There was something inside of you...

apsal dah lama tak updet blog pastu tajuk entry mesti nak jiwang jek a? hahaha.

aku rasa mungkin terlalu lama menghabiskan masa di jalanan setiap hari masa gi keje. jadi pelbagai lagu-lagu dari redfm, hotfm, erafm sumer dok bertukar ganti. pastu klu dengo lagu-lagu lama yang lirik dah sebati ngan jiwa aku, mesti aku dok melalak siap ngan gaya video klip dalam kereta. haha. pastu bila lirik tu jenis yang emotional tu, macam lagu armageddon i don't wanna miss a thing, angel of mine monica.. mesti nak nyanyi dengan penuh emosi sampai dah ala-ala sebak. apa ke hal? memang tak boleh blah. haha.

tapi takpe, walaupun pekerjaan sehari-hari mengambil masa 12 jam semuanya, keluar 6.45 pagi, smpai rumah 6.45 petang namun aku sangat suka ngan keje aku skarang ni.. maybe sebab keja sekarang ni lebih kepada pengurusan yang berkaitan ngan sistem aplikasi macam portal, sistem hospital information system yang mana aku dah sebati selama ni. bab-bab isi change request (CR) form untuk bagi kat vendor aku memang dah pakar dari dulu. haha. siap aku rasa nak buat sendiri je CR tu rasanya. klu kat ofis lama memang lama dah aku kerjakan. tapi oleh kerana sekarang ni masih terikat ngan kontrak dan tak boleh suka-suki jahanamkan server, so aku terpaksa menahan diri dan redha je isi CR form yang tatau la bila enhancement sistem ni akan dibuat. hehe.

ish tengok tah apa je aku menceceh. mak nenek betul.

hari ni aku tak gi keje. sepatutnya aku tengah drive pegi putrajaya sebab esok aku ada seminar seharian kat PICC. seminar berkaitan keselamatan ict lah gitu kot. tapi oleh kerana aku agak bijak dan mengada-ngada, aku nak kena ada driver. so aku tunggu je petang ni, naik air asia. sejam je dah bleh sampai dengan harapan tiada sebarang delay di situ. insya-Allah. amin. :)

so sebenarnya berkaitan entry sebelum ni, aku berlagak je macam pandai main gitar. sebenarnya tidak pon. haha. dalam mimpi je sumer tu. cuma 2-3 hari kebelakangan ni aku dok mengasah mata dan bakat dalam mengambil gambar. bakat tu? phew phew. hehe. kebetulan kat photoskool terjumpa sorang lady photog area utara ni dan dia open untuk Tag Along, bukan along yang ceti tu otey, ni maksudnya ikut bersama-sama mengambil gambar sambil belajar. ala-ala melancong sambil belajar la dulu-dulu tu..hehe.

hari jumaat tu ada nikah kat area jitra, so aku akhirnya berjaya mengikut shizukana jun untuk ambil gambo.


masa ni ikut pengantin mekap kat alor setar


pantang nampak kasut mesti nak amik..heh


lepas tu nikah kat masjid darul aman area tanah merah,jitra.. aku time amik gambo ramai-ramai mesti fail. aku tak tahu hala tuju. hehe. main taram jek.


for her


pengantin yang cantik berlesung pipit.. safina nama diberi...


betul la bahagia kawen ni..hihi


terimalah wang hantaran ni...(kayo kayo)


taraaaaaa... cincin kami.. hehe.. gambo ni sebenarnya aku amik, si jun yang try pakai kamera aku sebab aku dah blur camne nak amik..thanks jun :)


lepas nikah gi umah pengantin pompuan, outdoor sikit2.. rumah dia cantik, banyak tempat leh buat outdoor..


sangkar cinta..hehe


budak-budak kecik ni ramai betul, sumer sebok nak interprem masa si jun tengah amik gambo pengantin.. so sebagai tak mengecewakan, aku amik la sesnap 2.. pastu sebok plak tu nak tgk..mana gambar mana.. budak2 zaman skrg ni.. hehe


tengok la tu..gaya masing-masing...


wei orang soh amik gambo pengantin, bukan bonsai ni!!!


lepas amik gambo ni cepat-cepat nak balik coz dah dkt kol 7. so esoknya janji nak jumpa ngan jun ni untuk aku bg gambo-gambo aku yang tah hape2 je aku tangkap ni kat dia.hehe. pastu jun ajak outdoor skali kat tasik. dia nak soh adik dia jadi model kid. fuh i like. hehe...

thanks a lot jun. best dapat banyak ilmu + dapat kawan baru yang sehobi.hehe.cakap pon bahasa kamera,eh nak pakai ISO baper, metering camne? white balance? bouce mana flash ni?hehehe... (now i know why the say the best things in life are free :X)

so gambar tu sambung next entry. (saje nak bagi tunjuk rajin updet)..haha

till then, assalamualaikum

p/s : kepada sapa nak tau, gambar-gambar kat atas sumer amik pakai Nikon D40 + 35mm + SB800. aku tak edit pon langsung. segan orang kedah kata :)

Comments
5 Responses to “There was something inside of you...”
  1. amoi says:

    fuhh...mantap2...pasni leh amik job...

  2. mahyudin says:

    patut la da kurang menghapdet blog, kumpul gambo dulu rupanya..

  3. cik kui...bila nak amik gambo nina&ujam plk?? heheheheheheh

  4. roSebud says:

    tak bley aaa nengok penganten..rase cam nak kawen balik semula, amik gambo cantek2...buat cam ayu2 n malu2 gitu...huuuu...aduss!

  5. Labu-Labi says:

    gambo sharp...angle pun cun aa...buleh dah nie ambik job..!!

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL