Pindah Rumah Baru

sebaik sahaja korang semua membaca ayat yang aku sedang titipkan sekarang ni, harapnya korang telah mengerti maksud aku dengan pindah rumah baru. hehe. iyer rumah ini, yang aku kemas lebih banyak daripada aku kemas rumah di alam nyata.. hehehe..

2 hari cuti ni aku hanya habiskan kebanyakan masa untuk mengemas rumah yang satu ini. memang mengasyikkan. selaku pengecat blog yang sebok mengecat blog orang lain, pastinya akan terdetik, betul ke budak ni pandai cat blog. blog sendiri pon tak terjaga. ibarat ibu ketam mengajar anak ketam berjalan lurus. eh ada kaitan ke? haha.

mungkin ada yang merindui blog lama aku,eceh perasan! oleh itu aku sempat print skrin sebelum mengecatnya dengan wallpaper lain.. mari beramai-ramai saksikan.. hahah


so rumah barunyer, sila lihat sekeliling... ada pagar, lady bird (menunjukkan aku ni lady.. ramai panggil aku bro. haha.. aku stacy lady ok.. haha. siput babi pon ada kat bawah tu. ia datang dengan template, aku tak leh menolak kehadiran siput babi tu.. hehe. terima ajelah seadanye.

yang part paling seronok aku berjaya merandomkan banner kat atas ni. cepat cepat tekan F5/refresh kan pelayar (browser) korang ni. pada mulanya agak sukar walaupun aku pernah randomkan banner kat blog si yuzie, tapi template yang ni agak payah sket. tapi berkat kesabaran & kegigihan, usaha tangga kejayaan, maka aku berjaya merentasi rintangan dan halangan tanpa mengenal erti putus asa, lalu jadilah banner ni.. horey. eh. bersyukur-syukur. bila aku banyak fikir camne nak ubahsuai blog ni, lebih banyak idea-idea menerpa. banyak keyword-keyword yang muncul untuk aku bertanyakan kat mr. gugel ni (eh gugel ni lelaki ke perempuan ek, haha).

selain tu aku dah susun aturkan blog aku ni agar lebih teratur dan kemas. chewah. perasan tak ada link GENG BLOGGERS kat atas ni. ha. oleh kerana list rakan semakin ramai, silaturrahim yang dibina di alam siber ni juga perlu dijaga, maka aku dah wujudkan ruangan khas untuk GENG BLOGGERS. maka kepada sesiapa sahaja yang ingin bertukar-tukar pandangan. eh. bertukar-tukar link, jangan segan silu, layangkan emel @ komen sahaja di sini, atau di ruangan chat atau di mana-mana sajalah, selagi tempat tu masih di dalam blog kuizikel.com, kalau kat tempat lain tak dapatlah den nak nolongnyer. hehehe. kepada yang mungkin dalam diam meminati aku (haha), dan telah baik hati meletakkan link kuizikel.com, tapi aku ni manusia yang sering lupa & melakukan kesilapan, sila la khabarkan pada aku supaya aku juga boleh meminati blog kamu (ayat nak DIVA).. hehe.

turut aku muatkan di ruangan GENG BLOGGERS adalah BLOG SELEBRITI. setakat ni jumlahnya masih sedikit, tu pon aku curik kat blog cekkeya... hahaha. nanti aku tambah lagi. kepada artis-artis di luar sana yang ingin meletakkan alamat blog di blog ini, bolehlah berbuat seperti langkah yang dinyatakan di perenggan sebelum ini.. hahahahaha. artis manalah yang baca blog aku ni kan. heheheheheheh. eh tapi klu ada, tinggal-tinggalkan komen yer... tu dah kira sign autograf la. kehkehkeh!

setakat ni aku dah test kat 3 browser jek, IE8, Google Chrome & Mozilla. so far nampak pagar tu tak lari. IE7 ada lari sket. pagar pon ada kaki. haha. klu nampak ada lari-lari, harap dapat dilaporkan supaya aku leh kejar. hehe.

oklah, masa tak mengizinkan ni, aku perlu undur diri. (bajet bz macam menteri).

ada air sirap ngan ayam radix kat tepi tu. tempe goreng cicah sambal kicap pon ada. ABC ada kat tepi pagar. layanla diri kat rumah baru ni, tapi buat macam rumah aku la, jangan buat sepah banyak sangat, penat aku kemas.... kui kui kuizikel :)

enjoy \(^_^\(/^_^)/ e ah e ah!!!!
8 Responses
  1. cekkeya Says:

    muahahahah

    mak mertua ko panggil soh kemas umah!!!


  2. slyde Says:

    somel lah siput babi ituh :D


  3. mahyudin Says:

    wah, umah baru!

    mmg cantik tertarik blog kau mmg the bomb lah..!


  4. Nurman Says:

    Rajin pulak yer nak mengemas rumah, aku ni nak update blog pun malas, btw cantik la rumah baru ni..:)


  5. kuizikel Says:

    cekkeya :P:P:P (tak panggil pon)

    slyde, somel ek, pujian kepada siput babi tu tak boleh mengescapekan kamu dari open table, tak kira la bulan bila,hahah

    din, jgn bomb blog aku sudah ye... :)

    nurman, rajin dok kemas umah MAYA je nik, yg lain malas..hehe.. eh aku add ko kat geng bloggers yer


  6. amoi Says:

    wah...cun ah umah baru...ni rasa nak guna khidmat pengecat blog ni...ehehehe...


  7. kuizikel Says:

    amoi..rasa jek? :D


  8. azieyan Says:

    salam...bestnye dapat pindah umah bru..mesti anda mencari 2x tukang jahitkan!sila layari azieyan creative