Bola Jaring, i like

kredit : sini
hari isnin yang lalu, masa tengah cek emel ofis, tiba-tiba nampak 1 emel dari 'sister' (bukan akak aku), pasal ada latihan bola jaring, siap ada cakap, "Mungkinkah anda yang akan mewakili sukan KKM 2010?".. fuh dah macam kata-kata cabaran. hati berdebar-debar dan melonjak-lonjak nak join. maklumlah sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah, sampai ke u dan sampai ke alam pekerjaan, aku pasti akan menyarungkan bip sebagai pemain utama. cewah! nak kata tere tu memang tak de la tere, kira takat wakil skolah boleh la, wakil daerah ke negeri ke jauh sekali!!!
pastu terus sms tanya kat amir boleh ke tak? (tengok, solehah ke tak?).. haha. dalam hati 'tak kira nak main gak'. haha. sib baik setelah sesi sms kebenaran berjaya diperolehi. horey!!!!!
balik-balik rumah gi carik-carik kasut sukan azyan yang aku cilok dulu, rasa ada lagi dulu-dulu. tanya kat amir dia cakap bukan ke aku dah buang? hahaha. dah koyak kot aku rasa, atau waktu tu aku dah malas nak bersukan... hehehe.
oh latihan tu setiap selasa & khamis kol 5 ptg. so hari selasa aku pon berkobar-kobar pegi keje dengan
pastu aku tanya kat ofismate aku, kat mana ada kedai bata, bukan nak beli batu bata, nak beli kasut.. (lawak tak lawak tak?). diaorang cakap kat tesco ada lah. aku ni dah la jarang-jarang pegi kat bandar sg. petani ni, tapi dari penerangan diberikan rasanya boleh je redah. pastu diaorang berbaik hati untuk menemankan aku masa rehat nanti. (tade alasan untuk cakap tak jumpa kedai kasut, haha).
so setelah sampai ke tesco yang selang berapa minit je dari ofis ni, aku pon berjaya mencari kasut bata jenama POWER yang paling murah sekali. RM49.90 yang setelah dibundarkan menjadi RM50. ohoho.

ok tak kasut camni?
jam telah menunjukkan pukul 5. aku dah siap-siap solat asar. terus menuju ke tempat latihan yang disebutkan. dah la kat hospital lama yang aku pon tatau kat mana. haha. aku pon redah je.. sampai terlajak-lajak and buat u-turn. dah masuk kawasan spital lama, pusing punya pusing pon tak jumpa pon padang netball tu. sekali tu nampak ada geng-geng berkereta dan berpakaian sukan gak. aku pon apa lagi, i follow.
bila sampai-sampai, tengok dah ada team lawan. wah ramai gak. dah la aku ni tak kenal sapa. selamber je lah. kata nak
lepas aku salin-salin, tengok team tadi dah stop, diaorang soh yang lain masuk. aku tanpa segan silu berjalan menuju ke tepi padang. coach tanya, selalu main post apa? aku cakap
dengan tak berwarming up, terus masuk padang. dah la last main masa taun lepas je, masa kat putrajaya dulu.
tiba masa yang dinanti-nanti, aku nampak sebijik bola menuju ke arah aku. aku dengan penuh semangat menghulurkan tangan untuk menyambutnya. tiba-tiba. bedebuk. aku rebah melutut ke bumi.
cis, camne leh tak seimbang badan ni. gila ah. buat malu kampeni sajerk. hahaha. aku rasakan badan aku macam tak stabil a, terhoyong-hayang. baru aku ingat, tengah hari tadi tak sempat makan apa akibat syok beli kasut. dah petang tu makan nestum sket. aku rasa tekanan darah aku rendah.
selepas 2 kali jatuh dan tak dapat bola, sib baik aku berjaya menyeimbangkan badan dan menunjukkan prestasi agak baik sehingga semasa permainan tamat, ada sorang staff ni cakap kat coach, ha ni boleh ni boleh. (bangga-bangga walaupun malu sebenarnya masa jatuh tadi, haha).
oh petang ni ada lagi. nak berharap hujan ke tak a? (nak ngelat a tu). hehe.
moral of the story, jangan berdiet klu nak pegi bersukan!



best nyer sport!! sy doakn slamat menang! idup kui & the team!
hhaahahhaaa
takpe la, boleh la tuh. hebat la walaupun sudah lama tak bermain. hahaha
bola jaring, i like jugak. dolu2 selalu jadi C atau GA. dalam erti kata c=cantiknyabudaktuhahaha, GA=gila apa?
wah main bola jaring lak ke...?
cayalah
kalau aku ni sempot. nak sukan2 alamak aku sesak dibuatnya Kui (he he he)
Atas skit hospital tu ada Jakel.. sempat lg jln2 exercise kaki.... kekeeke...
fuh bersenam...syoknyeee...aku dah lama tak bersenam...bosan la tade geng..huhu...
geli laa tgk kasut kaki manusia tue.. huhu