OST Cinta Sempurna

Baca-baca blog saifulislam, ada mention pasal 1 citer kat astro OASIS sepanjang ramadhan ni...

memandangkan aku hari dah horey horey takyah start enjin kereta pagi2 buta untuk gi keje, maka keje aku ialah mendownload citer bersiri ni kat youtube - Hazel Chanel... hehehe...ini keje ko yer, kata nak beribadat dengan tenang bila cuti.. poracit...

Cinta Sempurna - bersiaran pada jam 3 petang Isnin hingga Jumaat, siarannya diulang tayang pada pukul 10 malam, 4:30 pagi dan terkini nampaknya juga pada jam 5:20 pagi di Astro Oasis 106 - www.saifulsilam.com


citer asal ni daripada yang aku baca adalah kisah Ustaz Hazrizal @ saifulislam.com sendiri, skrip pulak ditulis oleh Ustaz Zabidi Muhamed. citer ni berkisar tentang Religious Skepticism.. aku pon takleh ulas lebih lanjut sebab memang tak mahir, tapi boleh baca kat blog saifulislam.com sendiri. tapi aku memang puji la ustaz-ustaz ni mengambil inisiatif untuk amik part dalam drama-drama. selama ni kita disajikan dengan penuh drama indon yang kadang-kala bila aku tengok pon rasa macam ada something wrong daripada apa yang aku belaja.. dan kita juga banyak disajikan dengan drama/filem yang dialog & adegan yang kadang-kala aku lihat sudah ke arah terpesong. memang ada yang cara penyampaian cerita memang unik & lain dari yang lain, walaupun adegan tersebut benar & realiti, malah yang realiti lagi dahsyat, aku tak rasa perlu ditonjolkan dalam drama/filem melayu seolah-olah perkara ini adalah satu yang tiada salahnya. tapi siapalah aku, setakat sekolah agama sampai darjah khas tu pon dapat pangkat 2. sijil pon tak amik-amik akibat malu sajer, pangkat 2 nak amik sijil. hehe.

jadi aku harap cerita cinta sempurna ni mampu membawa kelainan & byk lagi cerita-cerita yang membawa mesej yang baik akan timbul selepas ni. aku pon takleh nak komen pasal citer cinta sempurna ni sebab baru layan episod 1.

kepada yang mungkin tertanya-tanya, chewah.. camne aku download dari youtube @ tv3 @ 8tv, sila gunakan software Internet Download Manager, boleh amik dari unwanted86.blogspot.com... walaupun pakai celcom broadband, still boleh download dengan agak baik.

aku bercadang nak letak entry lagu yuna ni jer, tapi termembebel plak pagi-pagi buta ni.. haha.

aku ni cakap eh tak aku taip jek. taip macam bagus jek, tapi menyokong cetak rompak. haha. tapi aku petik kata-kata ustaz hazrizal dalam blog dia...

Biar pun ada rasa gusar di hati krew penerbitan Cinta Sempurna apabila drama ini dimasukkan ke Youtube (pelanggaran hakcipta), tetapi saya mencadangkan agar perkembangan ini dilihat dari sisi positif dengan meyakini bahawa keberadaan Cinta Sempurna di Youtube tidak akan menjejaskan penyiarannya di Astro Oasis, sebaliknya membantu Cinta Sempurna menembusi ruang yang tidak boleh dicapai oleh Astro Oasis dan bentuk-bentuk penyiaran yang konvensional.


walaupun memang aku tau matlamat tak menghalalkan cara, macam robinhood mencuri untuk bagi kat fakir miskin tapi aku harap pihak-pihak yang dicuri oleh robinhood faham apa yang dilakukan oleh robinhood. hehe.

macam lagu yuna ni, boleh download kat sini... kualiti dia of course tak sehebat kualiti klu beli CD original yuna. tapi klu orang yang tak pernah dengar lagu yuna, dengar lagu yang didownload ni, pastu terus suka, pastu terus beli CD Ori. ha tak ke menyumbang ke arah penjualan & populariti yuna? betul tak yuna? eh bukan jual yuna, jual CD yuna. heheh... dulu2 pon aku kenal yuna ni kat youtube, suka tengok dia main gitar + nyanyi. tup-tup sekarang dah femes.

dah la takyah la aku membebel pagi2 ni, bukan ada orang nak baca pon, syok sendiri. hehe. eh tapi lupa nak cakap, lagu ni best..

layan...

Cinta Sempurna - Yuna

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Comments
6 Responses to “OST Cinta Sempurna”
  1. cekkeya says:

    ahahha

    aku ske yuna!
    aku balik kampung hari nih. ehehe

    ps://nt balik bwk citer best2 eh..

  2. downloadkan smallville latest season bole??hehehe

  3. mahyudin says:

    kira ok la tuh pangkat 2 darjah khas.. dpd aku, sekolah agama sampai dajah 4 jerk, muahahaha..

  4. Wawa says:

    aku pun baru layan semalam.

  5. owh...ade software lain ek?? kite sll pakai kat sini http://keepvid.com/ utk d/load from youtube. lain2 xdptlaa... tp rasanyer kalo d/load real playerkan... kalo bukak benda2 video nie... mesti ade kluar kat atas tu "download this video"...

  6. huhu sonoknye bujang berdua ni ada msa senggang..aku kalau skrg..jgn kan dload..tgk tv pn tk smpat..mandangkan skrg ni tgh weken bru la mampu lawat blog kenkwn..selamat pose!

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL