Posted on Thursday, March 5, 2009 · 21 Comments
sebelum tengok lebih lanjut, jom skodeng dulu dari bawah.... (>_<")
iyer, muslimah swimwear atau lebih dikenali sebagai baju renang muslimah... kalau bukan ini yang ada cari, sila pangkah blog ini terlebih dahulu sebelum anda kecewa dengan paparan seterusnyer...heheheheh
petang ni balik keje lepak terus depan tv. hari ni balik keje 4.30 ptg. sungguh awal. aku tak mengular otey. memang hari khamis balik 4.30.. mak mertua aku tanya, parcel yang ada kat bilik tu aper.. oh baru aku teringat, tgh hari tadi amir sms, baju renang awak dah sampai... yeeha...
sebelum...
taraaaaa
tak sempat abis tgk drama jula juli julu lakonan dynas, misha omar n che mek, aku terus masuk bilik dengan rakusnya, apa lagi, nak try test la..hehe...
aku beli saiz XL sebab sedar diri tak seramping dulu (err dulu ramping ke? haha)...
nak gak posingkan baju ni ala2 baju kawen.. baju renang muslimah ni layak mendapat layanan setara dengan baju kawen otey... (^^/
dilengkapi dengan topi dan tudung... menurut penjual baju ni, baju renang ni diperbuat dari fabrik spandex, maka mematuhi peraturan kolam renang awam...
bukan kereta aje dilengkapi ciri-ciri keselamatan otey, baju renang muslimah ni turut mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi muslimah yang inginkan keselesaan berenang (cewah, ayat aku dah mcm promoter)...
masa sebelum beli aku tertanya2 la gak, nanti berenang2 tak terangkat ke baju tu sebab panjang kan? rupa2nya, kat bahagian pinggang baju tu ada tali dan kat pinggang seluar pulak ada tali yang dijahit bulat.. ahh tgk je la gambo kat bawah ni, nak explain tak reti
nampak tak tali tu?
buatla simpulan mcm belajar pengakap dulu...
so tali kat baju tu boleh diikat kat seluar, jadi baju tak akan terangkat... tapi secara logiknya bila dalam air baju ni akan melekat kan? kira ciri2 keselamatan tambahan la ni..hehe... kot2 ada kawan2 yg cuba nak berhasad dengki ingin menarik2 baju kita semasa di dalam kolam renang... ha ada tali.. takleh tarik :P
hahahaha.. ish aku tergelak sendiri ngan lawak aku buat... hahaha... SHADAP U, tak lawak!!!
bahagian dalam baju renang
bila dah melekat dalam air, fabric spandex ni kan macam licin2 gitew, so jangan risau yer, ada 1 lagi lapisan kain macam gambo kat atas ni, menghalang dari keseksian yang melampau... hehe...
merujuk pada entry cargas aku yang lepas pasal aku dah discover kat mana kelas renang ni, aku pon call Kolej Komuniti Bandar Darul Aman untuk letak nama aku untuk kelas akan datang... kelmarin aku call lagi, tapi still tak cukup orang lagi, so takleh mula...sekarang baru ada dalam 7 orang.. kena ada at least 14 orang baru la Cikgu Renang yang dikatakan sebagai Jurulatih MSN boleh buat kelas. Yuran RM90 untuk 6 sesi. Dia cakap jangan risau, walaupun nampak mcm apa? 6 sesi? aku serius tak reti berenang doh!!! dia ckp memang masa kelas sebelum ni, diaorg sumer zero dah leh jadi hero.. klu tak hero pon kira ala2 hero simpanan... (meminjam definisi perempuan simpanan iaitu pemain bola jaring berjantina perempuan yang duduk di bangku simpanan..hehe)..
oleh hal yang sedemikian, saya menyeru bakal-bakal perenang berjantina perempuan yang tinggal di sekitar Jitra, Changloon, Alor Setar untuk join kelas renang ni bagi membolehkan saya beraksi sesegera mungkin.. (>_<)
ada gak corak macam kat atas ni, tapi aku tak sampai hati lak nak beli yang pelangi2 ni walaupun hati meronta2 nak gak... (ada hati tu), aku takut sumer terpesona dan tak sudah2 ingin menarik bajuku ketika kelas renang nanti..wakakakakak....
ada yang berminat ngan baju renang ni? meronta-ronta sambil beguling atas lantai nak beli?
ok ok.. sila klik sini www.bajurenang.com.. sebut nama kuizikel.com, nanti dia bagi diskaun 10 sen...hehehhhehh.. ok aku tipu, sofia, tolong bagi readers kuizikel.com diskaun sket yer ^)_(^ ..
harga berbeza-beza sket, ada ikut kategori and saiz.. so korang browse la dalam tu yer... so far aku berurusan dengan sofia ni, memang ok, emel je dulu klu nak tanya apa2... aku pon bukan yakin sangat nak berniaga secara online dengan orang yang tak dikenali ni, klu RM1 ke RM2 ok lagi, yang ni seratus +..kang dah transfer, satu habuk pon tade kan naya... so aku pon google2, jumpa la banyak website jual baju renang muslimah ni, aku belek2 berkenan dengan yang design aku pilih ni sebab simple la kan, nanti kang org ckp ko nak gi shopping ke nak berenang la plak klu beli yang over2..hehe. so aku emel dia tanya saiz n harga, dia pon balas cepat jek.. tengok website pon macam boleh dipercayai, ada testimonial orang lain... so aku oder jek, dia siap keluarkan invois dalam bentuk pdf.. aku transfer duit and tunggu dia pos jek. alhamdulillah, sampai dan produk pon seperti yang terpamer dalam website dia. memang puas hati. TWO THUMBS UP!!! + v(^_^)..
so korang klu nak beli benda online, berhati2 jugak la, walaupun kdg2 nilai tu RM10 ke RM20 ke.. cuba google2 dulu, tengok testimonial orang ke.. kdg2 memang ada orang yang tipu, kdg2 ada orang bincangkan dalam forum pasal ni.. so bleh la buat research sket2 ngan Mr. Google ni... tapi dengan bajurenang.com jangan risau.. dijamin oleh kuizikel.com... (wah wah wah, macam ada share je bunyiknyer..hehe..)
akhir kata, untuk tidak mengecewakan pengunjung blog ni, terimalah gambar seperti yang tertera di tajuk, berpakaian renang di atas katil.. hiyahhhhhhh
macam batman yang nak belajar berenang pon ada aku rasa..(x_x)
pi berenang kat tali ayaq nun..
hehehe
sok lusa musti masuk Sinar utara gamabq ang..
perghh...model baju renang muslimah...syabas2...slmt belajar berenang...hehe...
hahahaha serupa sket dah...tingkatkan usaha lagi biar sama betul cam catwoman..eheheheh
weh part yang posing atas katil tu mmg buat aku tergelak ah..sungguh berinformasi dengan iklan pakaian renang siap dgn model skalik haha..huisyh siap tudung tuuu...dasaaat...ni nak kena ngecek kat ciki ni!! Bang, nak satu bang?
wowowo...
sungguh anggun menawan..
kene belikan amierah serta umminye ni...
laki2 punye ala2 micheal phelps ade tak??
tapi kalo tak silap aku, heliza dah penah promotekan swimwear ni masa konsert akhir AF,kan,kan??
cekkeya : ahhh jeles la tew... jangan nanti kecek2 nak pinjam aku nyer...hahaha
rosebud : iyer, inilah masanya... mintak sempena anniversary.. mierah mintak sempena bday.. sempat lagi ciki order n buat suprise (sila terperanjat n terharu otey masa terima)
abu mierah : menangis sumer org tgk klu ko pakai mcm michael phelps...heliza? dia nyer ada labuci, dilarang masuk ke kolam renang awam :)
mmg bleh bawak pg shopping mall aa baju nie... kalo x sentuh mesti x perasan metarial dier jenis spandex (^^ii)
aku dah ader baju renang ala-ala baju scuba tue.. so aku malas nak beli lain.. lagik pun, aku x blajar berenang lagik... huhuuh
salam kui
amboi hang nak berenang kat mana tuh?
bestnya
berenangrenang ketepian, baik2 nanti jaws GIGIT OOOOO
ned : tu la sapal, yg pelangi tu mmg mcm leh bwk jalan..sejuk je kena ekon aku rasa.. yg aku nyer ni lak, kang ada org mintak sign, ingat batwoman terlepas ke..hahahaha...
dila : kat kolam renang je, jaws tade a..hahahahah..jaws pon takut tgk aku kot..hehe
den tengah demam..
tak dpt nak berenang..
mahupun sekodeng org lain berenang..
enm....
pereka baju ni mesti dapat pahala byk.. :D
tuah : lerr sian... byk sgt skoden org berendam la ni..heheeh
peijan : ha tu ler... slama ni slalu takleh berenang coz terang2 kat kolam renang tu pangkah tshirt/tudung/suar track
Kenapa aku nampak macam Amran yang pakai baju renang?
jot,hee..cool la jot..aku pun nak jadik batman leh berenang gak ar gini..laut tu aku yg punyaaa...heee
sebol : aku soh amran posing pakai tudung tu.hehe
nurdamia : eh damia pandai taip dah ek..hehe.. jom2 jd batman beramai2..hehehehhe
wah?
saya nak mendapatkannye!
menarek!
hannamaruku : dapatkan jgn tak dpt..hehe
tabley tahan la itu tudung hehehe tak terangkat2 ke dlm air? :D
Alhamdulillah...BAGUS inisiatif perniagaan ni.Cuma berat sikit nak kempenkan ke peminat-peminat pantai/laut.Alasan SUHU tu agak payah nak tangkis,maklumlah kalau nak mula nilai moral apatah lagi tang hukum lagilah toksah nak panjangkan... sensitiviti individulah katakan.Kalau kaki tiruk air terjun atau sungai mungkin boleh tergerak hati sikit.Tapi sekurang2nya dah adalah alternatif sesuai :)
I found this site using [url=http://google.com]google.com[/url] And i want to thank you for your work. You have done really very good site. Great work, great site! Thank you!
Sorry for offtopic
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!