Posted on Sunday, December 27, 2009 · 9 Comments
Like it or not, people are making decisions about who you are in the first few seconds that they meet you.
Kali pertama berjumpa seseorang, tanpa kita sedari, kita pasti akan menganalisa personaliti seseorang. Sombong ke dia, peramah ke dia, comel ke dia, bla bla bla.
Kadang-kala kita berharap, orang yang kita bakal jumpa seorang yang peramah dan mudah tersenyum. Tapi tiba-tiba, dia hanya menghulur tangan bersalaman dan riak wajah tidak seperti yang kita harapkan. Patutkah kita melabel seseorang itu SOMBONG hanya dengan pandangan pertama. Mungkin orang tersebut seorang yang peramah jika kita dapat berpeluang berborak dengan lebih lama. Tapi macam mana kalau pertemuan pertama itu tidak disusuli dengan pertemuan seterusnya? Pertemuan yang mungkin dapat mengubah persepsi pertama kita terhadap orang atau persepsi orang terhadap kita. Pastinya label 'sombong' itu akan terlekat selama-lamanya. Itu yang aku simpulkan sebagai power of a 'blink'. Kekuatan pandangan pertama.
Aku juga pernah dilabel sombong oleh rakan sebilik semasa di tingkatan 4. Ni gara-gara aku berjalan di dewan makan tanpa memandang kiri dan kanan. Masa tu dikatakan mereka senyum kat aku, tapi aku buat 'donno' jek. hahaha. Jadi, adakah aku perlu marah sekiranya mereka melabelkan aku sombong.
Tiba-tiba hati terdetik, pasti aku pernah membuat orang berperasaan begini ketika pertama kali jumpa. Kenapa tiba-tiba nak rasa sensitif bila terasa orang yang baru pertama kali jumpa berperangai sombong. Mungkin dia tak perasan yang dia berperangai atau bercakap sombong, seperti aku yang tidak perasan rakan sebilik sedang tersenyum sampai ke telinga ketika berselisih bahu di dewan makan suatu masa dulu.
Atau ini menunjukkan perubahan usia atau perubahan hormon? Dah tua-tua pon nak sensitif. hahaha.
Juga sebagai peringatan kepada aku, the power of 'blink'. Be nice to everybody because maybe someday,somehow, you will
p/s : ada orang faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? :))
UPDATE :
dari pembacaan komen-komen, aku rasa mesti ramai yang tak faham apa aku cuba sampaikan. haha. dalam situasi ni,aku yang tiba-tiba terasa seseorang itu 'sombong' on first impression. lantas keluarla ayat yang kutujukan kepada diri sendiri 'Atau ini menunjukkan perubahan usia atau perubahan hormon? Dah tua-tua pon nak sensitif. hahaha.'....
hehe faham2. skali pikir kan Kui.., prangai cenggini kekadang terhasil drp mereka yg suka mgumpat huhu.. (ada jer topik yg diaorg nak ngata) org jln tunduk tak prasan senyum pun nak sensetap hahaha...
p/s: actually dulu saya pun biasa kena mcm Kui..
i believe your are cool lady
just be positive!!
first impression of u: wahh tinggiii. sangat jeles... heheheh.
seriously, hanya mereka yg prone to think bad of others would make negative judgements on first impressions..
hmm bila kita nak jumpa ek...nak tgk ko ni sombong ke dak?
kalo baca kat blog..mcm peramah-ramah.
ko sombong ke kui? rasa aku macam TIDAk jek (he he he)'
gelak sokmo ada lar, kan
aku pon phm..juz trust ur insctinct babe thdp org yg ko rse -re or +re tu. ko phm? hehe..
nobody's perfect rite..?
kui - tolong ler betulkan balik blog tu hahaha. wa terdelete n ingat nak letak gambar lain :)
ada jugak org kata ko sombong eh..
aku rasa ko dah abis kepoh dah, heheh..