OpenOffice.org

ini bukan ofis yang terbuka sampai boleh dimasuki pencuri sewenang-wenangnya ok :)

aku tengah kursus OpenOffice kat Penang ni. slamat gak la sampai walaupun sesat. sib baik ada adik di stesen minyak yang memberi guide jalan dengan bagus sekali. "akak U turn, belok kiri, pastu nampak hospital belah kanan, baru amik kanan.. pastu amik kiri 2 kali, kat situ ada hotel berjaya. akak ikut jalan Pulau Tikus dulu baru leh sampai Jalan Burmah". fuh. memang completelah penerangan dia, sib baik aku tak lost count kiri ke kanan. haha.

klu nak tau open ofis ni adalah lebih kurang microsoft office tapi yang best sebab FREE. PERCUMA. so takyah susah-susah fikir nak bayar lesen atau mencari perisian di pasar malam. hehe.

OpenOffice ni ada banyak komponen, antaranya

1. Writer (word processor) = MS Word
2. Calc (spreadsheet) = MS Excel
3. Impress (persembahan) = MS PowerPoint
4. Base (Pangkalan Data) = MS Access

pastu ada lagi la Math, Draw..

tapi feature yang paling best adalah leh convert ke PDF tanpa perlu ada perisian tambahan. kalau tak selalunya kita kena beli kat paso malam kedai perisian macam Adobe Acrobat kan untuk convert ke pdf. ada gak yang bleh gak download kat internet macam cutepdf la, comelpdf la, tapi kebanyakannya ada macam iklan-iklan sket. so gunalah open office ni untuk senang convert ke PDF. hehe.

so kat mana nak dapat open office ni? meh beli dari aku (eh tiba2 buat bisnes haram lak,haha). boleh download secara percuma kat OpenOffice.org...

aku ingat nak buat nota/modul mari belajar OpenOffice ni la. macam dulu-dulu aku buat nota masa jadi cikgu komputer. senang sikit nak buat kelas nanti kat ofis. pasni balik ofis aku plak akan jadi Duta OpenOffice cikgu OpenOffice. kerajaan pon memang sedang ke arah sumber terbuka ni. lepas ni sumer pembelian PC/Laptop tak akan dibekalkan dengan Microsoft Office, sumer akan dapat OpenOffice ni. Kepada Che Ma / Che Nangka<- lama tak guna nick ni kan..haha, sila cadangkan kepada Microsoft untuk turunkan harga lesen-lesen perisian ni ek.... hihi. bundle ngan OS Windows ke. atau kalau free lagu bagus. hahaha (pasti bill gates cakap TIADA JALAN (no way!!!)) . hahaha. gelak a, penat aku buat lawak ni :)

tapi personally aku suka la kan, walaupun memang ada fungsi-fungsi yang ada kat OpenOffice ni takleh lawan lagi (buat masa ni) ngan Microsoft Office, tapi kira ada persaingan sihat. so Microsoft pon akan pertingkatkan lagi kehebatan perisian dan turunkan harga (harap2). kepada para-para penyokong open source di luar sana, berusahalah!!!!

UPDATE : ada software untuk image manipulation ala2 Adobe Photoshop yang dari Open Source. nama software tu GIMP. macam best jek. tatau lah sejauh mana ke ala-ala an Photoshop tu. macam menarik untuk dicuba kan? aku tengah download, nanti rajin bleh review.. klu sesape berminat, leh download kat sini yer.

p/s : hotel berjaya georgetown ni tak bestlah, makanan tak sedap, lif lambat, bilik buruk, tv OSAK, tub mandi dah lama, toilet bowl dah buruk... cuma aiskrim hagendas ke apa tah nama aiskrim tu je yang sedap..huhu

Comments
8 Responses to “OpenOffice.org”
  1. maryam says:

    Wah, ni pjg nak citer ni. Sbgi pengguna dan pekerja Microsoft, terpaksa la saye nyatakan bahawasanye Office 2007 juga mempunyai function utk convertkan document word anda kepada PDF. Pasal harga tu.. hehe. Walaupun tetap x free, tp Kerajaan M'sia sudah mendapat harga istimewa kalau nak beli perisian MSFT. Apa2 pun, sy sokong healthy competition! :D

  2. kuizikel says:

    pergh laju tu jawab.. che ma, selaku pengguna microsoft, saya tak suka guna Office 2007, SUSAH!!! Office 2003 gak yg mesra pengguna.. hehehehehehehhee.. lariiiiiiiiiiii

  3. akubye says:

    aku jarang guna software taip menaip ni.. kalau Photoshop.. illustrator.. tu hari2 lah ngadap!.. kalau takdo menatang ni.. tak boleh lah nk cari rejeki..

    TQ ateh ucapan slamat tu...

    (lari jugak!!!)

  4. amoi says:

    dulu kala pernah gak pakai open office ni...aku ingat open office leh pakai kat open source OS jek...hehe...

  5. maryam says:

    errr adekah dah lambat utk tinggalkan msg dlm post ni? heheh... sy mula2 pun x reti pakai Office 2007, tapi sbb terpaksa pakai kan, maka terpaksa la belajar. Haaa skrang dah tak reti pakai Office 2003. Bagaimanakah??

  6. Anonymous says:

    adeh...dah betahun2 dah msg ni.....baru aku nak reply..huhuuhuhuh
    klu office 2007 susah n 2003 pown susah....korang nk guna apa,kita kena amik tao semua pasal ni terutama org it...nnty susah nk dpt keja la...diaorg ckp nnty`ckp ja pandai,tp x tahu nk guna...hehehehehe
    pada pendapat aku,office 2003 bnyak kekurangan n lebih susah dari 2007,sbb 2007 punya function lebih senang digunakan berbanding 2003 yang kita kena cari merata2 tempat dia pnya keys 2...hehehhehehe

  7. adi says:

    http://hardyw3b.wordpress.com/2010/03/17/modul-latihan-openoffice-org-writer-dah-siap/

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL