Biskut Marie

Assalamualaikum w.b.t

Biskut Marie sedap dimakan sambil menaip. Haha. Lama tak mengarut  menaip di blog kesayangan ramai ni. (hak tuih). Asik tepek gambar itu ini begitu begini.

Maka di keheningan malam, ditemani bunyi air mesin basuh yang sedang ligat membasuh timbunan baju-bajan (iyman jangan gunakan perkataan ini semasa membuat karangan yer), bacaan lunak Al-Quran dari cd MP3 yang ku beli di Warta Bangi suatu masa dulu dan Iyman yang sedang lena diulit mimpi di sebelah. Huh baru boleh main fb menaip di blog dengan tenang. Kalau tidak dia sama-sama nak ketuk. Dah belikan ipad sendiri pon tak nak main, nak gak notebook mama yang comel ni. Mama beli ipad cina patutlah!!!! I want real thing mama.. ewah kau!!!!

Haih (mengeluh?) sekejap je masa dah berlalu. How time flies kan @nad nadiah (woi ni bukan FB boleh tag-tag). Iyman pon dah besar. Pandai berjalan dah. Bercakap je bahasa moo goo. U ek uek. 1 perkataan je yang clear "NAK NAK" sambil tangan menunjuk kepada semua barang yang dikehendaki. haha. Nasib baik masih belum pandai mengamuk sambil duduk dan menghentak-hentak kaki di pasar raya atau membuka baju di pasar akibat tidak dapat barang yang diingini. Seperti seorang budak yang comel 16 tahun dahulu. Hahaha. @aidamastura. Oh adik, rindu kat adik yang bukak baju dulu-dulu kat paso rabu bila tak dapat benda. Sekarang kalau bukak baju gak di paso rabu tak tahu nak kata lah.. kekeke. Semoga @aidamastura berjaya dalam kursus tesl macam kak @awa. Pastu adik-adik aku semua jadi cikgu-cikgu yang terer dan kaya. Lepas tu pemurah, asek belanja akakmu ini, kan @azyanyus.. hahaha

Sadis pulak rasa lama tak menulis ni. Rindu kat kampung. Nak makan soto free, nasi lemak free.. haha. Last week balik sekejap sangat, tak sempat nak bergurau senda dengan semua. Bila dekat asik bercakaran, bila jauh asik rindu-rinduan, eah eah.. Takpelah ada DRAWsomething, boleh mengeratkan silaturrahim sambil gelakkan orang punya skil melukis. hhehehe

Eh iyman dah berbunyik. Nak join ah tu... ok ok jom kita zzzzzzzzzzzzzz

take care everybody!!!!

Iyman The Explorer.. ngeeee

Iyman Amalea @ 1 year old

i'm a big big girl :X

e ah e ah

dangdut ke shuffle?

gadis bunga

main tanah

makan bunga

dancing queen :)


Iyman Amalea @ 10 months

Tengah kemas sawang-sawang.. fuh fuh fuh.. mana vacuum ni.. tepek gambar yang sama je dengan FB.. hehe..

iyman2.. dah pandai tepuk tangan sambil berjoget kiri kanan... dah la badan debab, bila berjoget tu rasa lawak sangat.. keh keh keh.

oh anakku, semoga membesar menjadi anak yang beriman.. amin




NUFFNANG

Blog Widget by LinkWithin

FOLLOW ME JIKA MAHU (#^_^#) TQ ALL

KUIZIK3L WHO?


love sitting in front of lappy & exploring around the world virtually. love typing. love photography. love to share with people...& now trying new aspect of life - online business v(^_^)

Iyman Amalea

Lilypie First Birthday tickers

MARI BELI CLOTH DIAPER

WAYANG GAMBAR JGN TDO LAK :)

Loading...

since 4th June 2008