KHAMIS yg indah

sebenarnya tadela indah sangat sebab aku baru je dengar 2 berita kematian.

1 - makcik kat kampung aku. dah selamat kebumi pon, sakitnya dah lama. tapi ada ura-ura kena h1n1 masa kat spital. so makin mempercepatkan langkah ke alam barzah.

2- Asri "Rabbani" meninggal dunia

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia akibat sakit jantung. - Utusan

Al fatehah. Semoga roh kedua-duanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman... amin

Berita no 2 tu aku dapat dari si fara masa tgh berGTALK ngan dia. aku ni sebenarnya kat RUMAH. aku CUTI. tu yang INDAH semacam jek hari Khamis ni. hehe. tak perlu bergegas-gegas bangun sebaik saje jam henponku menyanyi lagu Betterman-Robbie Williams. indah indah. tak ke indah cuti ni. hehe.

tapi aku cuti bukan sebab ofis aku dikuarantin. klu nak ikut kuarantin memang dah kena. sebab ofis aku = hospital. memang ramai pesakit yang ada pelbagai penyakit. bila semakin ramai yang meninggal h1n1 kat satu malaysia ni semua orang terus cuak, panik. semua mengenakan maskara mask muka. hoho. memaang amalan yang bagus. si amir pon dah start pakai. ada orang ofis dia kena dah. huhu. dah la ofismate dia preggy. huhu.

tapi yang aku paling geram kan, pelawat-pelawat hospital ni dok bawak anak2 kecik dia gi spital. bukan main suka aku tengok budak-budak tu pakai mask. hish. cuba la tinggalkan ngan sape2 kat rumah. budak2 ngan orang tua kan berisiko tinggi. sebab bila dah kena serang penyakit, antibodi badan dia tak cukup kuat lagi.

tengok aku dah membebel macam mak nenek. huhu.

aku sebenarnya cuti saja-saja. ada urusan peribadi. chewah! peribadi apa klu dari tadi dok melepak depan lappy. ha.. peribadi la tu kan? :D

sekejap la plak masa berlalu bila cuti ni. tengok2 jam dah kol 12. klu kat ofis lambat la plak. aiyak!

p/s : sebut pasal panik H1n1 ni, teringat lak post dynasmokhtar dalam blog dia pasal cuak h1n1. lawak pon ada.
3 Responses
  1. cekkeya Says:

    tu lah...eh ko nih, kamis yg indah??? tapi, cerita pasal org sakit sakit...isk isk isk...


  2. -Misztake- Says:

    ishk3..
    cam tak masuk je tajuk dengan cerita.. :p
    betul ke kalau nak elakkan kena h1n1 makan epal 6 bijik (min) ngan air oren yg fresh tu..?
    saja nak tanya orang kerja hospital..


  3. kuizikel Says:

    indah sbb aku cuti jek.. haha

    misztake.. tak penah dengo lak nasihat dari kementerian/hospital. tapi mkn buah2an mmg elok. slalu dengo amalkan basuh tgn kerap dgn sabun...