Laman Web Influenza A H1N1
Terlanjur cinta aku update website hospital aku (hospital aku, wakaka) berkenaan Laman Web Influenza A H1N1 ni, aku pon nak promot gak kat kuizikel.com ni.. :).. caring is sharing kan? eh terbalik lak, haha...klik ikon kat bawah ini dan anda akan dibawa terussssssssssss ke Laman Web H1N1 dengan menaiki roket cap kapal api..... serius.. tapi tipu part naik roket tu :)

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 8 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 53
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 53
Kes Kematian: 3
Jumlah Kes di Malaysia: 1,578 dengan jumlah kematian 18 orang.
Ada banyak panduan disediakan untuk Orang Awam, Institusi Pengajian dan pelbagai sektor bagi mencegah penularan Influenza ni... web ni sangat informatif, 2 thumbs up! -kuizikel (chewah!... perasan ada orang quote kata-kata.. walhal taip sendiri.. haha)
Satu nasihat terakhir, basuh tangan dengan kerap menggunakan sabuncap kapak...
- petikan dari http://h1n1.moh.gov.my...
Akhir kata, semoga kita semua dijauhkan dari penyakit ni & macam-macam lagi penyakit.
till then, assalamualaikum v(^_^)

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 8 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 53
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 53
Kes Kematian: 3
Jumlah Kes di Malaysia: 1,578 dengan jumlah kematian 18 orang.
Ada banyak panduan disediakan untuk Orang Awam, Institusi Pengajian dan pelbagai sektor bagi mencegah penularan Influenza ni... web ni sangat informatif, 2 thumbs up! -kuizikel (chewah!... perasan ada orang quote kata-kata.. walhal taip sendiri.. haha)
Antara Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah :
Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :
|
Satu nasihat terakhir, basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun
Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.
7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun
- Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
- Gosok kedua-dua tapak tangan
- Gosok setiap jari dan celah jari
- Gosok kuku di tapak tangan
- Gosok belakang tangan dan celah jari
- Cuci tangan dengan air bersih
- Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)
- Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
- Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
- Letak bahan pencuci ke tapak tangan
- Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit
Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:
- Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
- Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
- Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Bila-bila masa tangan anda kotor
Akhir kata, semoga kita semua dijauhkan dari penyakit ni & macam-macam lagi penyakit.
till then, assalamualaikum v(^_^)



mengikut teori kawan aku
merokok boleh membunuh sel virus H1N1 sbb overdos nikotin & tar..
hebat kan...
eh sape kawan ko tu? tokey jual rokok ke? kekekeke..tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
hmmm dah bertambah lagi kan kes kematian virus ni...la ni keje pun pakai mask
bagus2...teruskan mencegah penyakit ini. skang nih, kalau batuk dekat khalayak ramai pun, orang sekeliling dah tengok pelik je....ahahah
Tuan,
Kenapa kebersihan tangan dutamakan. Kurang faham ...
Bukan dengan seklai bersin saja ... kuman babi ni bley melayang kena pada orang?
proper hygiene ni penting nak elak apa2 jangkitan pun. termasuk lah h1n1 ni.
tangan kita kan banyak digunakan. kita pegang sana, pegang sini. pastu pegang orang pulak.
kita tatau apa yg kita dah pegang.
sebabtu la penting basuh tangan ni.
kalau dah mmg contact direct dengan orang yg infected, tu lain cerita lah. mmg la tak guna basuh tangan tu.
but its a prevention.
salah ke kalau kita cuba utk elakkan benda ni mengikut kemampuan kita?
tak salah kan?
=)
nurman.. fuh pakai mask..aku masih segan pakai mask..wohoo.. lgpon aku dok dlm bilik ofis diam2 je tak gi mana2..huhu
cekkeya.. bunyik batuk ko menakutkan kot :)
razif... baca aiichan punye jawapan... tq aiichan.. aku pon tak reti nak jawab (wpun pegi spital hari2, aku bukan doktor... hua hua hua)
Waaahh tuan doktor kui, info yang bagus sih..gue duduk kampung pergi kebun main ngan lembu, kelapa sawit sume kena pakai mask ka?hehe..bagus ada info pasal penyakit tu..:) sangat membantu.
kat projek aku dah ada sorang kena H1N1...huhu...takottt...nasib baik level lain tapi still takottt..so skrg masing2 dapat mask...tapi isk lemas la plak pakai...