cara membuat custom album





ya bertemu lagi kita di ruangan mari
memasak membuat sepah. tapi kali ni kita buat sepah secara maya saja, iaitu di skrin komputer masing-masing. jadi mak tak marah.

dalam
entry lepas-lepas ada komen yang berbunyi begini...

farahnida said...

KUI...camner nak buat custom album ye...boleh cita sikit

jadi untuk menjawab persoalan tersebut, aku terasa ingin berkongsi pengalaman pertamaku membuat custom album. kuncinya ada 1 dalam membuat custom album ni, passion. bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. oleh kerana kemahuan yang meronta-ronta untuk membuat custom album perkahwinan makcik aku yang akan dihadiahkan sebagai hadiah perkahwinan bermakna dalam hidup (cewah), maka aku dengan gigih menggoogle segala macam fotopages, website, blog dengan menggunakan kata kunci seperti 'custom album perkahwinan', 'storybook' dan lain-lain lagi. dari dulu teringin nak pegi kelas-kelas editing, tapi tak terpergi-pergi. so pengalaman ini adalah untuk perkongsian sahaja, tidak boleh dianggap sebagai ajaran sesat sekiranya dirasakan sesat. hehe.

maka dengan itu, aku telah berjumpa dengan pelbagai website yang memaparkan hasil kerja semua orang amat berbakat. maka aku simpan sebagai rujukan. penting untuk tengok hasil-hasil kerja orang, bukan nak copy cat. aku rasa tak salah tiru kan sebab bukan kita amik kerja mereka dan kata itu kita buat. sebagai sumber inspirasi gitu. kebanyakan aku tengok hasil kerja custom album ni lebih kepada simple & clear. tak perlu letak gambar yang terlalu banyak sampai pening. tak perlu kerawang yang terlalu penuh sampai berserabut. tapi itu bergantung pada masing-masing. lagipon beauty lies in the eyes of the beholder. pada mata kita mungkin cantik, tapi pada mata orang mungkin gila hodoh.

seni itu subjektif, tiada yang betul tiada yang salah. tapi kalau tiada yang betul atau salah, camne nak ukur kesempurnaan? (quote dari citer CRIMINAL MINDS)

eh aku dah membebel jauh. sila skip part di atas sekiranya takde hobi membaca. hehe.

bahan-bahan yang diperlukan :

1. sebuah komputer/notebook/netbook yang berkuasa turbo (ok tipu part turbo). netbook asus eee intel atom processor macam aku punya pon boleh. keyboard and mouse termasuk dalam pakej la yer, tak perlu aku sebutkan terperinci. hehe
2. adobe photoshop. versi apa pon boleh. aku pakai adobe 8/cs. (gila ketinggalan)
3. software PICASA untuk kemudahan membuat collage/editing :)
3. gambar-gambar yang ingin di'album'kan



cover album - sebelum dihantar untuk cetakan


tara.. selepas siap...

cara-cara

1. buka adobe photoshop. buat fail baru. untuk custom album aku, aku buat saiz 8 inci x 12 inci. selalunya kalau kita hantar ke kedai printing custom album, kita akan buat 2 belah page skaligus. jadi, do the math, saiznyer adalah.... 8 x 24.. pandai! guna resolution 300dpi untuk memastikan kualiti cetakan hebat dan mantap. hehe.


lebar 24 inci x tinggi 8 inci

2. sekarang tiba masanya untuk susun gambar-gambar. time ni aku gunakanlah PICASA kesayangan untuk buat kolaj. sila muat turun nota picasa kesayangan ramai ni untuk mengetahui lebih lanjut. hehe. untuk makluman, page-page yang petak-petak baik di cover album (wah macam album solo) dan page-page yang lain, aku buat guna PICASA jek, pastu aku create collage tu pakai saiz widecreen atau boleh ADD CUSTOM ASPECT RATIO > letak 12x8 (inch) atau saiz album yang korang nak. pastu bukak dalam photoshop and adjust size klu tak berapa masuk. sila tekan shift semasa mengecilkan gambar supaya saiz kacantikan sebenar terjaga, melainkan nak buat orang gemuk jadi kurus sket..hehehehehhe

3. untuk yang kerawang-kerawang, aku buat guna brush kat photoshop. search je kat google, brush photoshop, ornament swirl (untuk cari yang melengkuk liuk). aku selalu amik kat http://www.brusheezy.com/ - stupid name, cool brushes.

AMARAN

elakkan meletak tulisan atau gambar terlalu ke tepi di sekeliling gambar, sebab bimbang akan terpotong masa pembikinan album sebenar oleh orang di kedai/kilang gambar.

4. bila dah siap tu, save as .jpg. bagi nama yang bersesuaian ikut page ke. pastu .psd fail tu aku simpan gak ikut page. untuk page berikutnya, aku save as fail tadi dan namakan page 2. mula-mula dulu aku taram semua dalam 1 psd fail, kira just hidekan je gambar-gambar sebelum ni, tapi jadi susah bila aku nak edit balik page 1. so end up aku buat 10 fail psd (8 x 24 tadi) untuk 10 helai custom album. 10 helai tu kira ada 20 muka la. kira lagi lah senang kan....




dari pandangan atas


helaian pertama


gamba photographer bertudung oren wajib letak dalam album.. hehe. inilah kelebihan buat album sendiri, sebab boleh letak muka sendiri dalam album. muahaha. tapi pastikan hanya jika photographer sedara mara je boleh letak, kang panas pengantin muka photographer lagi banyak dari pengantin.. hehe


ni pon pakai PICASA buat collage, klik klik je dah siap


editing hitam putih, focal black and white, semua ada di dalam PICASA


hantaran kedua-dua belah pihak


tercipta untukku.. aku suka gila lagu ni, touching gila


dah tatau nak design apa, letak je gambo segedabak..hehe.. bijak tak?

kalau nak tengok gambar asal sebelum jadi, boleh tengok kat
flickr. kalau sapa yang nak psd fail contoh ke, boleh la emel aku yer. update : ada beberapa orang dah emel aku untuk dapatkan PSD file, tapi sorry sangat2 yer, aku tidak berjaya mengemel PSD file tersebut kerana saiz amat besar walaupun setelah dizip. Ditambah dengan 'kelajuan' celcom berokband,hohoho.. boleh amik .jpg kat flickr... amik all sizes, download saiz sebenar...


ok album dah siap, tapi nak print kat mana? ok bagus persoalan itu.
*updated*
tempat aku print gambo ni macam dah tak buat service ni je. so try google asasjey. ada cawangan kat shah alam & jitra.

saya bukan jurugambar, tapi saya teringin sangat nak buat custom album, photoshop ni tak reti lah... ha soalan ini pon amat bagus sekali.

kepada yang teringin nak buat tapi tak reti atau malas nak fikir dalam erti kata sebenar, kini terdapat banyak custom album yang boleh dibuat di kedai-kedai gambar biasa. orang selalu panggil photobook. kunjungilah kedai-kedai gambar berdekatan anda dan tanyalah produk photobook.

atau bagi yang rajin sket, boleh godek-godek website kat bawah ni :


ni antara perkhidmatan buat photobook tapi korang boleh buat sendiri dengan menggunakan template yang disediakan. muat turun sahaja perisian yang disediakan dan cuba godek-godek. hantar kepada mereka dan mereka akan uruskan album anda.

kalau pegi kedai pon segan (read : malas), gi download software pon segan, sila gi cari photographer mana-mana, shoot & soh terus buat custom album sekali...hehehehe...

pilihan lain, boleh soh orang buat photobook untuk korang, just bagi gambar jek, member di alam mayaku, catlina & cg fly ada buat perkhidmatan photobook, just pegi kat kedaigambarkami yer. (ehem, layout blog diaorang aku yang buat.. promot-promot, hehe)

saya tanak orang lain, saya nak kui gak buatkan custom album saya! ini persoalan yang paling bijak...i like.

ok apa lagi, emel saya kuizikel[at]gmail.com sekarang.. jangan berlengah lagi! hehehe

eh ayat macam dah nak abis, tapi nak sambung sket lagi.

akhirnya misi album pakej perkahwinan makcik aku telah aku siapkan...



4 album semuanya. yang aku blurkan tu album khas untuk persalinan. ada baju cheongsam, jawa, gaun, sari, moden (sama macam aku kawen, muakakakkaka). pastu album kuning kecik tu, album yang aku buat
photofunia sebelum ni. gelak embah aku bila tengok muka dia dalam tv lama tu. album gold kecik tu, ada gambar sekitar majlis. pastu last skali custom album. kepada yang duduk sekitar muar/batu pahat, johor darul ta'zim, bolehlah mendapatkan pakej raja sehari andaman dan persalinan pengantin kat butik makcik aku. siap dah buat blog tu.. kursus sehari cekkeya bagi kat makcik aku ni..hehehehe... boleh layari blog di zzacollection.. kalau nak masuk pakej fotografi kena book setahun lebih awal. haha. maklumlah, photographer berada di utara. hahaha.

oklah, harap cerita-cerita di atas dapat menjawab persoalan
farahnida yer. kalau ada persoalan lain, sila kemukakan yer! at least ada tajuk nak update blog.. ngehehe... tanya kuizikel. ok tak tajuk tu? (macam ruangan sri siantan lak, haha).

ni ada lagi 1 gambar, khas untuk kawan makcik aku. katanya anak dia menangis sebab gambar parents diaorang ada kat blog aku ni, tapi gambar anak dia tade... khas untuk 3 adik manis bertudung ala ikin... jangan nangis lagi yer :)




akhir kata, selamat hari raya aidil adha. aku rindu nak makan lontong. adik cakap abah masak lodeh ngan nasi himpit nona. huhuhuhu... oh rindunya diri ini ingin pulang ke kampung halaman. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku. huhuhuhuhuhuhu.

eh ending takleh sad. kena happy. yeah raya raya raya!


Comments
19 Responses to “cara membuat custom album”
  1. Umie says:

    pojan... ini umie ona... hihi kacau ona tgk internet nih.. (sebenarnya ona yang tolong taip kan.. hihi) umie dah tgk gambar2 pojan... cantiiiiiikkkkk sangat... tapi kenapa umie asyik nganga mmulut jek.... sedih laa... umie ingat, umie nak sanding lagi laaa hehe nanti balik kg singgah rumah umie lagi yee.... nanti umie masak sup tulang khas utk pojan... tatatititutu muah muah

  2. caya sangat laa cakap umie aku tuh haha

  3. Finaz says:

    hehe thumb up! a very good info Kui. TQVM. ko kat mana skrg. kalo kat putrajaya meh lah singgah rumah aku kat shah alam jer.. boleh makan nasi minyak.. arini masak nasi minyak..hehehe
    Selamat Hari Raya Kui.

  4. kuizikel says:

    umie & dropmental ona

    umie pengantin sgt popular, asek nak bercakap je, tu yang terbuka luas tu.....hehe.. tapi jangan bimbang, dalam album soh ona letak yang paling cantik. sup tulang? i like.. tunggu ona nyer kenduri lah leh? :D

    finaz... beraya kat jitra.... aisey, nasi minyak, i like... umur pjg kita jumpa yer nanti.. singgah jitra, ada bihun sup utara sedap punya! :)

  5. hye...
    good info..
    nak buat custom album kene byk sabau,dan focus..tp saya tak buat,BIL yang buat...hehe
    =)

  6. Nurman says:

    boleh buat bisness ni ke dah buat dah..anyway memang cantik hasil keje u ni

  7. kuizikel says:

    syima.. tu la, klu hangat2 taik ayam mmg tak jadi..thanks singgah sini ;)

    nurman... tq2 ... saja hobi isi masa lapang je ni..heh

  8. kui, tq for the promote hehehe..tq juga berkongsi tips...

    Catlina of

    http://kedaigambarkami.blogspot.com

  9. farahnida says:

    kui...thanks alot ...banyak info ...kalau pening sangat nanti saya tempah kat kui jer lah...hehehe

  10. waa.. cool..
    nanti nak godek2 gambar lama la..
    nak buat photobook gak la..
    hahaha..
    berangan.. :)

  11. Maya says:

    wahh.. bagus lah ni kui...

  12. Anonymous says:

    askum....nak tanya....kalo dah siap edit bagai2 pastu anta kat albumprima.com tu brape dia cas ek?? utk custom album yg mcm tuan buat utk makcik tuan?

  13. Salam...sebelum tu..tahniah sebab dah buat saya senyum sendiri bila baca blog ni.relaks ayat nye..santai..tapi padat.tak yah nak karang2 ayat power.

    2nd..untuk yg baru nak berjinak untuk nak buat photobook cam saya ni,apa yang perlu dilakukan?nak gak tolong adik beradik yang tak mampu nak kuarkan duit banyak tapi nak nampak cantik..huhu..

  14. klu ira dah edit sendiri semua pic just nk print n jadikan photobook mcm ne ek?

  15. Anonymous says:

    bleh bagi fon no o address tmpt awak print custom album tu tak? dh buntu sgt nih nk carik kedai yg bleh print custom album. dh try surf albumprima tu tp xdpt ape2pun.. kindly email me at earl.hicks@yahoo.com. thank u so much..

  16. nasiha says:

    sgt suke bace blog nie.. kita serupa la. saye pun owner nikon n masih tercari2 ilmu custom, photobook, n all about photography.. :-) blog awk nie byk info untuk saye. ok, salam perkenalan dari ummi salsabila..

  17. Anonymous says:

    hai, nk tny ade buat lg x custom album ni? im a freelance photographer n dpt job br2 ni..
    pic sume da edit just tinggal nk buat custom album je... hope u boleh bagi ur contact detail n berape harga yg u ambik... this is my email, silvermaster19@gmail.com. pls reply as soon as possible k? thx in advance..

  18. MODERATOR says:

    salam tuan rumah...artkel awak menarik,fun dan sangaaaatt bermaklumat bg saya...cuma teman nak tanya satu perkara...ttg AMARAN tu..

    -tepi / border sepatutnya kita bagi ruang brp cm agar pict kita tak terpotong??

    tenkiu :)

  19. kuizikel says:

    sorry yer bagi yang tak terbalas, blog ni mmg dah lama diabaikan.. hehehehe.. apa2 leh emel je, jgn tulis kat komen ni.. kuizikel at gmail.com ... klu sempat aku balas ok.. harap2 sempat.. :D

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL