Fenomena Logamaya

Oleh kerana aku sebenarnya memang tertarik dengan isu ni, tapi selalu malas nak buat ulasan, dok menyebok mengulas kat ruangan komen blog orang lain jek. hehe. eh bukan isu Fenomena Logamaya. citer tu bawah sket, isu Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)dulu.

aku pon taknak mengulas panjang. aku SETUJU dengan pemansuhan ni. pada aku paling penting adalah konsep dan pemahaman tentang satu-satu ilmu tu, tak kira la subjek sains dan matematik ke atau subjek lain. kita juga kena faham hakikat. setiap orang ada kelebihan di 'tempat' yang berbeza. aku pon dulu rasa nak faham satu-satu benda kat sekolah tu pon rasa tak terpaham. last resort jadi burung kakak tua, main hafal. alhamdulillah aku kuat makan tempe, maka aku boleh menghafal dengan agak baik (siap hafal kat belah mana ayat tu dalam buku teks.. haha). masa subjek matematik asas kot masa first year kat UM aku siap boleh hafal skema jawapan peperiksaan tahun - tahun lepas yang siap ada jalan kerja. hahaha. soalan-soalan tersebut pon keluar dalam exam. maka aku bleh lulus dengan flying colours. eh flying colours konon. aku rasa memangt ramai kantoi dapat F di kalangan kawan-kawan aku. matematik pon bleh hafal. dahsyat kan? masa belajar dulu rasa memang 'tak cukup masa memanjang'. aku tatau la aku sorang je rasa gitu. tapi tup-tup je eh dah konvo. haha. tapi tak semua la subjek aku hafal ok. klu susah sangat dah nak exam pastu dah tak sempat nak belajar aku bedal la saja, guna aje la khasiat tempe yang aku ada. hehe.

kepada yang jadi cikgu-cikgu sekolah di luar sana, koranglah harapan bangsa. jadikanlah sekolah ni suasana belajar yang paling menyeronokkan. please think outside the box. tolonglah buat macam belajar sains tu katakan jadi satu yang macam main-main jek, pastu bila habis kelas, pelajar-pelajar ni dapat faham konsep. jadi bila dah faham konsep, nak goreng jawab soalan periksa pon senang..tak perlula nak hafal dari permulaan ayat sampai tanda noktah pon nak hafal. haha. pastu bila mereka keluar jalan-jalan, dia 'nampak' apa itu sains dalam kehidupan seharian. contohnya fenomena logamaya. eh sapa tau fenomena logamaya?

Fenomena logamaya boleh menjadikan permukaan jalan kelihatan basah. Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah TIDAK benar berkenaan logamaya?

A.Logamaya melibatkan pembentukan imej maya.

B.Logamaya memerlukan kewujudan lapisan udara dengan ketumpatan yang berbeza.

C.Logamaya memerlukan kewujudan lapisan udara dengan suhu yang berbeza.

D.Logamaya hanya berlaku di kawasan jalan di mana cuaca adalah sangat panas.

E.Logamaya disebabkan oleh pantulan dalam penuh dan pembiasan cahaya.


sila jawab di ruangan komen tanpa gugel di internet ok :) (jangan ngelat)

logamaya ni aku tatau la kenapa aku ingat sampai sekarang. aku rasa sebab selalu aku naik kereta masa kecik-kecik, aku selalu pelik kenapa jalan raya kat depan tu akan nampak basah. tapi bila lalu betul-betul, tak basah pon. so bila aku pegi sekolah, subjek fizik tingkatan 4 kot, aku baru tau itulah fenomena logamaya.

aku rasa semua orang main peranan, ibu-bapa, guru-guru, kawan-kawan dan semua yang berada di persekitaran. tapi apa yang paling penting? "KERJASAMA".. haha. baru tertengok wonderpet aritu.

eh tadi awal-awal kata tanak mengulas panjang? :)

akhir kata, sila undi di sini..

Comments
11 Responses to “Fenomena Logamaya”
  1. okla..aku setuju jgk la wpun ade sdkt ketidakpuashatian bile ppsmi tu dimansuhkan..of course ade pro n cons..ade yg lbh ade yg tidak.. pd aku english mmg penting dlm kehidupan skrg.nk bukak blogspot pn kna atleast tau 2 3 kerat ayat BI sbb blogspot tk bg la plak instruksi in BM kan hahaha..tp since derang nk memperkukuhkan lg subjek BI kat skolah2 maka.compensate lah tu..jgn indah khabar dr rupa sj dh la..peruntuk smpi 5bil utk perkukuh BI..tgk2 3-4bil abis anta officer g oversea konon nk study mcm mn nk wat BI lbh berkesan.. pastu kan duit terbuang camtu lg..aish,takleh la komen bab ni byk2..aku kang lbh emo lak hahahaha..papepon slmt ari jumaat la ye :)

  2. Anonymous says:

    Masa awal-awal dulu akak mmg setuju pelajaran dlm bhs inggeris bg dua subjek tu sbb lambat laun kat U nnti pun semuanya dlm BI kan? tp kemudiannya bila akak kaji balik dari sudut lain termasuk le perlembagaan negara (cewah)sebenarnya Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia le yg patut diutamakan dlm apa jua keadaan. Kalo bangsa Indon dan Jepun boleh berbangga dgn bahasa mereka, kenapa kita tidak? maju gak dorang. Yang penting adalah memperkasakan bahasa inggeris tu. Yang aku kesian tentunya budak-budak yg jadi bahan experimen utk subjek bahasa tulah..kejap melayu kejap omputih..dan kalo tgk peratus pun mmg sangat merosot. Nak memahamkan satu hal nak menjawabnya pun satu halkan.

    bis ^ ler ni^

  3. mahyudin says:

    aku malas nak komen psl PPSMI sebab ramai orang dah komen. semua org pun ada pendapat masing2, semua pun rasa masing2 betul n semua benda pun ada pro n cons nya, tambah2 bila melibatkan dasar kerajaan..

    terus terang aku tak tau apa jawapan utk soalan fenomena logamaya tu sebab semua jawapan mcm possible, tambah2 lak aku bukan budak sains, hehe, tapi tak silap fenomena logamaya nih jugak known as fatamorgana, betul kan..

    apa yg penting? bekerjasama.. hahaha, piyah suka la menatang2 wonderpet nih..

    eh eh, terkomen panjang macam buat blog sendiri la pulak, huhu..

  4. Yup.. bg aku english penting.. tp kita kena guna bahasa mudah utk subject yg agak susah cam maths + sains...

    ko tgk aje aku nie..abis master... skrg dok bukak buku lg... org perli..aik dah ada master pun pakai reference? mana tak nya.. org french cakap english sama cam depa cakap french... aku selalu LOST dalam kelas.... :(

  5. Amran says:

    masalahnya bukan pada orang pandai, omputih ke, onjawa ke omelayu ke language dia. sure dia boleh score nya. Kesian dia kat orang2 bodoh nih. Tak sampai target penyampaian ilmu bila dalam BI nih.

    Jadi pembatalan ni, lebih kepada jurang ilmu antara orang yang bodoh dengan orang yang pandai makin besar. Yang bodoh makin bodoh, yang pandai tak apa-apa language pun dia score gak. hehe.

  6. Anonymous says:

    bukan bodoh, cuma kurang cemerlang...

  7. Acai says:

    ooo, baru tau nama benda alah tu logamaya..teringat dulu kecik2 kejar benda tu naik beskal..penat je, sebab tengok takde pape..:) D kot jawapan kat atas (tanpa google)..pasal PPSMI tu, err apa benda tu,hahahahha*kidding2..

  8. Nurman says:

    Jawapannyer D, betul ker?

  9. kuizikel says:

    fuh ramai mengulas panjang..hehehe..aku pon takmo ulang pjg lagi... keputusan undian

    Anda SETUJU PPSMI diMANSUHKAN?
    Setuju 58.3% 7
    Tidak Setuju 41.7% 5
    total votes: 12

    pergh sapa la aku nak dibandingkan ngan blog chedet..hehehehehe..... beratus2 undi kat situ..

    ok jawapan utk soalan tersebut mmg D.. tahniah kepada acai n nurman.. & hadiahnye.. menyaksikan logamaya secara live... hehehehehehehhe

  10. liya71 says:

    fenomena tu di panggil fatamorgana... teringat lagu hijaz-fatamorgana

    nah lirik dia

    Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
    Syarat bahagia di dunia
    Akhirat kekal selamanya pada Allah

    ( korus )
    Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
    Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
    Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
    Sudah sunnah ketetapan Ilahi

    Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
    Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
    Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
    Tiada sudahnya dunia yang dicari

    Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
    Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
    Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
    Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
    Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
    Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

    ( ulang dari korus )

    Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
    Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
    Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
    Hidup akhirat kita kekal bahagia
    Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
    Hidup akhirat kita kekal bahagia

    Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
    Syarat bahagia di dunia
    Akhirat kekal selamanya pada Allah
    Allah

  11. alamak,lmbtnye aku komen..asik takleh masuk...hehehe...

    aku jawab D gak...hehehehe...

    bukan setakat di jalan raya,malah di padang pasir juga..

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL