Ever wondered where the lost things go?

Kalau anda barang hilang dalam kehidupan sehari-hari, berapa lama masa yang anda akan sebok mencari barang tu? Contohnya macam hilang tudung pen ke, hilang stoking (ini ejaan yang betul dan boleh ditiru untuk peperiksaan, rujuk DBP)sebelah ke.. korang akan ignore & continue dengan hidup ke? atau menghabiskan sehari suntuk sampai amik cuti untuk cari barang hilang sampai abis?

ada masa barang-barang yang dicari ni kita jumpa balik. alhamdulillah. lega. tapi ada masa, tatau ke mana walau dah abis satu rumah kita geledah. so have you ever wondered where the lost things go?

taraa.....A PLACE CALLED HERE... itulah jawapannya... hehe..


Buku ni aku beli bulan lepas masa gi KL. dengan mengusung beg berat nak mampus pegi MPH Alamanda. macam orang nak balik kampung tapi tersesat. tapi ku tabahkan diri mengheret beg tu semata-mata ingin membeli buku bagi menambah ilmu di dada... chewah!.. (sambil menarik nafas dan menepuk bahu tanda bangga dengan diri sendiri).. haha.

buku ni best (aku ada masalah malas nak tulis huruf besar pada permulaan ayat).. aku beli buku yang 2 in 1 (cover dia lain sikit, tapi aku malas nak amik gambo, curik kat internet jek cover ni), satu lagi tajuk thanks for the Memories, baru baca 2-3 helai. penulis dia sama gak, si cantik cecelia ahern .. sejak buku P.S I love u & where rainbows end, aku memang tak teragak-agak untuk beli lagi buku dia walaupun tak baca review kat internet. sebab aku yakin ngan cerita-cerita dia. walaupun buku yang if you could see me now aku tak berapa fancy (sesuai ke guna fancy, haha), tapi tetap tak memutuskan keyakinan aku pada tulisan cecelia ni.. hehe. tapi si slyde suka la if you could see me now tu, kan slyde? (hapdet blog wei)...

berbalik pada topik asal. aku ni jenis tak amik kesah klu tutup pen hilang ke ape ke.. beli lain je lah, nak-nak klu bukan pen aku yang beli. haha. tapi klu ilang wallet ke, ic ke, baru la cari beria. setakat setoking yang beli RM5 dapat 3 pasang kat paso malam tu, tadela beria aku mencari. hehe.

tapi berbeda ngan watak utama citer A PLACE CALLED HERE ni. Sandy Shortf, seorang yang sangat obses ngan barang hilang dalam hidup dia, hatta sebelah setoking pon dia akan cari sampai lubang cacing. sejak tu hidup dia penuh dengan persoalan, ke mana semua benda hilang ni pergi. ditambah lagi dengan misteri kehilangan kawan sekelas dia, semakin bertambah-tambah curiosity (harap2 eja betul) dalam hidup dia.. sampai dah beso dia jadi polis, semata-mata nak cari orang-orang yang hilang. lepas polis dia bertukar jadi gaban penyiasat yang kendalikan agensi pencari jodoh cari orang ilang... dahsyat betul..

sampai satu masa, dia pon jadi salah seorang yang hilang dan di sinilah dia dapat merungkai banyak persoalan yang membelenggu hidup dia selama ni...a place called here, where all missing things go... akan tetapi, walau bagaimana indahnya satu tempat tu, tapi there's no place like home right?... setelah banyak persoalan terjawab, now all she wants, more than anything is to find her way home...

dapatkah sandy mencari jalan pulang? sama-sama tunggu penjualan buku ini di SHOP4book setelah aku habis baca... hehehee

p/s : tade pinjam2 otey ;)

p/s 2 : klu ada buku 2nd hand yang nak jual bagitau aku a, lama dah SHOP4book tu tak berupdet..

7 Responses
  1. mahyudin Says:

    fuh, dari gaya review mcm layan je citer nih.. ala, takleh pinjam ke?


  2. kui... sejak aku tgk movie p/s i love you....aku carik novel dia. Ternyata lebih romantic bila baca buku cita nyer...

    aku ada 2..p/s ilove you + if you could see me now. A Place called here aku tak de lg...so, jgn jual. Jual kat aku ok??? Deal... aku pulak jenis syg nk jual buku2 aku... if ko dtg umah aku..leh lah loan novel aku... aku suka sidney shieldon....sgt suka!


  3. kuizikel Says:

    din, penat dah buat p/s kat bawah tu.. haha

    fuh tak sia2 promot, dah ada buyer..hehe.. movie dia memang kureng feel.. baca buku memang tak sabar2 tunggu next letter kan?

    sidney shieldon pon aku suka tapi sebab kulit buku dia agak dewasa & tak funky aku kurang tertarik nak beli (logik tak? :D).. tak sedar diri aku dah tua gak..haha...


  4. oit... sesuai lah dgn dia yg dah tua weii.. cecelia tu lain lah..masih muda jelita... hahahha...

    jual murah2 tau...hahaha


  5. YUZIE AMIR Says:

    Dah ada pembeli ke?
    aku baru nak booking..lenkali beli la lebih heheheh..


  6. kuizikel Says:

    yuzie, zizi dah cop, lepas zizi baca, dia jual lak 3rd hand... (apsal nama korang ni zi zi ni.. mcm pakat jek mak pak..hehe)

    yuzie, ko pon minat cecelia kan.. yg beli dr amoi tu dah baca ke :P

    kang aku beli tajuk lain plak aku jual kat ko k, banyak lg buku tak baca lagi ni :)


  7. amoi Says:

    wah dah ada org cop rupanya...tak sempat nak cop...aku jadi 4th hand?ahahhaha...