Gila Blog

buat masa sekarang ni kelakuan Gila Blog aku semakin kronik.


apa jek nak diblogkan.. masalahnya bukan blog kat kuizikel.com ni, setiap ada topik khas mesti nak buat blog baru.. lama2 blog sendiri dah kurang updet.. menyebok buat blog lain untuk diri sendiri.. saja nak menyesakkan dunia maya..hehe

contoh terbaru, kan minggu lepas aku ada citer yang kena pegi kursus OpenOffice.org, so minggu ni aku baru masuk spital (sebab ada orang cakap aku tak ngaku keje spital.. nak gak cakap aku ada kat ofis, walhal ofis tu kat spital..hehe). jadiknya, aku kena buat kelas OpenOffice plak untuk spital ni. bagi memberi sedikit pendedahan kepada warga kerja hospital kewujudan perisian pejabat yang percuma. nak buat dokumen bukan hanya boleh guna Microsoft Word jek (no hard feeling yer Microsoft).. hehe.

Sehubungan itu, aku rasakan aku perlu membuat 1 modul latihan yang mana nanti bakal anak murid aku (belum-belum dah berlagak) akan dapat merasakan pengalaman belajar secara fun. haha. ayat macam hebat, walhal tak pon. semalam aku dah mulakan buat nota/tutorial, tapi oleh kerana kegilaan blog ni, maka aku dengan semangatnya, sambil buat nota, aku terus update kat blog khas yang dibangunkan untuk OpenOffice.org




siap buat subdomain tu. kira blog ni anak kepada kuzikel.com lah. nak tunggu anak sendiri takde rezeki lagi buat masa ni, maka buat anak secara maya pon kira boleh lah ek.. ngehngeh.

dalam blog tu pon nota full memang tak siap lagi. tengah dalam proses pembikinan. ada 1-2 post yang aku letak bila aku dapat ilmu baru sambil membuat nota Writer OpenOffice ni.

sebagai pengguna tegar Microsoft Office (bil gates sila bangga sekarang ;)) selama ni, aku mesti nak comparekan fungsi-fungsi kat yang sedia ada kat MS Word, ada tak kat Writer. memang mula-mula gila payah aku nak cari, contohnya, aku nak buat Word Art.. cari kat help tak jumpa. aiyak takkan tade, ni dah kecewa ni.. lepas tu gugel punya gugel, rupanya ada aaa. tapi nama dia FontWork... hehe. tu yang bila aku belajar benda baru tu, terus aku buat post kat blog tu, sambil aku update dalam nota/tutorial yang bakal aku terbitkan tak lama lagi. chewah. semuanya percuma jangan bimbang. it's free, really, really free. no hidden cost. berbaloi-baloi. eh tiru! :)

lepas tu aku nak buat change case dalam latihan, tapi cari-cari Format > Change Case ada lowercase ngan uppercase jek. mana pegi Title Case wei.... gugel punya gugel, baru jumpa. benda tu takde kat bawah menu Change Case, ada kat font effects. aiyak. tapi takpe. ingat FREE FREE FREE. tak perlu bayar.

tak perlu risau bill gates datang kejar kamu sebab pakai perisian cetak rompak, nak-nak masa tu tengok syok menaip surat cinta pakai microsoft word, hehe. tak perlu sorok-sorok pass cd/thumbdrive kat kawan dan berbisik-bisik.. syy.. ini aku beli kat paso malam taman suria, abang yang gemuk-gemuk tu jual bawah meja. kalau ada orang tanya jangan cakap aku yang sebarkan. haha. pandai-pandai buat drama sendiri. OpenOffice.org ni memang free, jadi memang tak perlu risau untuk sebar-sebarkan & tak perlu ada rasa bersalah jika menaip/buat graf/presentation guna software ni. eh ada tak korang rasa guilty bila PC kat umah tu pakai software cetak rompak, dari windows sampai ke microsoft office sampai ke adobe photoshop... macam tade je kan.. hahaha. (ada software GIMP yang free, katanya features macam adobe photoshop, ni aku tak test lagi)

ada satu lagi yang major aku rasa tade kat openoffice 3.0 yang aku pakai ni bila nak CROP gambar print screen. gila susah sebab dia tade keluar ikon crop tu untuk drag n drop. siap kena klik-klik measure nak potong dengan ada preview gambar yang akan disiap potong kat skrin kecik cinonet. gila susah aku nak buat dokumentasi wei. pastu dengan pertolongan encik gugel, aku berjaya carik. rupanya ada la orang yang baik hati untuk buat extension. so boleh add on dalam OpenOffice. dan taraaaaa aku boleh buat dokumentasi dengan indah dan enak sekali. waduh!...

dalam diam aku mula jatuh cinta pada OpenOffice.org... dalam diam tu..heheheheehe

tu lah kata orang, tak kenal maka tak cinta kan. dah kenal terus suka ajak kawen. eh eh eh.

so apa-apa feature yang aku baru jumpa (mungkin ramai orang dah tahu, aku jek yang jakun) , aku akan share kat http://openofficeorg.kuizikel.com/ ni... bila dah siap semua nota pon sama.

aku terasa OpenOffice panggil aku la...heeeeeeeeee

till then, assalamualaikum.. have a nice day everybody v(^_^)

Comments
8 Responses to “Gila Blog”
  1. salam KUI
    amboi lawonya BLOG hang
    almaklum Tokey BLog lar ni NO....
    cun

  2. cekkeya says:

    hahaha promot jgn tak promot...baik cikgu!!!

  3. milin says:

    Kui susahnya nak jumpa kat facebook, kui online tak kat facebook? nak mintak tlg pasal blog :)

  4. amoi says:

    comel la blog baru...hehe...ni buat rasa nak try openoffice ni...tapi kat lappy sudah ada microsoft office yang disponsor oleh bos..hehe...

  5. kuizikel says:

    sis dod.. lama tak ketemu...

    cekkeya... nanti aku ajar kat adik2 kita guna.. hehehehe

    milin..aah la.. lupa nak online.. klu online kang tak buat keje.. on la YM, 23 jam online.. ym id : cikesid

    amoi.. pasang 2-2 ok.. cari pengalaman, senang nak ajo kat anak pinak nanti..muehehe

  6. kuizikel says:
    This comment has been removed by the author.
  7. Anonymous says:

    hahaha
    mcm aku pernah dengo nyer stmt tuuuu 'keje kt sepital'

    dr insan yg tgh stress ngan boss sendirik

  8. Maya says:

    good job kui..
    saya pernah guna dulu open office.. lama dah.. tak ingat version baper mase tu.. tapi fed up pas tu fed up.. hahha.. rasenya version latest ni dah makin ok kot.. kan.. kan..

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL