hatiku tertinggal di Masjid Al-Bukhari
masa awal-awal tahun dulu, kak uda ada sebut yang mungkin dia akan shoot wedding kat jitra. kak uda ni dulu Official Photographer (OP) masa kawin aku kat BP. dialah inspirasi aku mula-mula untuk membeli dslr ni. aku suka tengok gambar-gambar dia amik, walaupun masa awal-awal tu, dia tak beli lagi dslr, pakai kamera kompak pon lawa-lawa gambar dia. pastu aku suka tengok editing gambar-gambar dia, buat collage, sumer sangat kemas dan sangat nice. i like. pastu bila dapat tau dia dah start membeli dslr dan start belajar ke kelas sana-sini, aku dengan pantas membooking dia jadi OP. sungguh yakin dengan kerja tangan dia. dah la jauh kat kuantan, aku nak gak dia jadi OP. hehe.
eh ok offtopic plak, so berbalik kepada dia shoot wedding kat jitra, akhirnya memang dah confirm, dan aku dengan tak malu dulu mintak nak ikut. saje nak tengok cara-cara profesional mengambil gambar. curi-curi ilmu sikit. hehe. walaupun dalam hati segan la gak.. (aku kan pemalu, hahaha)...
so semalam, pasangan ni nikah kat Masjid Al-Bukhari, Alor Setar, Kedah. diaorang semua cakap dekat ngan GIANT Alor Setar, tapi aku ni kan memang buta jalan, maka aku selamba je redah, siap sesat. tanya kat Pak Guard kat bangunan mana tah, dia tunjuk la jalan. sampai-sampai je k.uda & a.wan dah sebok snap snip sana sini. rombongan pengantin perempuan dah datang... aku pon malu-malu mengeluarkan kamera comelku. haha. kamera diaorang semua besar gedabak. dengan lens yang panjang gila. oh terasa comelnya diri aku ini.. kakakakkaka... Masjid Al-Bukhari ni memang cantik architecture dia, bak kata kak uda, rasa tamak nak amik gambar kat semua tempat, tapi masa tak mengizinkan... aku siap dah suggest ONA & NED supaya kawen ngan orang utara supaya boleh shoot outdoor kat sini.. hahaha. AMOI klu baca ni, ko pon aku suggestkan... hahaha
dalam kol 10 majlis nikah dah mula. aku pon snap snip sana sini. k.uda pon di samping kesibukan dia ambil gambar, sempat gak bagi aku tips-tips setting kamera. dia tengokkan gambar aku pastu komen. focal length, shutter, ISO. ah sudah. aku angguk-angguk sahaja dengan muka yang agak-agak blur. hahahaha. aku tau tapi tiba-tiba rasa lupa semua. kalah nervous pengantin yang nak nikah. hahaha. aku guna Aperture mode jek, aku tak belajar lagi nak guna Manual mode. long journey to go right?
oh pengantin ni nama Aida & Amri. pengantin perempuan cantikkkkkk... ala-ala kris dayanti bak kata kak uda.. dengan wajah yang naik seri & lemah gemalai... memang ratu seharilah.
malas la nak citer panjang, layan gambar je lah.. oh last skali, thanks kat TINTACREATIVE selaku OP majlis ni sebab bagi aku ikut. sape-sape nak kawen, sila book mereka cepat, anda pasti tak menyesal. pastu silap-silap anda boleh terjebak skali dalam bidang fotografi ni.. hehehe...

majlis al-bukhari.. oh hati ku tertinggal kat sini

oh rasa romantik gila bila gambo kat sini a..

cantik kan, comel kan?

tutup mata pon still ayu.. yang ni ada ala2 KD tak?

happy moment

aku skodeng time OP tengah buat kerja.. hehe

ni pon skodeng celah ukiran kat pintu... haha
oh dah lambat, dah janji ngan ned & anak-anak nak gi Pusat Sains Negara... bukan kat KL yer, kat Alor Setar je.. nantikan next entry ;)

majlis al-bukhari.. oh hati ku tertinggal kat sini


cantik kan, comel kan?

tutup mata pon still ayu.. yang ni ada ala2 KD tak?

happy moment

aku skodeng time OP tengah buat kerja.. hehe




Aa comella dia!;)
Nway mmg chantek all the pics, i likee..klu ko lg long way to go.. aku lg la long long long long...hihihi tak pe chayo!
P.S chantek masjid tu ngan landskap dia skali..mcm kt timur tgh plak.:D
cantiknya masjid tu.. ni yg buat rasa nak kawin balik nih hehehe...
Cunnnnnnnnnnnn KUIIIIIIIIIIIII
Tone color tu menarek wei
wah konyer shots pun dah cun.
errr aku tak penah pun buat or pegi apa yg ko tulis tu..
1 hari balik pendang aku kena buat laa
cun cun gambo...aah pengantin mmg lemah lembut..family pon baik2 belaka...hoho...
mesti kena outdoor kat sini sbb masjid sama dgn nama bapak aku..ahahaha...oh byknya wishlist outdoor...