mari mengedit


setiap awan mendung mempunyai garisan kelabu?


air mata di gitarku


ini AKMAL punya cerita


akmal & gitar


kaulah musik kehidupanku...v(^_^)

sekarang ni aku tengah dengar seminar kat PICC, Putrajaya. Seminar Memperkasa Keselamatan ICT. tapi aku taklah edit gambar-gambar kat atas ni masa seminar. mau kena tuduh tak dengar langsung seminar ni.haha. ni aku buat semalam masa boring-boring kat rumah. flight aku kan petang. so pagi tu memang banyak masa di depan lappy kat umah.

sumer ni gambar-gambar outdoor kat tasik bersama adik shizukana jun .. untuk makluman dia tak ponteng sekolah ok..hehe. dia dipaksa oleh kakak dia pakai baju sekolah dengan mengumpan dapat main game kat internet + ayam radix. ternyata umpanan dia berkesan. hehe. siap ada props gitar tu. cayalah.

sumer aku edit dengan picasa, just crop sikit, saturation sket, ada yang warmify sket, pastu just add text.

aku rasa aku lagi suka a amik gambo outdoor. lagi relaks, tenang dan fokus. hehe. gambo orang kawen ni adoi penatnye tatau lah nak cakap. dengan berat badan yang tak mengizinkan ni lagilah sukar. hahaha.

ni tengah dengo orang microsoft citer pasal desktop threat. siap cakap internet is now is a directory for criminals. hoho. macam kat facebook tu, boleh je search nak cari orang dok mana, umor baper, nak nak lagi yang letak alamat rumah. pencuri perogol sumer senang nak cari maklumat. sekarang ni pulak budak-budak sekolah dah ada macam-macam, pastu bukan nak 1 je, nak sumer, friendster,facebook,myspace,hi5 la.. sebab segan kalau kawan tanya, ko ada facebook tak? takde? pastu mesti rasa tak kewl langsung. tu yang semua ada byk akaun tu kan.

ha oklah baik aku konsentret sat. macam best jek dia citer ni.hehe


Comments
9 Responses to “mari mengedit”
  1. cik kui....menariklaaa sgt gambo tuuu kan... bilalaaaa nadey nak blajo buat gambo camtu... bilalaaaaa cik kui sudi ngambik gambo nina&ujam kat taman bunga ker...taman tasik ker... ehheeheheheheheheheh

  2. roSebud says:

    mabeles syabas betey!!

  3. o..hang kt putrajaya ghupernya...
    brapa ari kt sini?

  4. cekkeya says:

    hahahah

    dengan berat badan yang tak mengizinkan ni lagilah sukar. hahaha.

    bertabahlaaaa...eekekekeke

  5. Kui-gambo2 itu sgt kewl(ejaan ko)...suker lah... bila ko nak amik kn anak2 bujang aku punya gambo pulak...

    Ari tu ko suh aku berpantang sambil amik gambo baby..ehh..ada web tutorial utk aku yg benar2 buto bab amik gambo nie??

    lagi satu pasal FB tu mmg cita benar... kawan aku kat US...dia kata US lah.. kat M'sia perompak masih belum pandai guna FB kot ...hahhaha..

    Kat FB tu..org letak status kan... 'going out for vacation till thursday' ke..kot-kot kawan carik lah... tup tup balik vacation umah dah clear... pencuri sapu bersih!!

  6. MyzwaR says:

    i liiiikeee.... hehe

  7. mahyudin says:

    kiut la budak nih.. teringat zaman aku kiut kecik2 dulu, heheh..

    tapi kesian kat budak ni, kena paksa pakai baju sekolah time2 hari cuti, dah tu siap kena dera baring atas padang lak tuh.. huhu..

  8. Labu-Labi says:

    gambar tu mmg cun lah kui...very nice composition, suka aku tengok..!!

  9. athirah says:

    sgt ske pic2 ni... cantik.. =)

NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL