Posted on Monday, September 14, 2009 · 10 Comments
Sudirman ( Sudirman )Balik Kampung
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
Pagi tadi HOTFM pasang lagu ni masa on the way gi keja. Gila terus semangat menyanyi jerit-jerit dalam kereta. Sib baik kat highway, orang tak kepochi sangat, kang ada yang kata, "tengok macam cantik, tapi sayang, gila"... haha
Gila malas nak update blog, nak buat keje lagi la malas. Mood raya dah menjelma. Taun ni rasa la semangat nak balik kampung coz tahun ni duduk jauh nun di utara. Taun lepas raya still kat Putrajaya, dekat je, 2 jam stgh (kalau tak jam) boleh sampai kat depan pintu pagar rumah. Tapi taun ni... agak jauh sket lah... sikit lah.. hehe.
Ramai plak yang tanya kat YM/Gtalk, cuti bila, balik naik apa, sampai baper lama. penat gak nak explain (ceh!). taun ni nyer journey agak pelik sket, sebab melibatkan pelbagai jenis kenderaan.
walaupun tade sapa nak tau sangat pun, aku nak gak citer. hehe.
khamis pagi, naik flight Air Asia dari alor staq ke putrajaya. 8.35 pagi U OLLS! sebelum 7.20 pagi dah kena check in. ini gara-gara tiket hari Jumaat harga dia mahal sket, saje je. yg ni pon harga dlm RM84 sekepala. kira ok la KALAU TAK DELAY. sebab tiket bas pon dah hampir RM50.
so sampai-sampai putrajaya nanti, tak terus balik kg. berjalan-jalan gi jalan tar. nak amik baju raya amir yang tempah aritu. nak gak tempah kat jalan tar tu, beli yang dah siap kan senang kan? heheheheeh... lepas tu baru la gi jalan-jalan cari makan apa-apa yang boleh dicari. tapi slalunya klu cari time nak raya ni mesti sumer tak menjadi. harap-harap tak ramai orang khamis tu, harap-harap semua orang rajin bekerja lagi. klu idak, nak membayo kat SOGO tu sepanjang highway PLUS. tanya la sapa yang biasa gi SOGO time bulan puasa. dari nak beli, bila beratur, rela pulang balik baju-baju yang dah berkenan dek ketaksanggupan beratur. hehe. amir cakap tektik nak bayar kena bayar masa baru masuk time buka puasa. sumer orang berpusu-pusu nak buka, so kaunter akan lengang. tapi tatau la klu trick ni dah tak berkesan.
so plannya, tido semalam di kajang, umah akak amir. pagi jumaat baru balik sarang penuh buaya. akak amir telah berbaik hati untuk meminjamkan VIVAnyer. bleh jadi vivazoomers raya ni.. yeah (apa kes?)..hehe. kepada akak iparku yang baik hati, sebagai balasan, akak guna la kancil buruk saya kat kampung tu yer untuk beraya keliling kedah.. hehe. jangan risau, dah service, selama ni tak pernah lagi mati tengah jalan (kecuali dulu-dulu sebab minyak abis). 1 lagi, jangan lupa klu masuk highway pastikan ada duit bayar tol... hehe
ah tak sabonyeeeeeeeeeeeeeee weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... balik kampung, ho ho ho balik kampung, hati rianggggggggggggggggggggggggggggg...
tiket balik ke jitra memang tak beli lagi. kira nanti balik ke kajang, pulang kereta, terus gi pudu naik bas jek. amir dah offer kalau aku nak stay lama sampai seminggu, dia balik dulu a. ikut hati memang nak dok sebulan seminggu, tapi nak gak beraya kat umah member perlis/kedah, siap dah plan ngan mas, kina sumer nak pakat jumpa. umah mertua sinul pon dah kat kangar. haih, sejak dok kedah memang lama tak jumpa kawan-kawan. bergosip pon secara maya je. aku rindu zaman itu... huhu
harap-harap banyak plan nak beraya umah kawan-kawan tak end up dengan zzzz sahaja. maklumlah, tilam ikea kat sarang buaya tu! ... (tak caya tanya ada orang tu, siap terzzz, sampai bini dia mimpi dia kawen lain)... hehehe
oklah, kepada semua, selamat memandu pulang, selamat hari raya. kepada puan N yang satu-satunya sudi POS kad raya kat aku. terima kasih. taun depan la aku balas yer ;)
eh lupa, maaf zahir batin yer, jalok ngapuro seng akeh-akeh, jemput raya umah aku sama ada kat sarang buaya / jitra (ini bukan umah aku, tapi boleh datang beraya)... halalkan makan minum, halalkan hutang piutang (kan best klu bleh cakap halal camni kat PTPTN/Bank Rakyat..haha)
selamat hari raya n
take care everybody v(^_^)
yeay!! 1st.... hehe.. dpt adiah tak??? tetibe hati girang... semlm dh balik kg.. mlm ni nk balik kg.. wekend ni aku balik kg lagi... best tak???? kekekeke...
slmt hari raya... maaf zahir batin.. jemput la ke teratak hamba :D
hahha duit raya jgn lupa bawak balik!! muahahha
safe journey...
safe journey...
jemput mampir seremban..
wah kui naik air asia ke
Pergh singgah kenny capai D90 terus aaaaa
alaa..ciannye...
dapat 1 je kad raye...
x sia2 aku 'terpaksa' beli kad raya tersebut...
hehe...ko boleh jd model 'Public Transport' aa mcm nie
dr Puan N
wah, excited gila nak raya..
safe journey..
raya jemput dtg umah..
p/s : adakah ini entry terakhir sehingga abis cuti raya?
aku dah kemas beg dan masukkan dlm bonet keta sejak minggu lepas lagi dah.. tp balik jumaat nanti laa (^^ii)
Selamat hari raya
awal giler ko kemas aini...aku lom kemas lagi...bz betul...ceh ceh..bz la sangat..eheheh..