Posted on Sunday, December 13, 2009 · 16 Comments

Cabaran Kepada Diri Sendiri
Tarikh Mula : 17/10/2009
Walaupun dah hampir 2 bulan dari tarikh cabaran, saya baru mengambil 1 kotak jusmate 5 (20 sachet). 2 minggu pertama, setiap hari bekerja (ahad-khamis), saya ambil dengan penuh teratur. Hasilnya, 1 minggu saya dapat turun 1 kg. Walaupun angka 1 kg tu memang nampak kecil berbanding saya tengok testimoni-testimoni lain yang turun 5-6 kg seminggu, saya dah bersyukur. Selalu angka kat penimbang tu selalu naik, 1 kg turun seminggu dah berbaloi rasanya.
Kebiasaannya setiap hari bekerja, saya mengambil sarapan pagi bihun goreng RM1. Patut Dr. Rozmey pesan, cari nasi lemak/bihun 5 kupang. Tapi zaman sekarang tade lagi daaa bihun 5 kupang.. hehehe. Dalam pukul 8-10 saya akan bersarapan pagi. Pukul 1 kebiasaannya saya akan mulakan ambil jusmate5 bagi menggantikan makan tengah hari. Kena kosongkan perut 2 jam sebelum makan jusmate5 dan 3 jam selepas. Tu kena ingat, kalau tak nanti kurang berkesan.
Bila petang balik kerja, saya kadang-kadang makan sup sayur, bihun sup atau biskut sahaja. Tapi bila ada hari-hari yang tiba-tiba lapar gila, saya bantai gak makan nasi... hehehe. Tapi pastikan nasi tu sesenduk je lah yer.
Hujung minggu pulak saya selalu cuti makan jusmate5.. hehehe. maklumlah duduk kat rumah. Makanan baaaaaaaanyak. Tapi makan berpada-pada la. Kat otak ni dah set, penat turun 1 kg seminggu, kang minggu depan naik 2 kg, tak ke naya? Pastu ingat dah beli jusmate5 mahal-mahal ni, rugi kalau hangat-hangat tahi ayam...hohohoho.. Air masak tu memang kena selalu minum, nak bagi sel-sel berada dalam keadaan aktif katanya.
Bila masuk minggu ke-3 dan ke-4, ada saya skip sehari 2. Sebab ada hari kena pegi training bola jaring. So kurang plak tenaga nak melompat sana-sini. Kira ganti ngan peluh yang keluar tu seimbang la harapnya.hehehe.
Setiap hari Ahad saya pegi timbang kat shopping complex. Guna mesin penimbang yang sama. Nak beli sendiri tak terbeli-beli. Last-last masukkan 2 kupang, terus nampak angka. Memang setiap minggu konsisten turun 1 kg. Lega. Dalam hati berharap-harap turun la 2 kg ke, tapi tak gak... haha.
So hampir sebulan, saya dah turun hampir 4 kg. Tu pon memang ada skip la kan macam saya citer kat atas tadi. Badan pon dah rasa ringan. Orang pon dah tegur ada sedikit 'slim'. Sedikit pon jadiklah. hahaha. Tapi masih belum sampai target lagi. 62 kg 62 kg.. hohohohoho...
Bila masuk minggu ke 5, saya stop sekejap. Ni gara-gara ada kursus seminggu kat KL. Bila kursus, segan la plak nak bawak jusmate5. Jadi makan la tengah hari, tapi dengan kadar yang berpada. Otak ni dah dok set, oh makan jangan banyak sangat weiiiiiii... Kalau dulu memang dok bantai je sekali belum sendawa, selagi tu la sumbat. Kadang-kadang dah sendawa pon sumbat lagi.. hahahaha.
Ada yang kata memang la tak makan nasi, tak makan selalu, minum air boleh la kurus. Macam tu buat pe minum jusmate5 kan? Pada saya, kalau dulu dari awal tahun bercita-cita la nak diet, tapi camtu gak la, takde nye turun berat, makin naik ada. Bila ada produk diet ni, kita semacam ada satu semangat untuk buktikan kita boleh turunkan berat badan. Sambil tu kita jaga pemakanan kita. Memang itulah yang sepatutnya, amalkan pemakanan yang sihat. Tak kira walau produk diet apa yang kita makan, kalau tak jaga pemakanan memang tak jalan. Tak caya tanya orang yang pernah turun lepas tu naik berganda-ganda (En M <- bukan nama sebenar).. hehehe.
Sekarang ni saya belum sentuh lagi kotak ke-2. Saya cuba berdiet secara semula jadi. Nak tengok boleh ke tak tanpa produk. Saya cuba kawal pemakanan, sekali makan tu jangan seperiuk, hehehe. Nasi saya makan gak tapi berpada-pada la. Walaupun agak lambat turunnya, angka penimbang tu macam statik je bila tak makan jusmate5 ni, tapi turun gak akhirnya. Lega. Saya pegi gak kat shopping complex tu walaupun dah beli penimbang. So far bila timbang petang tadi, dah 69.5. Bila timbang kat rumah, berat saya dalam 68. Macam kurang 1 kg daripada shopping complex. (Update : tadi timbang kat klinik diet, berat 68 woo, maksudnya penimbang kat rumah tu kira hampir tepat la..hehehe)
Apapon, rasa nak tersenyum lebar je sebab dah sampai angka 6. Hip hip horey!!!! Wish me luck everybody!!!
Ikhlas,
K (bukan nama sebenar)
petikan dari kawandiet
gud luck K. Sy dah kurus dah. Diet extreme x mkn nasi & cabo lngsg..
chaiyok..chaiyok.. kepada K-bukan nama sebenar tuh....:P
wah... tahniah tahniah tahniah..
go go chaiyok K!!!
usaha lagi...ada harapan maju <--nota selalu cikgu tulis lam buku latihan..huhu...
saya pun makin kurus jugak.skrg berat saya 51kg. sebelum berkahwin pun tak dapek berat ini. rahsianya?? saya ada mesin penyedut kalori/lemak saya. nama mesin tu 'aiisya najwa'. ngeh,ngeh,ngeh...cik K, sila buat mesin penyedut lemak dengan cepat. saya doakan! Usaha Pasti Jaya. Amin!
masuk la the biggest loser asia hehehe sure k (bukan nama sebenar) akan bertambah kurus dan dpt memenangi hadiah USD100,000 heheheh :p
wah, saya kagum la dgn puan k nih. ahhahaha saya makin naik laaa. camne nih puan k? ahhaha
waa.. dah turun?
sesia aku racun ko makan mee sup utara hari tue yer.. x berjaya jugak aku mengagalkan usaha murni ko nie.. hahah (^^i)
wah..caiyok2...
leh jadik sumber inspirasi..
diet aku xmenjadi2 lagik nih,..haih*
encik A taknak kurus, tapi maintain. Adakah menggunakan diet justmate ni boleh kurus ?
ekekekek..gile ati akak sbb akak pun berangan nak kurus gak, maklum le rendang je orangnya tp buat masa ni kerana masih menyusukan anak terpaksa le korbankan kecantikanku <-alasan boleh terima tak?
kak bis^ler ni^
gudluk KUI
ni pengikut dr rozaimi erk
Moga kekal slim.......
keepiruPPPPP
hehe... prempuan knala kuat diet sikit kan? xpe diorang cpat slim.. hehe ______ salam maal hijrah, kepada semua yang membaca mesej kecik ini
Tahniah kpd K.;D
thn baru ni aku pon nk try diet jgk la...:)
akak diet secara semuajadi. dlm masa 3 bulan akak turun 11kg. teruskan usaha adik. pasti berjaya. semulajadi lebih baik. gudluck.
Nak kurus tanpa berlapar? saya ada rahsianya..jom cuba ;)
http://mamacergas.blogspot.com/2011/10/3-supplement-asas-bagi-yang-mahu.html