Camne nak letak ikon comel kat browser blog?


tolongla cakap korang perasan, klu tak kecik hati gue.. haha

untuk pengetahuan yang mana tak ketahuan lagi lah, yang dah tau sila buat-buat tatau ok. hehe. nama ikon comel kat atas browser bila kita bukak blog/website mana-mana adalah FAVorites icon atau nama pendeknya FAVICON. Secara tetapan lalai (read : default) untuk blogger adalah ikon huruf B. Klu kat Yahoo ada Y!...  dan banyak lagilah.. 

so kali ni cikgu nak ajar.. (tiba-tiba gelarkan diri sendiri cikgu, tatau malu :O),

camne nak ubah favicon supaya lebih serasi & feel ngan tuan punya blog. sila ikut langkah-langkah berikut :

1. carila ikon kegemaran atau kegeraman masing-masing.

boleh test kat http://www.freeiconsweb.com/index.html .. atau bleh gugel sahaja...lagi 1, nama pon ikon, klu nak letak muka korang boleh gak la, tapi cuba fokus kat tang mata ke idung ke.. sebab nanti cinonet je fav icon ni, so takyah over nak letak muka sendiri.. ngeh ngeh

2. upload ikon tadi kat flickr ke, photobucket ke, picasa ke..atau imageshack mana-manalah yang sesuai yer... kat blogger ni pon boleh, tapi kena pandai cari link dia nanti...

3. pastu login kat blogger korang > klik layout > edit HTML > tick pada Expand Widget Templates

4. klu takut apa-apa bencana alam terjadi, sila backup dulu template. sebarang bencana terjadi jika tak backup aku tak tanggung.. hehe.

5. lepas dah backup, klik Edit kat atas browser tu > find @ boleh tekan CTRL + F. Cari perkataan < /head>

6. tampal (read : paste) kod kat bawah ni SEBELUM perkataan < /head>

DAPATKAN KOD KAT SINI
(MAYA, tak berjaya la guna kod tu, still code ni akan execute)

7. PREVIEW dulu, kalau OK baru SAVE.
pening? oklah kalau pening, aku offer diri untuk buatkan untuk blog korang. FREE ok. tiada caj tersembunyi, percayalah. berbaloi baloi. hehe. tapi korang pilih la icon dulu, jangan nak pilih icon pon soh aku pilih. kang aku letak icon bukan-bukan kang. ha ha ha.

p/s : aku tengah test function scheduled post guna draft.blogger.com . aku jadualkan pukul 10 pagi esok baru post ni keluar walaupun sekarang ni baru pukul 1.10 pagi. apa 1.10 pagi? haha. tadi petang dah tdo lama, so malam takleh tdo daaa.. penang penang. bila leh aku leh makan char kuew teow penang yang sedap ni, huhu.


automatic published with blogger draft

Comments
10 Responses to “Camne nak letak ikon comel kat browser blog?”
  1. 0ren says:

    pasan2!nti nk wt juge..bentuk oren..ade x?ahaha

  2. cekkeya says:
    This comment has been removed by the author.
  3. cekkeya says:

    oh...pesal aku tak perasan eh??? (saja kasi ko angin...) muahahahha

  4. kuizikel says:

    oren.. buat jgn tak buat

    cekkeya.. potong elaun bln ni :P

  5. mahyudin says:

    cool.. terima kasih cikguuu!!

  6. yeay!!! inilaaa yg kau crk2 selama ini... heheeh... thanks cik kui... to kan kn baca byk kali laa... tak paham sgt... hahaha... mana amik IT aritu... huhuhuhu

  7. cik kui... bila smpi item no.6 aku dah tak reti buatla... mana nak dpt kan kod tu? huhuhuhu... aku mmg tak terror IT.. hahaha.. tolong wat kan utk aku... huhuhu ;-)

  8. amoi says:

    aku bukan nak kecikkan hati ko..tapi serius aku tak npk...ada huruf B je kat tab tu...huhu...

  9. kuizikel says:

    din..terima kasih je? homewrok cikgu bagi dah siap lom.. rotan kang :))

    hang_lipur...nampak macam dah ok je ko buat kan? hehehe... apa2 YM k

    amoi.. mesti pakai IE kan? gunalah chrome, the fastest n kewl browser ever... klu pakai IE, ko try masuk google ke , yahoo ke.. mesti tak nampak gak kan favicon tu...

  10. Anonymous says:

    18 летние девочки http://free-3x.com/ посмотреть порно видео с малолетками в онлайн free-3x.com/ малолетки фото [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL