12 Perkara mesti buat bila berada di Kedah

12 Perkara mesti buat kalau berada sekitar Jitra/Alor Setar... untuk makluman, item diletakkan secara rawak dan susunan tidak menggambarkan tahap keterujaan setiap item. hehe


1. Minum air kelapa yang dicampur hirisan limau sunkist.
2. Makan pisang goreng sedap kat taman perumahan indi. nama sebenar taman tidak dapat dikenal pasti. ada yang kata dekat ngan Aneka sedap lagi.
3. Makan burger lebai (hari Jumaat Sabtu gerai tutup)
4. Mandi pool kat Darul Aman Golf Club
5. Naik itik/berkayak/bot kat Tasik Darul Aman
6. Pegi Pusat Sains Negara Wilayah Utara
7. Pegi Muzium Padi
8. Pegi Taman Rekreasi Gunung Keriang
9. Makan bihun sup utara daging + ayam + perut kat tandop
10. Makan char kuew teow Ghani
11. Makan Radix FC
12. Melawat kedai jusmate5 Dr. Rozmey (muahahaha)

Item No. 6 - Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Selamat Datang ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara

lepas zohor hari sabtu, aku mengangkut ned & the geng (adik + 3 anak buah) ke Pusat Sains Negara kat Alor Setar. aku pon dengo dari anak sedara aku, kat situ kira bolehlah katanya untuk jalan-jalan. dengan berbekalkan ingatan ingat-ingat ayam, dan sambil penumpang dihidangkan dengan air kelapa sedap seperti di item no.1, kiteorang pon redah je. signbod kan ada. hehe. berjaya gak sampai walaupun ada sedikit salah lorong. terpergi kat item no.8, taman rekreasi gunung keriang. so kira konon macam dah pegi la taman rekreasi tu walaupun sampai kat pintu gate.. haha. mengelat betul.

sampai-sampai je kena isi nama kat kaunter. FREE OF CHARGE je buat masa sekarang ni. rasanya memang tengah promosi kot. so jimat.





haha. bila naik atas je, perkara pertama yang dilihat adalah kereta proton. buatan malaysia. hohoho. dengan spare part yang bergantungan. sesiapa yang tengok kereta ni dengan penuh teruja, bermakna anda ada potensi untuk bekerja dengan proton. aku tak minat, so aku terus masuk dalam, hehe.

masuk dalam je, anak buah ned si tasneem & najla terus berlari-lari. budak-budak kan, nampak benda yang boleh diketuk, mengeluarkan bunyi dan boleh ditekan-tekan memang mengujakan. kat dalam pusat sains ni, orang cakap lebih kurang samalah dengan pusat sains petronas yang kat KLCC. aku tak pernah pegi yang kat sana, so not very sure-lah.



prof nana sedang menunjukkan demonstrasi kepada 2 kanak-kanak berbaju ungu yang nampaknya menunjukkan minat mendalam, hehe. beria si tasneem menekan benda alah tu.

lepas dah puas berjalan sana-sini, aku amik turn pegang widaad plak. bagi ned can kena ngorat, sian dia dok kendong anak, pakwe nak ngorat pon tak jadi. aku takpe, haha. pastu kamera aku pas kat dia, dia sambung melayan budak-budak baju ungu tu berjalan sana-sini.

tak lama pas berjalan je, si widaad dah mula kesat-kesat mata, tanda mengantuk la tu. pastu setelah didodoi dalam dakapanku, dia dengan lenanya tidur. hahahaha. lihat betapa berbakatnya aku...



berjaya menidurkan widaad. sian, berpeluh-peluh si comel ni, ned jangan jeles.. haha. sempat tu amik gambo pakai handphone nak bagi bukti dapat tidurkan widaad sebelum mak ngah dia..


lagi skali, haha, saje bagi panas mak ngah dia.. hahaha...bila nak ada anak comel camni... aduhai....


time ni ned yang amik gambar semua...


ketuk apa tu?





peace, model tetap hari ni


rock climbing!


rendah je sebenonya benda alah ni, nampak macam tinggi kan?

masa ni dah jumpa ned & geng yang lain...


rumah ni boleh buat simulasi gempa bumi... best woo naik. tekan butang hijau, siap ada 3 speed gegaran, 1-3 skala richter... haha. nak stop sila tekan butang merah.


widaad bersama ong gedek-gedek versi kayu...bulat mata!







seronoknya najla dapat slide dalam pokok buatan...


adik dah sampaiiiiiiiii....

si najla ni comel sungguh, siap tepuk kepala lagi bila kiteorang soh naik slide lagi skali coz first time tu kiteorang tak dapat capture gambar dia, tiba-tiba je dah sampai bawah.. hehe. pastu klu soh posing je, terus senyum mulut terkepit..hehe





ahli rombongan bergambar bersama penyu...

tengok kat tangan si najla & tasneem, ada buku free, mula-mula tasneem je dapat. pastu si najla merengek nak gak. terpaksa mintak kat brader tu nak isi survey baru dapat buku free.. isi minyak apa dia tanya? aku jawab 'shell'.. eh patut jawab petronas ek? aku tanya balik kat dia.. haha. lupa ni pusat sains petronas...hahahahaha. anak-anak punya pasal.




qaireen widaad berjaya menakluki dunia... idea si ned ngan nana. widaad muka blur sebab baru bangun tido..hehe. takluk dunia ngan puting ok, tak perlu senjata!


fascinating tunnel, boleh tembus kat skrin tu, kewl!


tiba-tiba maskot datang. watak apa tah ni. haha. beria salam si baju pepel 2 orang tu. hehe. sian widaad, sampai tanggal stoking dia sebelah, punyala ber'tauliah' bibik yang jaga.


eh kenapa seluar aku macam dah longgar, aku dah kurus ke? hahahahahahahahahahha... ke seluar lama tak basuh jadi loose... muahahahahhaha. perasan!



cermin ajaib, tengok kaki kami, slimmmmmmmm kan?


kami di galaksi bima sakti! hiyah!


dari kol 3 petang sampai 5 petang gak lah baru kuar pusat sains ni.



bergambar kenang-kenangan bersama menara alor setar. apsal menara ni pendek ek? haha.


MUZIUM PADI

muzium padi ni sebelah jek dengan pusat sains. sebab dah pukul 5, muzium pon dah nak tutup. so bergambar kat luar jek lah. dah la kempunan nak makan aiskrim, sian budak-budak ni, asek umpan dengan aiskrim soh behaved. pastu singgah kat kedai dalam muzium padi ni, tinggal tong jek. dah abis. sib baik budak-budak ni tak mengamuk, haha. mood bergambar pon masih tinggi lagi...

yeah sampai dah muzium padi...

posing abis

ini dia junior photographer tintacreative.. hehe

aummmmmmmmm

aliya tasneem.. persis wajah ibu

najla, dengan senyuman comel kepitnyer...

qaireen widaad... tersangatla chooooooooooooomelllllllll... ya Allah, kurniakanlah kami anak secomel ini.. hehehehe...kena tatap selalu bila preggy nanti.. hehehe

bersama mak ngah, sian tudung mak ngah dah senget benget. lenkali kena sarung tudung indon jek yer, takyah melawa sangat bila jadi bibik ni.. haha.

i believe i can fly..............

bersama sang helang...

itu swan la, kata najla


abis bergambar terus bertolak pulang ke jitra... tapi ada 1 lagi misi belum selesai, mencari sup utara. hehe. oleh kerana kedai yang dituju dekat dengan umah aku (eh umah aku?), ok umah mak mertuaku, maka singgah la umah sat. sambil tu tukar pampers widaad yang dah basah.

kesian, kepenatan masa dah sampai umah

berjaya akhirnya bibik ned menidurkan widaad.. hehe (ala tu sebab naik kete tau ned.. haha)

pastu diaorang singgah sat. kebetulan ada rezeki pulut hitam ngan rendang. semangat si najla & tasneem makan. ned cakap si tasneem memang suka ketupat pulut. siap dulu kecik-kecik tanya ngan tok diaorang, bila nak masak rumput lagi? haha. rumput? agaknya balut ngan daun palas tu kan macam rumput kering punya kaler. ke pulut = rumput? haha. entah.

dekat kol 6 baru sempat makan mihun/mee/moy sup utara. sup campur perut (babat kata orang jawa) yang aku paling suka. hehe. pastu widaad dah tunjukkan simptom-simptom amukan kecil. bermula ngan tangisan ketika aku dokong. pastu nana berjaya mendiamkan dia sekejap. pastu elok je lalu kat area ILP/POLIMAS. tangisan widaad semasa kuat. siap berair mata bagai. hahahahahahah. ngeri-ngeri. sib baik comel, klu tak dah soh keluar kereta. hahahaha. yelah dah dekat kol 7, dah maghrib. keluar tak reti nak balik..hehe. pastu ned gi pasang lagu arashi, terus diam sekejap. petanda bakal menjadi peminat arashi macam mak-mak sedara dia. yer awaklah uda ngan kakak awak yang bertuah tu.

begitulah sahaja seharian berjalan. sungguh seronok rasa. lama tade orang datang melawat aku kat sini. dulu ciki & nad je rajin datang. bila si ned datang ni, rasa best gila. lama dah tak jumpa. walaupun jumpa kali ni rasa dah tak banyak topik nak borak sebab dah tak berkongsi pemandangan yang sama. tapi feeling tu tetap best seperti dulu.

ned.. ada lagi list kat atas tu tak sempat diabiskan. so nanti kena datang lagi ok. tunggu homestay wang tepus siap la ek... hehe.. takpon masa outdoor kat masjid al-bukhari yer ;)

ha sape lagi nak datang sini? cepat angkat keyboard!


Comments
8 Responses to “12 Perkara mesti buat bila berada di Kedah”
  1. salam kui...
    ada gak pusat sains kat kedah no
    photog bersih clean
    anak buah hang cukup comey.....

  2. Finaz says:

    wohoho...yg cermin ajaib tuh seems fun! tak yah susah diet otomatik kurus & slim jer....hhehe

  3. mahyudin says:

    wah kau, buat keja part time jadik tourist guide musim2 cuti sekolah ni.. lumayan tak?

  4. kuizikel says:

    sis dila, tu la, baru tau gak ada PSN kat sini... bila nak dtg sini... ha tu anak buah orang lain.. hehheheeh.. tapi mmg comelllll

    finaz.. tu la, rasa nak pasang keliling rumah & ofis.. hahaha

    din.. agakla lumayan, meh datang.. aku caj murah je ;)

    sitie... mmg best.. tapi rendah je tu, utk kanak2 bole la... heheheheheh

  5. kakak anemm mmg anggil pulut tue rumput dulu2 (^^i)

  6. Anak2 raudzah, muka dia abis!:)
    teringat zaman belajar kat sintok, bila baca entry ko ni kak. Meleleh ayaq liuq aku nak makan nasi lemak changkat setoi, char ktiau pak det & cendol pulut jo. Pewutt dah bunyi tgh2 mlm ni...huhu

  7. amoi says:

    macam best jek PSN tu...nak gi la...huhu...

    bibik vouge giler...baju n kasut meletop...ahahha...

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL