jangan segan bertanya

kelmarin aku dapat satu call, aku pon angkat & dapat tau aku menang 10 ribu bank rakyat rupanya yang call. biasalah nak offer kad kredit. pastu aku teringat yang aku punya alamat surat menyurat bank rakyat tak tukar sejak dari dok pinggiran putra dulu. pastu aku tanya orang tu, boleh tak nak tukar alamat terus. dia cakap tu kena call customer service. ceh. lepas tu dia bagi aku no fon customer service, aku pon terus rajin call tanya pasal nak tukar alamat ni boleh tak. dia cakap lebih kurang begini :

dia : tak boleh cik, cik kena pegi branch terdekat kami, isikan borang A, B, C, D dan E. ok part ABCDE aku lebih-lebih.. (ala-ala iklan kat tv tu)

aku : oo gitu yer. ok. (dengan nada baik sekali)

pastu aku gtalk kat kawan aku yang bernama N tu. aku bebel-belel la, cakap susah gila nak tukar alamat, bukan nak mintak duit pon.. hehe. si N pon cakap banyak bank memang camni. tapi aku rasa CIMB boleh je aku tukar melalui CIMBCLICKS. yelah aku kan very d bz, mana de masa nak gi keluar-keluar masa rehat ni.. (sila percaya). nak gi parking pon dah 5 minit, nak keluar lagi ke bandar dah 10 minit. beratur lagi. tak IT langsung a kan.

so aku pon try test la cuba plak, login kat irakyat, bank rakyat punya e-banking. aku pon cari ruangan maklum balas dan nyatakan hasrat murni aku untuk menukar alamat sebab aku tak sempat nak pegi branch waktu bekerja.

alkisahnya, semalam pagi tiba-tiba henfonku berdering lagi. aku pon angkat. rupa-rupanya dari bank rakyat. aik takkan nak offer kredit kad lagi.

dia : saya S dari Bank Rakyat. cik ada buat permohonan untuk tukar alamat kan?
aku : yer saya
dia : boleh saya sahkan dulu identiti cik. nama ibu? tarikh lahir? dah kawen ke belum? bla bla bla..
aku : bla bla bla...
dia : baik cik, saya akan buat pertukaran alamat di kg bla bla bla.
aku : ok terima kasih.

terus aku kagum sat. tahniah bank yang efisyen. terus aku citer kat kawan aku N semalam pasal kehebatan ini. aku pon terus ckp kat kawan aku yang sama tak tukar alamat sejak berkurun lama sebab kebz-an kami2 ni.. klu pegi alamanda ke, city square ke, ada masa plak, pegi bank tade masa. haha.

teringat kat buku last lecture, dalam tu randy pausch pon ada tulisa pasal jangan segan tanya. kadang-kadang tu bila kita asek fikir tak boleh je, pastu malas tanya memang tak dapat apa yang kita nak. macam mintak diskaun beli barang. kalau aku jadi penjual, klu orang tanya tanya, aku tadelah nak saja-saja bagi diskaun, boleh la untung lebihkan, so kalau ada orang tanya, mungkin singgit 2 tu boleh bagi. betul tak?

tu lah kesimpulannya, jangan segan bertanya.

tapi ada satu part yang still segan nak tanya, bila nak mintak hutang. kenapa ek? mungkin kena emel je, tak berapa segan. haha

Comments
10 Responses to “jangan segan bertanya”
  1. Anonymous says:

    Syabasssss (bukan syarikat air tau)
    Mmg terserlah kehebatanmu itu...
    Aku sangat merasa kagummm
    hehehhe

    Kawanmu...N

  2. Finaz says:

    betul2 kerakyatan Bank Rakyat tu memahami rakyat M'sia & mgutamakn keselamatan lg!..
    Tp bab mintak utang tu mmg betul lah Kui..mmg terasa kegetaran keseganan dlm hati. Tak tau lah apsal.

  3. amoi says:

    haha...sila prektiskan apa yg diajar oleh randy pausch...bagus2...saya mesti pilih!!!

  4. saya ingin bertanya..
    bila puan kui nak ambik insuran dgn saya??

    hehehe, jgn mare ek, nnt kene jual...

  5. kuizikel says:

    N... terserlah kan?.. hahahahah

    nurman.. pilih jgn tak pilih

    finaz.... tu lah kan..segan tak bertempat.. tapi dah fitrah kot... (boleh camtu?)

    amoi... bila nak tuntut utang kat k.S? rasa dah 3 tahun, ada bunga tak? hehe

    tuah.. alamak, aku lupa la nak ckp, aku dah amik dah.. tapi ngan akak sorang ni, dia approach aku dah lama b4 ko..huhu.. sori naik lori a.. huhu

  6. Good job kui,for having wise decision, protection with prudential..
    2 thumbs up!!
    hehehe

  7. This comment has been removed by the author.
  8. eh, mana nak cari adobe photoshop free software. ko ada copy tak?
    ataupun alternatif software, yg sesuai utk buat iklan @ bunting???

  9. ler dah banyak la bank dah buat tukar address online jek heheheh ko jek xtau :p

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL