Showing newest 11 of 19 posts from June 2009. Show older posts
Showing newest 11 of 19 posts from June 2009. Show older posts

mari mengedit


setiap awan mendung mempunyai garisan kelabu?


air mata di gitarku


ini AKMAL punya cerita


akmal & gitar


kaulah musik kehidupanku...v(^_^)

sekarang ni aku tengah dengar seminar kat PICC, Putrajaya. Seminar Memperkasa Keselamatan ICT. tapi aku taklah edit gambar-gambar kat atas ni masa seminar. mau kena tuduh tak dengar langsung seminar ni.haha. ni aku buat semalam masa boring-boring kat rumah. flight aku kan petang. so pagi tu memang banyak masa di depan lappy kat umah.

sumer ni gambar-gambar outdoor kat tasik bersama adik shizukana jun .. untuk makluman dia tak ponteng sekolah ok..hehe. dia dipaksa oleh kakak dia pakai baju sekolah dengan mengumpan dapat main game kat internet + ayam radix. ternyata umpanan dia berkesan. hehe. siap ada props gitar tu. cayalah.

sumer aku edit dengan picasa, just crop sikit, saturation sket, ada yang warmify sket, pastu just add text.

aku rasa aku lagi suka a amik gambo outdoor. lagi relaks, tenang dan fokus. hehe. gambo orang kawen ni adoi penatnye tatau lah nak cakap. dengan berat badan yang tak mengizinkan ni lagilah sukar. hahaha.

ni tengah dengo orang microsoft citer pasal desktop threat. siap cakap internet is now is a directory for criminals. hoho. macam kat facebook tu, boleh je search nak cari orang dok mana, umor baper, nak nak lagi yang letak alamat rumah. pencuri perogol sumer senang nak cari maklumat. sekarang ni pulak budak-budak sekolah dah ada macam-macam, pastu bukan nak 1 je, nak sumer, friendster,facebook,myspace,hi5 la.. sebab segan kalau kawan tanya, ko ada facebook tak? takde? pastu mesti rasa tak kewl langsung. tu yang semua ada byk akaun tu kan.

ha oklah baik aku konsentret sat. macam best jek dia citer ni.hehe


There was something inside of you...

apsal dah lama tak updet blog pastu tajuk entry mesti nak jiwang jek a? hahaha.

aku rasa mungkin terlalu lama menghabiskan masa di jalanan setiap hari masa gi keje. jadi pelbagai lagu-lagu dari redfm, hotfm, erafm sumer dok bertukar ganti. pastu klu dengo lagu-lagu lama yang lirik dah sebati ngan jiwa aku, mesti aku dok melalak siap ngan gaya video klip dalam kereta. haha. pastu bila lirik tu jenis yang emotional tu, macam lagu armageddon i don't wanna miss a thing, angel of mine monica.. mesti nak nyanyi dengan penuh emosi sampai dah ala-ala sebak. apa ke hal? memang tak boleh blah. haha.

tapi takpe, walaupun pekerjaan sehari-hari mengambil masa 12 jam semuanya, keluar 6.45 pagi, smpai rumah 6.45 petang namun aku sangat suka ngan keje aku skarang ni.. maybe sebab keja sekarang ni lebih kepada pengurusan yang berkaitan ngan sistem aplikasi macam portal, sistem hospital information system yang mana aku dah sebati selama ni. bab-bab isi change request (CR) form untuk bagi kat vendor aku memang dah pakar dari dulu. haha. siap aku rasa nak buat sendiri je CR tu rasanya. klu kat ofis lama memang lama dah aku kerjakan. tapi oleh kerana sekarang ni masih terikat ngan kontrak dan tak boleh suka-suki jahanamkan server, so aku terpaksa menahan diri dan redha je isi CR form yang tatau la bila enhancement sistem ni akan dibuat. hehe.

ish tengok tah apa je aku menceceh. mak nenek betul.

hari ni aku tak gi keje. sepatutnya aku tengah drive pegi putrajaya sebab esok aku ada seminar seharian kat PICC. seminar berkaitan keselamatan ict lah gitu kot. tapi oleh kerana aku agak bijak dan mengada-ngada, aku nak kena ada driver. so aku tunggu je petang ni, naik air asia. sejam je dah bleh sampai dengan harapan tiada sebarang delay di situ. insya-Allah. amin. :)

so sebenarnya berkaitan entry sebelum ni, aku berlagak je macam pandai main gitar. sebenarnya tidak pon. haha. dalam mimpi je sumer tu. cuma 2-3 hari kebelakangan ni aku dok mengasah mata dan bakat dalam mengambil gambar. bakat tu? phew phew. hehe. kebetulan kat photoskool terjumpa sorang lady photog area utara ni dan dia open untuk Tag Along, bukan along yang ceti tu otey, ni maksudnya ikut bersama-sama mengambil gambar sambil belajar. ala-ala melancong sambil belajar la dulu-dulu tu..hehe.

hari jumaat tu ada nikah kat area jitra, so aku akhirnya berjaya mengikut shizukana jun untuk ambil gambo.


masa ni ikut pengantin mekap kat alor setar


pantang nampak kasut mesti nak amik..heh


lepas tu nikah kat masjid darul aman area tanah merah,jitra.. aku time amik gambo ramai-ramai mesti fail. aku tak tahu hala tuju. hehe. main taram jek.


for her


pengantin yang cantik berlesung pipit.. safina nama diberi...


betul la bahagia kawen ni..hihi


terimalah wang hantaran ni...(kayo kayo)


taraaaaaa... cincin kami.. hehe.. gambo ni sebenarnya aku amik, si jun yang try pakai kamera aku sebab aku dah blur camne nak amik..thanks jun :)


lepas nikah gi umah pengantin pompuan, outdoor sikit2.. rumah dia cantik, banyak tempat leh buat outdoor..


sangkar cinta..hehe


budak-budak kecik ni ramai betul, sumer sebok nak interprem masa si jun tengah amik gambo pengantin.. so sebagai tak mengecewakan, aku amik la sesnap 2.. pastu sebok plak tu nak tgk..mana gambar mana.. budak2 zaman skrg ni.. hehe


tengok la tu..gaya masing-masing...


wei orang soh amik gambo pengantin, bukan bonsai ni!!!


lepas amik gambo ni cepat-cepat nak balik coz dah dkt kol 7. so esoknya janji nak jumpa ngan jun ni untuk aku bg gambo-gambo aku yang tah hape2 je aku tangkap ni kat dia.hehe. pastu jun ajak outdoor skali kat tasik. dia nak soh adik dia jadi model kid. fuh i like. hehe...

thanks a lot jun. best dapat banyak ilmu + dapat kawan baru yang sehobi.hehe.cakap pon bahasa kamera,eh nak pakai ISO baper, metering camne? white balance? bouce mana flash ni?hehehe... (now i know why the say the best things in life are free :X)

so gambar tu sambung next entry. (saje nak bagi tunjuk rajin updet)..haha

till then, assalamualaikum

p/s : kepada sapa nak tau, gambar-gambar kat atas sumer amik pakai Nikon D40 + 35mm + SB800. aku tak edit pon langsung. segan orang kedah kata :)

now i know y they say the best things are free



He's the reason for the teardrops on my guitar
The only thing that keeps me wishing on a wishing star
He's the song in the car I keep singing
Don't know why I do

yeah aku dah tere main gitar lagu taylor swift teardrops on my guitar versi akustik. jangan tak caya, model kat atas tu aku ok.. haha.. kepada yg slalu nampak aku pakai baju belang-belang sejak dulu kala lagi, mesti dapat sahkan itu aku. hoho. dulu ada orang tu siap kutuk aku keje pam minyak mobil sebab pakai baju belang-belang tu masa turun gunung. siot betul sapa orang tu? :D... seriusla tu aku. korang tak dengo ke kat blog ni tengah berkumandang aku main lagu taylor swift ni? ke tak penah dengo lagu ni? klu tak penah dengo sila jenguk ke blog ned... credit kepada shizukana jun sebagai photog yang amik gambo. credit kepada d40 aku gak, d40 pon boleh maaaa ;) .... nak gak credit kat diri sendiri. hahahaha. aku lama tak updet blog sebab aku gi menuntut la ni. ni baru nak 'show off' apa yang aku tuntut selama beberapa hari tak updet blog. haha. show off tu, riak gila ayat. ayat je dah riak. hahaha.

ok nanti aku wat entry baru tentang apa yang aku tuntut selama 2-3 hari kebelakangan ni. ni saja je nak riak aku jadi model gitar. haha.

eh apa kena mengena tajuk ngan entry ni? haha. *confius macam mana eja confuse. ke kompius?*

sekian,

aku yang kompius camne nak eja confius.. :))

aku puas hati

aku puas hati yang penantian selama 4 musim PRISON BREAK telah tamat semalam. sapa yang tak tengok lagi dan tanak spoil.. sila jangan baca seterusnya ..hehe.. jangan cakap aku tak bagi warning :)



ni antara the most wanted masa musim pertama...musim pertama paling mendebarkan, sebab asek dah sikit lagi nak keluar penjara, ada je halangan. memang berdegup-degup jantung wa cakap lu.. kalah jumpa pakwe hensem debaran tu :)



bagi sapa yang dah tengok episod 22 dan tau apa terjadi pada scofield mesti tak puas hati kan? tapi korang kena tengok episod yang paling last ni, penutup segala penutup. kat situ korang pasti akan puas hati walaupun mastermind tak happy ending.. (perlukah aku spoiled cakap scofield mati? haha)

kat episod terkahir ni, "I never thought i'll be this nervous".."NOW or NEVER" kata scofield.. ingatkan sebab apa... rupanya :)


is this the other half of your team? sambil kamera memandang ke sara tancredi yang sedang tersenyum-senyum ayu...hehehe


akhirnya mereka disatukan...


tapi baru nak bergembira...sara dah kena tahan polis sebab membunuh mak scofield. wohoho...

dan bermulalah episod prison break penjara wanita pulak, dan kali ni sangat pantas dalam 1 episod je dah berjaya keluar penjara. ni semua atas pengalaman keluar masuk banyak penjara. haha.

penah ada 1 ketika, ada orang cakap ngan scofield, jangan buat camni, nanti u'll end in prison.. scofield cakap... "which prison?".. muahahahhahahaha. aku suka!

dan yang paling layak mendapat gelaran pelakon paling berkesan adalah t-bag.. sebab kejahatan dia memang melampau. haha. sampai akhir episod, scofield dah tau yang t-bag ni mmg 'rat'. so dia soh mintak tolong t-bag hidupkan fire alarm tepat kol 7. masa tu t-bag dah kena sumbat dalam penjara. seperti biasa t-bag akan mintak banyak duit. dan kebetulan si sucre tak sempat masukkan duit yang dicilok dari general. so apa lagi, si t-bag tu buat-buat hebat dan melaporkan pada warden penjara yang scofield soh dia hidupkan fire alarm. warden tu pon dok pk apa protokol sepatutnya yang akan dibuat kalau fire alarm tu activated.. so diaorang tumpu kat situ dan sebenarnya scofield buat keje kat tempat lain. sebab dia tau memang t-bag akan pecah lubang. hahaha. scofield memang genius macam slalu. hehehehhe.



gelaran best friend ever jatuh pada sucre. memang setia dari season 1 masa dia berpakat ngan scofield nak bawak lari duit 1 beg tu... tapi rupa-rupanya time tu t-bag lagi pandai.. beg sucre bawak tu buku je penuh..haha.



aku paling sedih masa last video scofield tu...sebab dia cakap, selama ni diaorang dok hantar mesej not directly, sama ada guna origami, tulisan-tulisan yang tak difahami.. so sekarang ni, purely and simply, i love you both (sara & lincoln).. sedih-sedih. banjir jitra malam semalam.hehe.

MICHAEL J. SCOFIELD
10.8.1974 - 11.4.2005
HUSBAND , FATHER , BROTHER , UNCLE , FRIEND
be the change you want to see in the world




kepada yang tak tengok lagi final ni, flashback apa berlaku 4 tahun.. sila download di sini http://unwanted86.blogspot.com. kat sini korang tau macam mana master mind boleh pergi dan sebab dia buat keputusan camtu.

pheww lega. dah betul-betul abis v(^_^)

Happy Birthday Cekkeya

ni penutup untuk sambutan hari lahir sedunia adik beradikku...

20 Jun, birthday cekkeya yang sekarang sedang menjalani kursus di india melaka bandar raya bersejarah.

so sebagai flashback, ini sambutan yang telah diadakan tempoh hari bertempat di Sg. Sarang Buaya, buaya tidak dijemput, harap maklum :) (stop it tak lawak!!!)


the cake


the food & beverages


the party organizer


the sponsor


the singing part.. cekkeya yang bertudung krim di tengah sekiranya berminat nak tau


the funny part.. too loud la auntie!!!!


the blowing part... gambar orang lain terpaksa dicrop atas sebab-sebab kesilapan teknikal..haha


the birthday card.. from husna to all


aunt..thinking of you...fuh terharu


nice drawing husna... boleh usaha lagi untuk lukis lebih lawa di birthday akan datang... hehehehe

You're a special aunt
that's why
especially
on your birthday
you're thought of
with so much love
and wished
so much happiness

Have a wonderful day
& Happy Birthday



husna with her favourite auntie ever .. haha. not so favourite ekceli.. she loves auntie awa the most... hehe.. takpe ada can tekel adik husna plak lepas ni ;).. haha.. muka terlebih tepung gomak akibat bedak & sinaran flash... hehehe


the photographer - yang belakang bonceng tu..hehe


sambutan diteruskan ke BP Mall, husna with auntie cekkeya


husna berjaya memujuk uncle clown supaya buatkan dia balloon lolipop.. "please uncle, please"


lastly, ucapan buat cekkya... HAPPY BIRTHDAY ke 22.. smoga lulus ujian kat melaka tu dengan flying colours.. smoga dapat kerja yang best & bleh blanja kitaorang sumer.. hehe.. semoga urusan dipermudahkan... semoga panjang umo & murah rezeki... amin

ikhlas tapi jauh,

kakakmu yang baik lagi cantik v(^_^;)

kaseh aileen irdeena

alhamdulillah, setelah penantian dari 4 jun aritu, si zizileenda telah selamat melahirkan baby gal seberat 4kg secara normal (fuh), anak ke-3 selepas 2 hero yang hensem... jam 4.45 pagi tadi @ klinik pakar subang permai. nama seperti di tajuk entry. ha mula la tu tengok tajuk entry balik :)

tahniah leenda & family... semoga kehadiran baby gal ni menambahkan kebahagiaan & rezeki buat kalian (wah macam ucapan dalam kad raya tak?). semoga cepat sembuh & kembali aktif memasak dan berblog seperti selalu...


sekadar gambar hiasan.


dan tak lupa, kelahiran kasih aileen irdeena sama birthday ngan adik bongsu aku si Aida Mastura.. bleh share kek ngan kami ok :)... oh adik happy birthday.. kalau adik baca blog ni, nanti call akak ek, boleh la wish... hehehehee


si aida mastura, yang bertudung turqoise.


pic credit : mama husna
cake pisang sponsored by : husna & family

semua muka 'penuh' dah. memang dasar adik beradik. haha. membesar bersama-sama. jaga-jaga husna... 20 tahun akan datang ;)

Puncher With Ruler


Penebuk Lubang Kertas dengan Pembaris Built In


aku memang jakun. sebelum kena kutuk baik buat ayat pengakuan kan? hehe.

sebelum ni aku selalu kena lipat dua kertas A4 untuk pastikan lubang yang ditebuk adalah betul-betul center dan boleh dimasukkan dalam fail dengan baik. seingat aku idea melipat kertas dua ni diajar oleh kawan aku masa kat matrikulasi banting, si shahriny. there must be a first step to everything kan? :)

oh ya, tabiat melipat tu pon aku teruskan sampai la baru-baru ni, bila sampai ke ofis sekarang ni, aku dibekalkan dengan set puncher yang mempunyai pembaris. HEBAT! aku tersenyum dan bersorak kegembiraan di dalam hati. aku kini tidak perlu melipat-lipat kertas sebelum membuat penebukan kertas. haha. ruler ni siap ada pelbagai saiz kertas seperti A5, B5 dan banyak lagi.

satu lagi, korang tau tak, kalau katakan nak buat buku kecik macam aturcara majlis tapi ada lebih dari 1 helai A4 yang dilipat dua, cara paling senang untuk staplerkan 2 helai kertas tu adalah meletakkan pemadam di belakang kertas, maka dengan cara itu stapler akan terbenam di dalam pemadam dan lebih mudah ditanggalkan. berbanding jika korang staplerkan atas meja ke, atas bangku ke... teknik aku tak berapa ingat sapa aja, tapi ini masa kecik-kecik dulu lagi dah applykan...

small thing but it was a great invention. small step but with big impact. i like :)

Mimpi & Tol

boleh semalam aku mimpi siti nurhaliza tengah nyanyi, pastu dia try tarik gila tinggi.. tiba-tiba ada sedikit sumbang.. pastu dia teruskan nyanyi ngan kewl... sambil tersenyum-senyum comel.. haha.

ada sapa-sapa pandai tafsir mimpi? adakah ini tandanya aku jeles suara ct sedap gila dan berwajah selamba bila tarik nada tinggi, oleh itu aku terbalikkan keadaan menjadi suara dia tak sedap bila tarik tinggi.. hahahahahahha.

tapi aku rasa ni mesti gara-gara si yuzie dok cakap semalam kat YM yang klu mekap artis mekapkan, ****** pon boleh jadi cantik macam ct bila aku cakap muka dia cam aida aris masa dia photoshoot kat studio beberapa tahun dulu...... hahaha

bercerita pasal tol pulak... setiap hari aku akan menggunakan PLUS dari Hutan Kampung ke Sg. Petani Utara untuk pergi dan balik keje yang mana sehala RM8.80.. so kira-kira dalam sebulan, dekat RM400 la akan dibelanjakan untuk tol sahaja. maka nak dijadikan cerita, semalam dok citer-citer ngan ofismates aku pasal tol-tol ni.. aku pon tanya camne nak lalu jalan dalam.. dia orang kata straightttttttttt jek... so semalam, tiba-tiba tergerak untuk mencuba... keluar ofis dalam 5 suku, pastu meneruskan perjalanan lalu jalan dalam... dan sepanjang perjalanan aku dapat tengok banyak nama tempat yang sebelum ini tak pernah aku tau... tg. dawai la, muzium arkeologi lembah bujang la.. hutan rekreasi pon ada... sungguh mencuci mata. pastu kat tepi-tepi jalan pon banyak gerai-gerai kecik jual macam jagung kukus la, itu antara yang menawan mata dan perut laparku.. balik nanti mesti singgah :)...

jalan dalam ni elok je, cuma takleh nak cepat la.. ada lori la, trefik lite la.. selalu kat tol aku merempit dalam sejam aku bleh sampai kat pintu rumah. so bila lalu jalan dalam ni, jam telah menunjukkan ke angka 6.30, tapi aku masih di alor setar. hehe... so nampak je signbod ke highway dari alor setar, aku terus belok kanan.. keluar kat alor setar selatan.. straight ke tol hutan kampung...

dan yang paling best.. tol hanya RM1.40.. wah penjimatan tu. bila dikira-kira balik.. tol sehari hanya RM8.80 + RM 1.40 = RM10.20... maka aku dapat menjimatkan lebih kurang RM200.. maka bolehlah aku membeli baju, kasut,tudung, tayar kereta.. haha. cuma apa yang perlu aku korbankan adalah masa lebih kurang setengah jam lagi, itupon kalau aku tak singgah di setiap gerai di tepi jalan..hehehe.

kalau nak jimat lebih, aku kena gerak pukul 6 pagi. maka boleh lalu jalan dalam sepenuhnya. tapi aku rasa aku tak sanggup... kalah penoreh getah! (eh tapi penoreh getah rasa mesti lagi awal kan bangun..huhu..siap pasang torch lite kat helmet)..

oklah tu kan, dalam hidup takleh terlalu merungut... kena cuba carik solution untuk mencapai target. jangan asek salahkan keadaan, berusaha untuk masa depan yang gemilang.. (dan dan gemilang).. hehe..

apa pon lama tak buat ayat ni, berusahalah!!! ganbatte ne! q(^_^)p

T____________________T

lama gila tak updet blog, nampak sangat nak riak dengan menaip 71 perkataan seminit.. kira dalam 1 second, aku leh menekan lebih dari 1 huruf... fuh. dah dah jangan riak.. haha

kat sebelah ni gambo whiteboard kat ofis baru aku.. sila call aku di no tertera jika hendak mendapatkan nasihat-nasihat berkenaan kesihatan. tapi kepada yang tatau nama penuh aku, jangan sesekali cuba untuk call dan nak mintak sambungkan pada puan kuizikel... aku sontot karang!



pagi tadi aku buat projek meronda kat hospital dengan membawa dslr. orang kat hentian teksi siap panggil aku, ingat aku AJK Sinar (Buletin kat hospital ni).. siap mengadu tade pelanggan.. haha. pastu aku gi kat Balai Pelawat, ada akak tu panggil. dia cakap dah 2 malam ada kecurian kat Balai Pelawat. haha. dengan berbaju kurung benang hitam berwarna pink dan bertag ofis, ada gaya paparazi kot aku ni :)



mari-mari naik teksi...


pastu aku sorang2 gi kat gate depan, dekat jalan raya besar.. oh lupa, aku sebenarnya nak amik gambar-gambar baru sekitar hospital ni untuk update laman web hospital ni. nampak sangat zaman silam siap ada tarikh pulak kat gambar-gambar dalam laman web ni.. hehe. tak setaraf dengan status hospital IT. sib baik kat carta organisasi IT tu tade muka aku. klu tak lagi ketara sapa yang tidak mengupdetkan. hehe. takpe, bagi aku sedikit masa, akan ku abadikan gambar-gambar indah dengan design yang gempak... (haha cakap berapi!!!)

kalau korang nak tau, kalaula nak tau.. klu tanak dah.. jangan baca... hehe. hospital-hospital baru ni, macam kat sungai petani, alor setar, ampang, serdang, sg.buloh, selayang, bangunan dia datang sekali ngan sistem IT. maksudnya masa tender tu sekali dalam pakej la.. so sekarang ni, owner sistem ni adalah JKR.. sistem IT kat sini merangkumi semua la... pendaftaran, diagnosis, book katil sampai caj sumer pakai sistem. aku pon tak penah tengok lagi kat wad, tapi diaorang cakap sumer nurse & doktor klu round wad akan usung laptop atas troli. so semua nota-nota dan apa-apa berkaitan pesakit diaorang akan key in. so bayangkanlah berapala lama leh tahan laptop2 ni bila digunakan 24 jam... hoho. dalam tahun depan sistem ni akan tamat warranty, lepas tu baru akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.


dari pandangan depan... oh hospitalku maju jaya :)



kalau korang ada helikopter, boleh la datang melawat aku kat sini... ;)


inilah dia hospital yang kusayangi..hahaha


cukup besar tak signbod?


gila penat aku amik gambo. busuk 1 badan. hehe.

patutnya petang ni nak sambung amik gambo-gambo lagi. tapi aku rasa penat lah. takpelah esok masih ada kan? :D




Mahu Jadi Penaip Handalan?

71 perkataan

Speedtest


kat atas ni setelah cubaan ke 3... cubaan pertama 64 perkataan seminit, ke-2, 67 perkataan seminit...

setelah cubaan ke-3, 71 perkataan seminit, aku dapat posisi 1478 dari 121083 dalam senarai kedudukan... kena banyak prektis lagi aku ni untuk naikkan ranking. hehe. tatau la macam mana laju orang yang rangking no 1 ni ek....

cuba test korang punya tahap dewa menaip..hehe. ada yang slalu menaip kat YM! gtalk! laju semacam jek, siap bleh tutup mata.. cuba yang ni camne lak? pastu jangan lupa update kat sini k :)

ujian ini juga boleh menghilangkan perasaan kantuk di mata v(^_^)

p/s: klu tak dapat banyak jangan sedih, kena lebihkan chatting usaha!

HAPPY BIRTHDAY TO U - 10 Jun

harap jangan boring, bulan jun ni akan ada banyak topik birthday .. hehehe..

just a short one...



anak tokey bas yang terkenal semasa zaman kegemilangan suatu masa dulu


HAPPY BIRTHDAY TO ABANG AM @ ANAK WAK KAPI no 1 @ PAPA HUSNA @ HUSBAND KAK AINEE @ ABANG KEPADA 4 ADIK PEREMPUAN YANG CANTIK JELITA..

smoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan... & bahagia bersama-sama kami (ceh nak gak diri sendiri dalam ucapan)...  :)

terima kasih atas segala pertolongan, tunjuk ajar, smash akak pakai shuttle cock badminton masa kecik-kecik dulu, lari tinggalkan akak sorang-sorang kena marah lepas sama-sama pecahkan frame gambar masa main bola dalam rumah. bola tu kita beli share duit kat kedai cina lokek dan akhirnya bola tu kena potong pakai pisau pemotong daging oleh arwah mak. haha.ok citer yang baik lak.ajak main guli sama-sama, masukkan akak dalam geng main combat.belanja makan. bagi duit raya walaupun akak dah keje. belanja jeans levis walaupun sekarang dah tak muat jeans tu. (;_;) sob sob......hmmm. banyak lagi la klu nak senarai. simpan untuk birthday taun depan lak. hehe

do not stop being our big & long brother...we lap u lah :)