Inilah Malaysia

LAGU:
Inilah Malaysia
ARTIS:
Jaclyn Victor & Arch Little Danielle
KOMPOSER:
Taja MUH
PENULIS LIRIK:
Tun Teja


Telah begitu lama,
Mata melihat
Telah begitu lama,
Lidah - lidah berkata
Telah begitu lama,
Telinga mendengar

Ku mendahuluimu,
benarkah aku?


Kau mendahuluiku,
benarkah kamu?


Mengapa tidak kita berlari bersama?

Berdiri berfikir bertindak sebagai satu
Bukan menolak resam
Bukan menolak asal usulmu
Semua untuk satu dan jelas satu untuk semua


Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami demi mencapai cita - cita negara berdasarkan atas prinsip - prinsip berikut.

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja & Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang - Undang
Kesopanan dan Kesusilaan


Mengapa tidak kita berlari bersama

Berdiri berfikir bertindak sebagai satu,


Bukan menolak resam,
Bukan menolak asal usulmu,


Semua untuk satu dan jelas satu untuk semua

Lahirlah kita SATU MALAYSIA


OK iklan dah habis. hehe. kalau nak dengar lagu nyanyian JAC & Arch Little Danielle <-- kenapa aku tak kenal dia ni? :D, boleh pegi kat hotfm.com.my otey... eh apsal tulisan kecik ni....



Lagu ni aku suka tang lirik Bukan menolak resam, Bukan menolak asal usulmu, rasa macam touching gitu. ke aku sorang je yang emosi di hari merdeka ni? hehe.


pastu bila time nak undi tu, aku dan jadi rambang mata.. sebab aku sebenarnya suka lagu ni lagi.. macam sesuai nyanyi lagu ni ramai-ramai la...


LIRIK:

Pernahkah kita terbayang bila kita diserang oleh musuh Negara,
Mana pergi Rukun Negara? Mungkin kita terlupa (kita terlupa),
Masihkah kita mampu membuktikan kesetiaan?

Kita rakyat Malaysia
Satu Malaysia
Apa Rukun Negaramu?


LAGU:
Lagu Rakyat Satu Malaysia
ARTIS:
Rida
KOMPOSER:
Norm Aidid
PENULIS LIRIK:
Norm Aidid


lirik dia keseluruhan aku suka & rentak dia ala-ala generasi baru. agak2 ada can tak aku menang blackberry utk lagu 1 Malaysia hotfm a? haha. klu 2 september ni ada posting blackberry betul a tu... klu idak, diam2 dah jangan tanya a :))


aku ni,nak kata bersemangat patriotik tu tah la. sebab kita generasi baru ni, bukan kita yang susah2 tuntut kemerdekaan tu, maka kesannya susah kan nak rasa. setakat jerit-jerit lagu 1 malaysia tak kira la versi mana pon, macam tade efeklah kan..(tapi mungkin suara akan serak-serak lepas tu, nak kena minum air puasa la plak..haha)... cuma aku rasa, yg penting aku tak buat benda-benda yang menghuru-harakan malaysia dah kira cukuplah kan. ke tak cukup gak? hehehehehe...


tu jelah, malas nak bebel panjang. banyak coding php/html lately berkumandang dalam otak aku ni.... susah betul nak fokus bila ada byk benda berkumandang. terasa macam kepala pelakon siri NUMB3RS plak, macam esok nak exam fizik, otak tu macam ada jek yang berlegar-legar. ish baik aku stop sebelum aku taip yang sepatah haram pon orang lain tak paham..


akhir kata, Apa Rukun Negaramu? Rukun Islam? Rukun Iman? :D


daaaaa



6 Responses
  1. emm.. 1Malaysia utk generasi baru..mana main touching2 nie...huhuhu...

    aku prefer catchy song....aku suka giler kat lagu sehati sejiwa by D gerard singh...


  2. mahyudin Says:

    weh, aku punye, ko dah tolong undi kan tak?


  3. Nurman Says:

    Suka la lagu Jac tu..share la


  4. exam kimia lagi penin la sbb byk nama2 garam yg kene nk ingat hahaha

    selamat berpuasa


  5. kuizikel Says:

    alah faizal tahir menang...huhuhu

    din.. klu aku undikan ko pon, mesti ko kalah gak..huhu

    nurman, aku tade donlod, dengo live je kat hotfm..

    tuah.. haha ye tak ye gak.. tapi mmg dulu mcm susah je sumer xm.. BM pon susah nak score..slamat berpuasa gak!


  6. kuizikel Says:

    leenda.. ko undi tak? mesti tak kan.. haha... tapi klu undi pon mesti kalah mcm aku..hohoho.. sadis