T____________________T

lama gila tak updet blog, nampak sangat nak riak dengan menaip 71 perkataan seminit.. kira dalam 1 second, aku leh menekan lebih dari 1 huruf... fuh. dah dah jangan riak.. haha


kat sebelah ni gambo whiteboard kat ofis baru aku.. sila call aku di no tertera jika hendak mendapatkan nasihat-nasihat berkenaan kesihatan. tapi kepada yang tatau nama penuh aku, jangan sesekali cuba untuk call dan nak mintak sambungkan pada puan kuizikel... aku sontot karang!



pagi tadi aku buat projek meronda kat hospital dengan membawa dslr. orang kat hentian teksi siap panggil aku, ingat aku AJK Sinar (Buletin kat hospital ni).. siap mengadu tade pelanggan.. haha. pastu aku gi kat Balai Pelawat, ada akak tu panggil. dia cakap dah 2 malam ada kecurian kat Balai Pelawat. haha. dengan berbaju kurung benang hitam berwarna pink dan bertag ofis, ada gaya paparazi kot aku ni :)



mari-mari naik teksi...


pastu aku sorang2 gi kat gate depan, dekat jalan raya besar.. oh lupa, aku sebenarnya nak amik gambar-gambar baru sekitar hospital ni untuk update laman web hospital ni. nampak sangat zaman silam siap ada tarikh pulak kat gambar-gambar dalam laman web ni.. hehe. tak setaraf dengan status hospital IT. sib baik kat carta organisasi IT tu tade muka aku. klu tak lagi ketara sapa yang tidak mengupdetkan. hehe. takpe, bagi aku sedikit masa, akan ku abadikan gambar-gambar indah dengan design yang gempak... (haha cakap berapi!!!)

kalau korang nak tau, kalaula nak tau.. klu tanak dah.. jangan baca... hehe. hospital-hospital baru ni, macam kat sungai petani, alor setar, ampang, serdang, sg.buloh, selayang, bangunan dia datang sekali ngan sistem IT. maksudnya masa tender tu sekali dalam pakej la.. so sekarang ni, owner sistem ni adalah JKR.. sistem IT kat sini merangkumi semua la... pendaftaran, diagnosis, book katil sampai caj sumer pakai sistem. aku pon tak penah tengok lagi kat wad, tapi diaorang cakap sumer nurse & doktor klu round wad akan usung laptop atas troli. so semua nota-nota dan apa-apa berkaitan pesakit diaorang akan key in. so bayangkanlah berapala lama leh tahan laptop2 ni bila digunakan 24 jam... hoho. dalam tahun depan sistem ni akan tamat warranty, lepas tu baru akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.


dari pandangan depan... oh hospitalku maju jaya :)



kalau korang ada helikopter, boleh la datang melawat aku kat sini... ;)


inilah dia hospital yang kusayangi..hahaha


cukup besar tak signbod?


gila penat aku amik gambo. busuk 1 badan. hehe.

patutnya petang ni nak sambung amik gambo-gambo lagi. tapi aku rasa penat lah. takpelah esok masih ada kan? :D




Comments
11 Responses to “T____________________T”
  1. mahyudin says:

    letak la gambo nurse2 pelatih sekali.. teringin nak tgk nurse2 kat kedah.. eheh..

  2. sal says:

    ohoooo hospital tempat sy melahirkan syasya. syhhh nk bg tau rahsia jgn heboh2 kat staf situ, nanti jgn beranak kat sini, doktor2 dia kasar buat keje, seriau kalo diingtkan balik pengalaman bersalin kat sini.

  3. kuizikel says:

    din... amboi2.. tunggu2 yer.. klu ada rezeki ko adala nanti ;)

    sal.. alahai, baru dah book bilik VIP kat situ... hahaha

  4. salam kui
    perghhh menarek OOO
    tu yang ada font signboard merah tu nampak aaa
    hehehheheh (mesti diaurang ingat hang wartwan erk)

  5. Sila beri nasihat kesihatan kat saya " baby sy enggakkk mau keluar lagi!"....huhuhu

  6. cekkeya says:

    huhuhu

    bukan ko memang ada gaya paparazzi ke???ekkeke

  7. kuizikel says:

    dila... wartawan.. smpai ada yg cuak, tanya dah dpt permission pengarah lom..hehe

    leenda.. aritu kan aku dah bagi? buat cepat... sama macam doktor tu pesan.. (a lot) :P

    cekkeya... mamarazzi a..huhu

  8. Anonymous says:

    tajuk ko tu apa maknanya.tak paham

  9. kuizikel says:

    tajuk tu maksudnya aku tak reti nak letak tajuk apa... T___________T hehe

  10. menakutkan...

    "aku sontot karang"
    "Paparazi"....

    sib baik Puan ni dok jauh...

    hehehe, jgn marah, nanti kene jual...

  11. huhu...HSA JB gak yg masih tak IT..huhuhu

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL