lalang - dengan si
bumbleBEE Blackie ona, meluncur laju ke sana. nak oder dulu, tak angkat henpon lak tuan kedai ni. so gamble jek pegi, sib baik tak ramai sgt orang.
menu : siakap 3 rasa, kerang bakar, pepahat sambal telur, tomyam udang, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, otak-otak, ketam cili.. fuh... gila kenyang. tu pon siakap lambat sampai, kiteorang dah kekenyangan gila, so tapau je la.. nampak sgt tamak oder banyak sampai dah tak larat makan.. hehe. makan 4 orang, kos dalam RM160. berbaloi tak? hmm memang berbaloi. balik dengan hati yang gembira & perut yang kenyang.. lalalallaala..
esoknya pulak projek berjimba-jimba (pinjam ayat aini) kat Red Box Ria, SOGO. kali ni geng power puff dah tambah ahli lagi sorang (+radie)... hehehe. dah la sesat nak gi SOGO. hahaha. ni gara-gara jalan depan dataran merdeka tutup, dah la tau jalan tu jek . so bila dah belok sana sini dah tak reti.. haha. siap pusing balik sampai phileo damansara.. masuk bangsar balik.. depress betul ona. nak nak bila jumpa honda kat sebelah jalan. ala-ala alergik ngan honda lak si ona ni..hehehehe.. ona-ona.. tapi syok dengo ona membebel sambil membawa kereta. pastu kereta honda jek yang jadi mangsa.. ahahaha. ona ona...
tapi dengan semangat membara nak menyanyi. jalan berjaya dicari. siap masuk kat lake garden, pusing kat parlimen. hahaha. klu lambat datang, bilik yang dah book kol 3 tu kira batal. fuh lega sempat. hehe. tapi klu nak book kena ada kad redbox ok (eh bukan kad aku a :) )
BIRTHDAY SUPRISE hari tu gak 26/7/2009 birthday si ila @
amoi. aku ngan aini dah plan dari minggu lepas nak buat suprise party untuk ila. so pagi sabtu tu masa kat umah ona, kiteorang buat-buat tak ingat la birthday dia. sms asek masuk je kat hp dia dari pagi, aku rasa ramai wish bday dah.. tapi kiteorang buat tatau lah.. bagi sedih sket (eh ko sedih ke ila? )
so ona, radia n ila dah naik dulu, aku ngan aini gi carik kek. orang kedai tu siap nak offer lilin 28 batang. kejam tak? haha. comel tak tulisan kat kek ni. siap ada
18 lagi tu, ala-ala tulis dalam blog. ni aini punya idea. jenuh nak explain kat orang kedai tu nak buat strike tu.. hehe.

pastu naik kat redbox (tingkat 8), bagi kek kat kaunter tu. pastu staf situ kata soh je waiter anto. pastu siap boleh ada birthday song lagi kata dia. pergh redbox ria TERBAIKLAH!!!
so bila staf tu nak masuk, tiba-tiba ila sebok gi amik air. si ona la ni, pegang mic tamo lepas.. haha. lagu abba la, dancing queen lah. (ampun ona).. hehe. pastu aku soh staf tu tunggu sat. bila ila masuk balik, dia pon muncul kat pintu cermin. siap buat isyarat kat aku dah bleh ke? hehe. pastu tiba-tiba kiteorang tengah asyik nyanyi,

kat skrin tv karaoke keluar tajuk lagu HAPPY BIRTHDAY. pastu siap salahkan radie main remote control. "ko ni radie, awat tukar-tukar lagu".. haha. siap nak belakon lagi tu. haha. TERBAIKLAH KORANG!!!
pastu datanglah staf yang telah diajak berkomplot.

tengok muka ila. ha ha ha. jelas happy kan? eh dah tua pon happy ke? kakakaka..yelah kan, I AM OLD but I AM HAPPY kan kan kan? ;)

kiteorg pon menyanyi lagu happy birthday dgn gembiranya. dah makan kek dengan happy walaupun sedar kek itu mengandungi kolestrol yang tinggi.. muakakakakaka

bergambar kenang-kenangan. semua 4 dara pingitan, klu nak kem salam sila tinggalkan di ruangan komen dan nyatakan kod yang mana 1, dari kiri A001, A002, A003, A004..hehe (eh tapi betulla, serius ni)
kalau nak kem salam yang 2 dari kiri ni dah terlambat otey ;)..muakakakaklepas tu terus sambung lagi menyanyi. 3 jam kau, dari 3-6.. haha. sorang RM18 jek. pastu lagu kat redbox ria ni memang lagu-lagu terbaru. the climb hannah montana pon ada, taylor swift ada. memang TERBAIK (eh dah ulang terbaik baper kali daa)
pastu ada jajan-jajan buffet, kerepek ubi pedas, masin, pelbagai perasalah.. air memang banyaklah. bleh makkan kat bilik. makanlah sampai kembung. slurpy pon ada. gila banyak mengunyah kerepek, sampai berangin perut aku ni bila malam. haha. tapi memang best a kat sini. tengok family-family pon ramai datang. memang gila release tension menjerit. siap naik-naik atas sofa lagi. buat malu je cctv rakam wei. aini la mengajo.. haha. aini gak nak disalahkan.
last skali nak gak interprem muka yang 'penuh'.. ngeh ngeh ngeh...

model redbox tak berbayarp/s : ila, sila amik gambar-gambar kat atas ni & updet blog ko.. (
ona &
aini pon dinasihatkan juga perkara yang sama) hehe
hot celebrity : betul ke megan fox lelaki? woho try baca
sini